Wednesday, April 22, 2009

saya seorang player???

Bila dah besar macam ni dan duduk jauh dari keluarga. tiap kali dapat berbual dengan abah mama terasa sangat hati ni tenang macam angin subuh. segala yang runsing dan jawapan yang nak dicari terbang macam tu jek.damai dada:)

setiap kata dari mama tersusun dan setiap nasihat dan jawapan yang diberikan lembut cacahkan pada hati.~aku yang jarang-jarang matangpon jadi dewasa buat sementara waktu.

beberapa hari lepas ada seorang kenalan gadis yang bagitau yang beberapa kenalan beliau ada memberikan amaran supaya jangan mendekatkan diri dengan aku.dieorang cakap aku terlalu bahaya dan perlulah berjaga-jaga kerana aku ni seorang player@playboy.PLAYBOY tuh!!!!
dituduhnya aku terlalu suka permainkan hati gadis-gadis dan kerje aku hanya bertukar pasangan.HEBAT!!!!siap kate aku pernah mengorat perempuan lain depan cintahati sendiri lagi mase dolu2 tanpa rasa bersalah.sebagai tokok tambah katenye aku pernah mengorat adik angkat mereka sekali dan punya mulut manis yang sangat merbahaya.wuhahaha~

aku tak tolaklah dengan fakta yang aku kadang-kadang memang rapat dengan beberapa gadis.keluar atau bermesej-mesej tipon juga tapi tak tau plak yang tu bole diambil kire sebagai ciri-ciri Playboy?

yeaa aku suke kacau gadis tapi setau akulah bile2 mase aku keluar dengan gadis-gadis tuh takpernah aku cakap aku nak jadik boyfriend dieorang.infact aku siap ngaku lagi aku takut komitmen dan tak sedia langsung nak kawin. siap ngaku lagi aku takut nak kawen.selalu keluar sebab nak bersosial jek pun.dating-dating bodo orang kate.Aku bukan jenis yang suke kumpul awek.aku tak percaya kat poligami tau!!!mane datangnye cerita macam tuh?

kalau aku playboyla kan takkanla aku bole tahan sampai dengan Tini dulu 4 tahun?takkanla aku bole bagi komitmen dengan Anis walaupun die mase tuh kat IReland.

aku keluar dengan gadis-gadis bile aku tengah single.so bile aku single suke ati akulah nak keluar dengan sape2. bukan aku keluar pastu kapel then tinggalkan jek.Aku tak pernah mintak break lagi tau seumur hidup aku. dalam relationship selalunye aku yang terfakap.bukan aku yang fakap dieorang???

aku tak salahkan mereka yang kate aku macam tuh.mereka tak kenal aku.kawan-kawan rapat lebih kenal aku ni sapa.orangnya agak gatal tapi rasanya taklah sampai tahap playboy kot.aku takpernah main kayu banyak-banyak sejak aku tinggalkan sekolah menengah dulu. tanye Tini mase dengan die dulu pernah ke aku pergi kat pompuan lain belakang die???cettt!

tak adil sebenarnye aku rasa bile aku kene tuduh macam tuh.aku tanye ahmad helmi pun die tak setuju aku kene tuduh macam tuh.die kenal aku kot.tak baikla sebab macam tuh ade plak gadis yang takut nak dekat ngan aku.memangla sekarang aku takut ya amat dengan vokabulari bernama komitmen tuh tapi katelah aku dah bersedia ataupun nak mula berkomitmen, kan sakit tuh nak jelaskan pada gadis.

patutnye aku takla beberapa kesah dengan tuduhan tuh.pikir-pikir balik mungkin patut bangga dapat gelaran macam tuh tapi sebenarnye sakit ati gak beberapa hari nih.aku playboy?serieeeesssla wehh korang???

haiiihhh~

Thursday, April 16, 2009

Exora

Nice one Proton!!!I'm impressed with our newborn nation's baby. The MD was very impressive on his presentation and the MPV.....sexaaaay!

If i have my own family maybe with 3 kids, i will most probably buy it.gilak ahh smart!


on a totally different note; Masyaallah susahnye nak dapat SATU reference letter for my postgraduate studies.Sabar jekla~

Wednesday, April 15, 2009

sial*post down*

Aku cukup pantang dengan tak suke bile perasaan kosong dengan kecewa serang diri. cukup jijik bila rasa hidup tak kedepan tak kebelakang termanggu-manggu macam orang dungu tunggu hujan turun. hari tukar hari, masa tetap menyondol-nyondol tapi tapak kaki kaku tak kemana.

Ini bukan hidup yang aku rancangkan dulu.

pandangan positif optimistik yang tebal dah mula terhakis sini sana bertukar jadi karat negatif dan pesimistik. pandang manusia kelilingpun dengan pandangan haram jadah."kau tak tau betapa hitam hidup aku, jadi jangan kau fikir aku pura-pura kuatkan diri hanya kerana tak mahu orang pandang aku lemah"

masalahnya inilah bila perasaan hitam ni datang mengetuk jiwa bila pandang manusia keliling takde sorang pun yang berwajah "hei zarie rileklah!kau kan kuat apeeeee?" Fuck You! aku kuat kau persoal aku lemah kau apa tau.

