hari sedang hujan lebat di luar tingkap. aku bosan di dalam bilik ruang tempat kerja aku. ada beberapa teman sekerja yang senasib. selamat jugak diaorang kepala lucu. sambil-sambil bosan terhibur jugak nyawa aku. Tadi masuk gym layan jugak masa dalam sejam lepas tu ingatkan dah boleh balik tapi hujan degil jugak.masih mahu beriang ria. suka kau lah hujan....sekarang musim hujan melampau di kala petang menyinsing. pukul 5 ke atas mula la hujan berdamping selebat-lebatnya. sebab aku tiap-tiap hari habis kelas pukul 6 jadi memang selalulah aku menyorot mata keluar dengan perasaan gusar dan kadang-kadang sayu sebab dah yakinlah aku balik lambat.
tapi kadang-kadang suka jugak sebab bila hujan. hujan kan rezeki Allah dan kalau tengok hujan lebat turun kadang-kadang terasa plak macam satu hari nanti macam tu lah lebatnya rezeki yang aku dapat. Insyaallah! yakin.hohohoho.
speaking of hujan (no, not the band) kadang-kadang terasa gatal jugak nak beli kereta. yealah..nak kumpul harta kan.lagipun itulah objektif utama bila dah kerja. ikut objektif asal plan aku jangka nak pakai kereta lagi dua tahun lepas habis bayar duit motor. at least adela harta terkumpul berbentuk motor. hebatkan plan aku??sangat committed.hahahaha.
hati sekarang sangat berbisik kuat menyuruh sambung pelajaran. fizikal pulak membantu dengan berusaha talifon IPTA tertentu. semangat condong nak buat secara separuh masa kat UM. aku tak nak UIA bukan sebab menyampah. sebenarnya UIA terlalu lah aku nak tapi rasa elok jugak beralih angin sementara boleh.kalau kat Uia teruk jugak sebab dulu kat Gombak sekarang keje kat gombak pastu rumah kat gombak. macam beruk bawah reban jek.
Insyaallah kalau hati kukuh dan Allah itu membenarkan, ambil lah aku masters. alang-alang aku jatuh cinta dengan bidan pendidikan, lagi baik aku sambung belajar. sekurang-kurangnya berwawasanlah sikit. cerah masa depan. investment is the future sebut kata-kata akulah.
1 comment:
haha bidan pendidikan? profession ape tu? bile korang nak nikah?
Post a Comment