pertama-tama sekali aku secara terus terang mengaku aku bukan seorang Muslim yang baik. kalau nak cermin diri sendiri aku yakin aku patut dimasukkan ke dalam neraka sahaja tapi Subhanallah aku meminta dengan hina supaya jauhkan semua itu dari aku. Dengan nama Allah aku tak akan mampu walau sebijik zarahpun bertahan dalam neraka dan sebab itu jugaklah aku berdoa setiap pagi bila bangun tido dan sebelum tido aku dapat jadi seorang muslim yang lebih baik untuk Allah kutip jugak roh aku dan masukkan aku kedalam syurganya.
Cukup.
Aku tak sedih bila ada Muslim yang membantah fatwa tentang pengharaman yoga di kalangan umat Islam. aku jadi marah yang teramat sangat seperti marahnya aku pada Yahudi bila Israel laknat tu merampas tanah walau sekelumitpun warga Palestin. aku tak kisah kalau mereka yang membantah itu punya alasan atau counter argument yang kukuh tapi sepanjang aku membaca didalam akhbar, internet mahupun menonton berita di kotak televisyen, apa yang aku dapati cukup menjijikkan. dengan alasan cetek tahap manusia tak pernah membaca, mereka-mereka ini cuba membantah seperti konon-kononnya Ulama-Ulama pula yang cetek ilmunya?pelik dan bahalol.
contohnya,aku ada bace ulasan atau bantahan daripada Marina Mahathir yang bagi aku cukup cetek. bagi seorang wanita yang cukup berpendidikan, sepatutnya dia taklah sebodoh tu.bagi akulah. soalan dia ialah perlukah seorang muslim yang telah mempraktikan yoga bertahun-tahun perlu di masukkan ke pusat pemulihan akidah apabila fatwa ini dikeluarkan????
itu kan bodoh. tak perlulah semuatu kerana apa yang kau perlu buat hanyalah berhenti dari men'yoga'kan diri. itu kan senang. janganlah berdolak dalik. mase Nabi cakap arak tu haram berapa ramai plak pengikut awal nabi yang minum arak. ade nabi kate dieorg kene masuk pusat akhlak atau bertaubat segala taubat?cukup nabi cakap insaf dan jangan minum arak lagi.
ada juga yang marah kerana mengikut kata mereka Ulama perlu lihat pada isu-isu sosial yang lain dulu sebelum melihat pada yoga.heyy...yoga itu berkenaan dengan akidah kau bukan tentang sosial.kau tanya orang yang terlibat dengan segala maksiat itu sekarang. adakah mereka tak tau itu berdosa atau mereka tahu tapi kerana terlalu seronok buat sahaja? kebanyakan yang terlibat dengan segala masalah sosial tahu dan cukup terang tentang dosa haram dan halal itu memang ada tetapi kerana nafsu ataupun bodoh, tetap lakukan sahaja.
oleh itu janganlah kau kata ulama perlu tumpukan pada masalah yang lain dulu baru masuk campuri urusan kau kerana kebanyakan isu lain itu telah secara terang2 kau pun tahu hukumnya jadi pandai2 kaulah nak kawal.takkan itu pon nak ulama yang tegur. mak bapak ko tak penah tegur ke?
ade gak kate yoga tu menenangkan dan tak salahpon kalo nak join gak.yeaaa aku faham. tapi ko tak rase ke bile ko mengadap tuhan, ko bole jadi tenang jugak? tak pernah try? bile ko berzikir ke bace qur'an dan faham isi die ko tak rase aman damai ke? try la dulu....tak salahpon. semayang lagi kejap dari ber'yoga'ing. ramai gak saintis cakap solat tu jugak satu rukun senaman yang sangat baik jadi kenape ko nak bayar beratus2 ringgit tiap bulan pada yoga instructor ko bilamana solat tu free?
aku pon educated gak cam ko ataupon urban macam ko gak tapi aku tau aku bodoh agama. tapi sebolehnye aku tak sombong bodoh dengan melawan dengan orang yang aku tau lagi berilmu dalam bidang die. contoh macam ko lah.kalo ko educated sangat dalam bidang ekonomi dan aku plak educated dalam bidang sastera, ko rase aku bodoh tak kalau aku kate 1+1 tu jawapan die William Shakespeare?
dalam bidang agama ni kalau ko rase ko bodo, lagi baik senyap dan follow. Nabi dah cakap lepas die takde kenela ikut cakap ulama.itu kan dah terang. korang yang melawan sangat nih terer sangat ke sampai nak lawan ape yang nabi pesan? ko rapat sangat ke dengan Allah lebih dari Nabi?
aku memang kasar la dalam menulis ni sb aku marah. aku bukan terer pon agama tapi aku paham konsep yang cube ulama tu terangkan dan aku bace jugak pasal yoga.jadi aku comparekan buruk baik die. aku jugak faham konsep demokrasi dan hak bersuara tapi bile ko mati nanti ko bole ke menjawab kat Allah yang ko ade hak bersuara jadi ko gunakan konsep tu untuk menentang pewaris nabi? nak kene sebat?
paling pelik kan aku orang2 yg membantah ni ade plak di kalangan mereka yang tak pon join yoga ni tapi nak gak membantah sebab nak tunjuk pandai.mungkinlah.ini tuduhan jek.mungkin jugak takde duit nak join yoga atau mungkin malas nak mampos.ini tuduhan gak. jadi... hak ape yang ko ade untuk ko pertahankan yoga?
aku salute kat blog tini sb stand up pasal isu ni. sila lah jenguk blog die tinirahim.blogspot.com kot tak silap aku. tulisan die lagi jelas dan lembut dari aku. bacelah. bagus tuh. kalo korg bersetuju ke tak korang komenlah.kite bole bincang macamana orang pandai bincang dan korang bersetuju aku harap korang luahkan jugak tanda sokongan. Agama kita ada satu.Tuhan kite ada satu jugak. tapi umat islam yang tak paham ade ramai so tanggungjawab kita gak nak tolong ulama tu terangkan pasal isu ni.
sekian.
3 comments:
very well said. clean cut and straight. and pasal marina mahathir tu memang dari dulu apa yang keluar dari mulut dia memang takleh pakai. ingat tak masa dia cadangkan penganut berbilang agama dalam malaysia ni tak salah untuk sembahyang sama-sama? dia cuba nak jadi seorang yang open minded dan kononnya tak racist, tapi dari segi Islam dan akidah, dia menyetujui bahawa ada tuhan lain yang layak disembah melainkan Allah.
itulah kalau orang cetek akal dan gah bercakap bila ilmu agama tak setinggi mana. saya sangat setuju bila kita yang buta agama ni jangan banyak cakap. follow apa yang mufti cakap. bukan bertaklid ye. cuma bila tentang sesuatu yang kamu kurang arif, buat research sebelum membetah.
bagus2...mmg bongok sket orang2 ni..sedangkan paderi kristian terkemuka pun kata kat orang Kristian yoga tak digalakkan..sedangkan aku bincang dengan seorang bangsa Punjabi ni pun die kata die agree with the edict...c'mon laa people..dun be so pompous..tanya ustaz azah..
alamak ai.. aku terlalu bersetuju ngan ko zarie. buat pertama kali aku bace tulisan ko yang lebih 50 perkataan. tahniah!! haha menarik tul tulisan ko. dan point ko tak hilang relevan walaupun tone dia macam orang ilang pertimbangan. serius nih haha. tahniah lagi skali
Post a Comment