Hidup memang susah.tak semua intisari rancangan kita bole ikut satu persatu.itu aku fahamlah.

masa-masa genting macam ni apa yang dapat sedapkan hati cuma fahamkan hidup jutaan manusia kerdil kat luar sana yang hidupnya lagi sampah dari aku.berapa ramai manusia yang dirundung kecewa dan putus asa.aku cuba baca kisah mereka dan jadikan pedoman untuk dapatkan kekuatan.

habis baca kisah mereka, perasaan jadi makin sialan.dengan aku dengan die sama-sama cangkung tutup muke malu dengan ketidakkuatnya diri.bodoh~

ada sebab aku kuatkan diri.ada sebab aku punya ego tinggi.masa lalu buat aku macam ni. tapi tak bermaknalah pulak aku robot.cuma tak suka ikutkan jiwa lemah ni.tak suka muka sendiri kalau tak senyum sebab pasti sangat muka buruk ya amat tanpa senyum.

tapi itulah bila perasaan sial ni datang melawat.bila motivasi diri adapun menyakitkan hati.hidup rasa tak bergerak, mati.senyum pulak jadi plastik. yang ada dalam diri sekarang aku kenal pasti ada dua.

satu= aku sedar yang hidup aku sekarang sedang berhenti ambil angin sambil hisap rokok.tak kedepan tak kebelakang.berhenti macam tu jek.

kedua= aku sedar yang aku hidup berlandaskan masa lepas.segala yang ada hari ni aku pandai-pandai memaksikannya dengan tingkat yang aku sudah letakkan di masa lepas.

kesimpulannya untuk beberapa minggu atau bulan ni aku tak cuba untuk hidup.aku jadi zombie.walhal aku mahu bergerak,mahu hidup mahu jadi optimistik kembali.

esok mungkin eloklah ni.

ini angin yang bertiup ribut untuk malam ni saja.aku manusiakan.

Tuesday, April 14, 2009

mimpi Faiza.

Aku ade seorang gadis mase tingkatan lima dulu-dulu.Nama die Faiza. Binti ape aku dah lupa tapi name die Faizahla.Die freelance model kat Singapore tapi still sekolah bawah aku setahun.memang cantikla die.jumpe dulu mase same-same berteater kat sekolah.

Dulu tiap-tiap minggu kot kuar dating or lepak rumah cikgu saini(cikgu teater saye) bermalam kat situ.gile punye cinta beruk mase tuh.ahahaha.

jodoh tak panjang sebab lepas masuk UIA terus break up.alasan die agak kelaka sebab the same cikgu yang halang die ngan aku.cikgu saini cakap ngan Faizah lagi baik putus sebab takut aku menghalang cite-cite die nak jadi model.ahahaha..sebab aku masuk uia mase tuh.ahahah???

tu mase sekolahla.then lost contact sampaila malam semalam aku mimpi die datang.tak ingat buat ape sebab bukan mimpi basahpun tapi macam-macam kot kiteorang cerita.

itu jeklah.saje nak cerita.

bangun tido aku pikir...masyaallah lame gile aku lost contact ngan die tetibe tercontact balik dalam bentuk mimpi.still cantik plak tuh.ahaha.menarik jugak mimpi orang yang lame kite tak dengar berite.terus terpikir die ade mimpi pasal aku tak???macam tak jek.

alahai~

Saturday, April 11, 2009

Hitch

Do you know what it's like. getting up every morning?feeling hopeless.feeling like the love of your life is waking up with the wrong man. but at the same time hoping that she still finds happiness. even if it's never going to be with you...

taken from Hitch.

Me~

I wanna write something beautiful if ever one of my traits is writing flawlessly but I can't, so I inspire -anonymous-

I am a very optimistic prick. I view the world as a playground filled with children and dinosaurs. I believe in friendship and love and the world is as interesting as a carnival that we human attended when we first stepped our shoes in it.

Oh yes I acknowledge all the hardships and all the pain I encountered throughout my life. I cried for it and I had my share of darkness and many times i felt like giving up. I whined and I cracked under pressure too.

I acted pretty much similar like a jerk if not a bastard. I made people cry and many times I let people around me down. I refuse to grow up and judge people at my own accord.

I try countless time to be a gent. even to the point of being a hypocrite. and successfully turned myself into one. I respect women and their mothers and fathers. I loved and love to its fullest.

I refuse to regret the things I've done but one.

ONE regret. my beautiful wonderful life that I have all the years and one painful regret that I'm willing to carry for the rest of my life or at least till the day i welcome a new regret in my life (which I hope none will come)

yepp...that sounds pretty much like me...or is it you?or maybe us?

Monday, March 30, 2009

Pondering me

The world is a playground. We know that when we were little kids but somehow someway everyone forgets it.


maybe it's time to remember it back.

Sunday, March 29, 2009

dalam tido pon bole cramp kaki???

