last weekend was pretty awful to me. malam khamis bila ramai umat Islam bergombol-gombol pergi masjid buat terawih mengejar lailatul qadar, aku terbaring kat atas sofa living room dengan kepala yang rasa macam tak berapa sihat. dalam hati terdetik jugak perasaan nak demam sebab bukan jek kepala tapi seluruh badan dah mula meragam...dan sejam dua lepas tu memang betul aku demam...demam panas pulak tu...haihhh.
jadi esok hari jumaat aku mintak excuse tak mengajar dan lepak rumah jugak sebab demam makin teruk.menggigil badan pastu urat dalam jasad rasa macam menari-nari sekejap tegang sekejap kendur. satu hari jumaat tu aku tak bangun dari katil sebab tak larat termasuklah missed semayang jumaat. tapi aku agak kentalla..or mungkin bodo sebab tamau pergi klinik. aku memang tak suka pergi klinik sebab kononnya takmau reliable sangat dengan ubat. aku bukan benci makan ubat tapi agak tak berkenan dengan ubat. dalam pengalaman aku dah jumpa ramai orang salah guna ubat ataupun tertalu dependable kat ubat tu.stress sket amek anti depressan pills, etc. tak sukala.
pastu hari sabtu pun demam jugak.sama jek. terbaring atas katil. hari jumaat tu aku pose tapi tak bebuka sangat.bebuka dengan makan jambu jek. hari sabtu pose and joe belikan aku bubur ayam mcd. bolehla. hari ahad kurang sket tapi still terase sakit dia. tabahkan hati gak pose dan bebuka dekat OM. lama tak makan situ.seronokla jugak walaupun badan meragam terus.
aku ni mmg susah sangat nak demam or sakit tapi bila dah kena memang teruk.dalam kes demam sampai meracau jugakla. dulu kalau dekat rumah tiap kali demam mama ngan abah yang jaga sebab dieorg tau aku demam mesti merepek punya tapi bila dah duduk bujang ni rasa sedeh sangat sampai nak menangis sebab takde orang nak jage. bebudak lain plak pegi kerja so sorang2la mengerang. menitis air mata aku.hehehe.
sebab family members tau aku ni kalo demam teruk, dieorang agaknya pakat2 tipon aku sejam sekali tanye kabar. terharu jugakla tapi tetap rase lain sebab kalau dulu ada mama letakkan kain basah kat kepala and lapkan badan. ada abah tolong minumkan aku.ada abang tolong belikan panadol etc tapi skarang dah takde.
bila aku kena macam ni sebenarnya bagus.sebab apa? dia jadi pengajaran aku tentang hidup. sakit tu hanya sekelumit dari rasa keseluruhan maut dan bila kita sakit kita mesti ingat maut. aku tak takut mati tapi aku nak hidup sebab aku tau dengan apa yang aku ada memang aku tak layak masuk syurga. sakit kan ajar kita jadi insaf tapi insaf tu susah kan?
bila sakit, aku memang terbayang maut.sebab apa?sebab sangat-sangat sakit. dalam otak aku dah karang beberapa ucapan yang aku nak cakap kalau ajal tu datang lawat aku. macam wasiatla tapi sebab takde harta, aku bole bagi kata-kata je lah. ada untuk beberapa orag yang bermakna dalam hidup aku. dalam otak keluar sunset aku. bermakna betul.
batuk makin teruk. walau aku dah makan ubat batuk cap ibu dan anak tapi tetap makin teruk.mungkin kena jumpa doktor jugak di klinik.haihhh...
yaa rokok dah 2 minggu aku tak isap. mungkin sebab sakit demam dan batuk membantu jadi memang semua perkara yang jadi memang ada hikmah. hoyeaaah!!!!goood.
1 comment:
Get well soon.
Gi la jumpa doctor. Second opinion. Nanti melarat, jadi mende lain plak kang.
Post a Comment