Monday, January 18, 2010

a little dot of detail in the whole story.

I can start my post whining almost about everything but I chose not.


2010 is so far not a good friend I must say. to tell the truth i still dont know how to start my post.again.Mother is still in ICU battling against whatever deceases yang serang beliau. doc told us that the pancreas stone has been successfully removed from mom's body but she is still weak and has difficulty with her breathing and for that they had to give her sleeping pills (yang liquid punye I seriously don't know what's it called). so yea, she's still in ICU, sleeping. time was not a friend again sebab mase balik Melaka mama dah di tidurkan. I really thought dapat tengok mama sedar and senyum and dapat berbual.tak kisahla tak dapat bebual lame pun takpe janji dapat tengok dia cakap. I managed to talk to her through phone 3 4 days ago but the morning before I arrived kat Melaka condition dia jadik macam sebelumnya.

things have been pretty harsh on me so far.

today is Sunday.17th of January2010.

today is the 17th day since mother was sent to hospital. it seems that the situation will continue and guess I can't stop counting.

but we talk about that later.

today after spending my weekend back and forth dari Kl - Melaka - Johor, saya balik semula ke kl sebab esok keje.khamis ade presentation kelas research methodology bersama encik Quayum. bertolak dari Melaka pukul 7 ptg. dalam bas tetibe rase nak berak. sakit perut.benci nak mampos sebab kene tahan tahi dari menerobos keluar. sampai stesyen Pasar Seni pukul 9 mlm mmg tahi dah amat nak keluar.berlarilah saya ke toilet stesyen lrt tersebut. lepas bayar tiket kebetulan kot ade beberapa lelaki kaukasus juga nak masuk toilet dengan tergesa2. saya yang rasa tercabar terus jalan laju2 potong mereka sebab nak rebut toilet.masuk jek toilet encik pembasuh toilet sedang berwajah manis basuh toilet.perasaan saya terus jadi tak keruan.macam mane nak berak? sebab mungkin ada rezeki kebetulan ada satu toilet cangkung sedang free daripada sebarang penghuni.toilet bersih sebab baru cuci kata saya dengan selesa.cepat2 kunci pintu gantung beg dan bukak seluar.dalam ketangkasan nak bukak seluar dan spende tetibe pluuuup talipon saya ter slipped dan masuk dalam lubang jamban...chanteeek! tanpa pikir panjang terus hulur tangan dalam lubang jamban dan tarik talipon kuar. saya cuba rasa kalau2 tertarik atau tersentuh tahi warga kuala lumpur tapi takde plak.tak rasa sebarang tahi batu panjang ataupun tahi liquid mahupun tahi berjagung. mungkin sebab baru basuh?i dunno.

talipon terpadam mungkin trauma masuk lubang tahi.hoyeah!saya cuba gantung seluar tapi seluar pon ter slipped dan jatuh ke lantai basah.seluar pon basah.saya gantung balik.lepas gantung terus berak banyak2.

lepas tu cebok dan pakai seluar dan keluar untuk amek train.tangan saya dah basuh bersih2 ya in kes ade orang tanye.sampai lrt gombak saye mati kutu sebab patutnye amad helmi amek tapi macam mane nak amek kalo tipon saye masih pengsan?no talipon sorang pon tak igt.pikir panjang2 baru teringat ade bisnes kad BAU lalu saya tipon guna publik phone.tak sangka publik phone ni kadang2 berguna jugak.saya cuba guna tipon pertama rosak lalu berubah ke no 2 dan berjaya. lepas suruh BAU mintak tolong talipon sakip dan suruh sakip mintak tipon Ahmad Helmi suruh amek saya, saya pon tunggu beliau selama lebih kurang 40 minit kat lrt station.

bila ahmad sampai kami yang lapo terus lepak Old Town dan dalam pukul 1 balik.Ahmad helmi hantar kat post gad dan saya pon naik ke rumah tapi secara manisnya tiada sorang pon kat rumah dan saya pon tadek kunci rumah.nak talipon rakan serumah tak bole sebab tipon rosak jadi saya bercadang gunakan talipon publik call BAU.bila pergi ke Publik phone kat condo saya rupanya talipon tak berfungsi.terus mati kutu.kejap jekla tapi sebab saya teringat kat pinggiran batu caves ade talipon publik.jadi sayapon dalam puk 130 pagi berjalanla sambil galas beg besar ade laptop pagi2 buta menuju ke publik phone terdekat yang adela 2 3 kilometer dari rumah.berpeluh saya. masa dalam perjalanan saya rase sangat macam nak nangis atas nasib yang menimpa.ibu sakit di ICU, talipon rosak masuk jamban,tangan seluk lubang tahi, rumah tadek orang dan kunci, berjalan jauh nak mintak jasa ahmad helmi selamat kan saya....rasa sangat nak menangis...

tapi saya tak salahkan nasib mahupun persoalkan Allah. saya cuba memotivasikan diri dengan jalan gaya kawad sebab mahu datangkan mood gembira. saya yang dalam nak nanges tersenyum jugak.tapi takpe sebab hati saya kuat kata Allah takkan bagi ujian yang tak dapat hamba dia tahan. jadi saya teruskan berjalan.macam orang gila.tapi cool lah.tapi masih nak nanges.sampai tempat tipon terus kol ahmad helmi dan minta dia amek.

sekarang saya updet post kali ni kat dalam bilik ahmad helmi.dah pukul 3 pagi.18 januari 2010. mama masih di ICU.

Ya Allah aku terima dugaan ini semua kerana aku tahu kau sayang aku. aku hanya mahu ibu sihat semula dan dapat dia lihat anak2 bahagia dan berjaya.persis apa yang memang dimahukannya.

No comments: