lagi 4 hari hari buruh pun menjelang.tahun ni nampaknye saya akan meraikan hari buruh kedua saya selepas menamatkan pengajian di sekolah universiti. tahun ni hari buruh saya penuh dengan konflik nampaknye. ia kerana;
A) Hari buruh ni saya akan berkerja kerana perlu mengajar satu kelas Muet untuk anak-anak yang mengambil muet tahun ni.konflik kerana saya tidak dibayar tripel ataupun dabel.bayarannya basic seperti biasa. saya cuba sedapkan hati dengan berkata "takpe encik zarie.kite susah dulu biar esok kite senang" hoyeaaah!
B) empat kawan baik saya akan melangsungkan perkahwinan mereka pada hari yang sama. Said kawen dengan Dianne di pontian untuk majlis kedua mereka. Amani kawen dengan seorang stranger (seorang stranger kerana saya tak kenal bakal laki beliau), Lizzie tersayang kawen juga dan die dah booked kehadiran saya berbulan dan Fiza juga kawen dengan stranger jugak pada hari yang sama. Konfliknya ialah saya tak tau langsung bole datang atau tak ke majlis tersebut.
c) Saya rasa nak balik Johor tercinta lepas abes kelas 1 mei nih.kelas abes pukul 1 tghari so permikiran aku nak balik terus lepas tuh. konfliknya ialah saya nak balik naik kereta.pinjam kereta anon tapi telah di embargokan niat tersebut oleh encik mama. saya tanak naik bas sebab naik bas suk!saya semakin benci Pudu.pelik-pelik alang orang di sana.
D) Saya...
tu saje buat masa ni.itulah konflik saya.ianya konflik sebab saya kadang-kadang bersikap indicisive.
saye nak tanye, adakah saya seorang pensyarah yang teruk kalau saya bagitau isap rokok tuh tak salah malah membawa banyak kebaikan? saya cakap macam tu bukan untuk menjustifi kan tabiat saya yang merokok tapi kerana saya mahu ajar anak-anak murid untuk tidak menjadi judgmental dan pre-judge orang suke ati diri sendiri.saya mahu ajar mereka untuk cuba memahami orang dan permasalahan mereka. contoh; apa yang buat si polan merokok pada asalnya?
tadi ada seorang setuden tetiba call saya untuk meminjam duit kerana beliau berada didalam kesusahan yang amat sangat. saya tipu cakap gaji tak masuk lagi.sebenarnya saya memang takde duit.yeaaaaa...saya miskin.
penulisan kali ni ada bau-bau penulisan joe yang biadap gayanya itu.saya teruja selepas membaca cara penulisan lucu beliau.jadi ini tribute buat kali ini.
inkes saye terlupa....Selamat Hari buruh yeaaa buruh-buruh kasar sekalian!!
No comments:
Post a Comment