Sunday, March 22, 2009

Sirah Junjungan by Erma Fatima

Menyorot susur galur perjalanan Nabi besar junjungan Rasullullah S.A.W, Erma Fatima memang sangat hebat bermain dengan perasaan rindu umat-umat Islam di Malaysia.Untuk pertama kalinya dalam bertahun-tahun pergi menonton teater (melayu mahu Inggeris) aku dengan rasminya menangis kerana keberkesanan Erma Fatima dan pelakon2 arahannya bermainkan emosi aku yang juga rindukan Rasulullah S.A.W.

Walaupun lakonan dan koreografi tariannya(ya ini teater musikal lagi) taklah di tahap yang sangat dibanggakan tapi menarik jugak melihat ensamble yang dipilih menjayakan teater ni.secara individu tak sangat hebat tapi bila dah disatukan memang cukup menarik untuk dihayati. syabas kepada semua ya.

Pertama kali air mata bergenang apabila melihat scene Bilal di seksa Umaiyyah. teringat dulu kecik-kecik abah belikan ensaiklopedia tentang cerita-cerita sahabat Rasullullah. Aku yang tak mumaiyis masa tuh dah terasa betapa besarnya cinta Bilal kepada Allah dan Rasullullah. jadi bila melihat balik lakonan yang dilakonkan hati bertambah berkaca lahkan.langsung air mata menitis buat pertama kalinya dalam sejarah menonton teater. kemudian bila saja di akhir-akhir pementasan saat hampir wafatnya Rasullullah, lokanan yang berkesan dan tahap rindu yang membuak2 terhadap Rasullullah membuatkan air mata pun jatuh lagi dan lagi. bukan aku sorang yea.hampir kesemua mereka yang berada di atas menangis(bunyi esakan sangat jelas disana sini).

Sumpah rasa rindu yang ada masa tu bukan biasa-biasa saja.tak pernah aku rasa rindu sebegitu besar. hati yang kecil dan hina ni memang sangat-sangat malu kerana tak pandai-pandai lagi menghargai pengorbanan besar Nabi yang sangat menyanyangi umat nya. Secara keseluruhan, walaupun tak sebesar pementasan Puteri Gunung Ledang, tapi pada pendapat individu aku, impak yang masuk kehati nih tak terbanding rasanya.tahniah Erma Fatima kerana setelah sekian lama akhirnya ada juga manusia yang ingin menghidupkan teater Islam yang akhir sekali aku tengok ialah teater arahan Bapak Nordin Hassan yang berjudul Demi Zaitun itu. Harapnya lepas ni Uncle Dinsman pulak dapat buat teater Yusuf nya.

Di Istana Budaya segala kenangan manis bersama-sama rakan rapat menjayakan teater 12 angry men satu ketika dulu datang mencurah-curah dalam hati dan otak. bila lepak saja di luar Lambang Sari terasa seperti semua rakan-rakan ada di sebelah bergembira selepas tamatnya persembahan. teringat balik bila pertama kali aku menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur untuk melanjutkan pelajaran di UIA, aku berjanji pada diri sendiri yang satu hari nanti aku pasti berlakon di situ dan bila termakbul saja impian tersebut, aku yang masa tu seorang, memandang Istana Budaya dan tersenyum puas.

sekarang setelah bertahun berlalu, aku buat pertama kali menangis melihat Sirah Junjungan di junjung setiap umat Islam yang datang menonton karya Erma Fatima tersebut. Terima kasih team produksi Erma Fatima kerana membangkitkan rasa rindu sebenar kepada Rasullullah S.A.W kembali.

1 comment:

Hairi Tahir said...

Saya jua begitu encik Zarie