Hujung minggu yang sangat produktif nampaknye.Syabassss!!!!(gaya Kamal Hassan)

Bermula dengan sessi jamming impromptu yang berjaya menghasilkan lagu Yuna (sila lihat di Facebook), dengan jayanya berjaya bermain bass dengan bergaya walaupun itulah pertama kali aku main bass.jadi sekarang aku nak fokus kat bass pulak walaupun permainan gitar dah agak meningkat.hahaha.

tido pukul 5.30 pagi dengan Sarip yang tertido sambil memegang gitar setelah dipaksa merakam video aku main lagu Linger.hahaha..

then bangun hari sabtu bawak chief pergi The Curve sebab die nak beli kasut Converse tapi end up beli kasut Nike putih yang agak *chic* dan aku yang tak plan langsung nak shopping end up beli blazer kat Padini dengan satu baju ala-cowboy kat Seed.langsung hilang Rm 200 termasuk beli stokin yang terpakse beli sebab kaki melecet.itulah yeaa kawan-kawan, jangan pakai kasut tanpa stokin walopun nampak cool pada mula-mulanya.bongok betol aku!

ahmad helmi beli seluar dengan baju dan Tahniah kepada Sarip kerana berjaya mendapat hadiah harijadi daripada kami yang berupakan t-shirt Loudness. Dia dah 25 tahun!

Malam enjoy dinner alumni kat uia dengan member-member sambil celebrate earth hour konon-kononnya then lepak ngan Posh kat Old Town.lame gile tak jumpe die.hahaha..gile punye budak pompuan.

Balik umah sambung jamming session ngan bebudak sampai pukul 6 pagi.hahaha...

then tengah sedap-sedap tido tetibe aku terbangun sebab kaki cramp???agak meraung la time tuh tapi takleh buat ape-ape.niat hati nak kejut nik tapi die tengah tido dan disebabkan taknak dituduh mengigau aku berguling-guling jek sampai dengan selambe tido balik.

Pelik gile time tido pon kaki nak cramp. tak pernah jadikla plak sebelum ni. sebelom tido kite kene warm up ke? ke sebab minggu ni tak main futsal?kalo tak main badan marah ke?pelik gila ahhh.

owhhh tahniah kepada Nik kerana berjaya membeli satria Neo akhirnya.anda mmg *chic*ahaha...

sekian,salam hormat.

Sunday, March 22, 2009

Sirah Junjungan by Erma Fatima

Menyorot susur galur perjalanan Nabi besar junjungan Rasullullah S.A.W, Erma Fatima memang sangat hebat bermain dengan perasaan rindu umat-umat Islam di Malaysia.Untuk pertama kalinya dalam bertahun-tahun pergi menonton teater (melayu mahu Inggeris) aku dengan rasminya menangis kerana keberkesanan Erma Fatima dan pelakon2 arahannya bermainkan emosi aku yang juga rindukan Rasulullah S.A.W.

Walaupun lakonan dan koreografi tariannya(ya ini teater musikal lagi) taklah di tahap yang sangat dibanggakan tapi menarik jugak melihat ensamble yang dipilih menjayakan teater ni.secara individu tak sangat hebat tapi bila dah disatukan memang cukup menarik untuk dihayati. syabas kepada semua ya.

Pertama kali air mata bergenang apabila melihat scene Bilal di seksa Umaiyyah. teringat dulu kecik-kecik abah belikan ensaiklopedia tentang cerita-cerita sahabat Rasullullah. Aku yang tak mumaiyis masa tuh dah terasa betapa besarnya cinta Bilal kepada Allah dan Rasullullah. jadi bila melihat balik lakonan yang dilakonkan hati bertambah berkaca lahkan.langsung air mata menitis buat pertama kalinya dalam sejarah menonton teater. kemudian bila saja di akhir-akhir pementasan saat hampir wafatnya Rasullullah, lokanan yang berkesan dan tahap rindu yang membuak2 terhadap Rasullullah membuatkan air mata pun jatuh lagi dan lagi. bukan aku sorang yea.hampir kesemua mereka yang berada di atas menangis(bunyi esakan sangat jelas disana sini).

Sumpah rasa rindu yang ada masa tu bukan biasa-biasa saja.tak pernah aku rasa rindu sebegitu besar. hati yang kecil dan hina ni memang sangat-sangat malu kerana tak pandai-pandai lagi menghargai pengorbanan besar Nabi yang sangat menyanyangi umat nya. Secara keseluruhan, walaupun tak sebesar pementasan Puteri Gunung Ledang, tapi pada pendapat individu aku, impak yang masuk kehati nih tak terbanding rasanya.tahniah Erma Fatima kerana setelah sekian lama akhirnya ada juga manusia yang ingin menghidupkan teater Islam yang akhir sekali aku tengok ialah teater arahan Bapak Nordin Hassan yang berjudul Demi Zaitun itu. Harapnya lepas ni Uncle Dinsman pulak dapat buat teater Yusuf nya.

Di Istana Budaya segala kenangan manis bersama-sama rakan rapat menjayakan teater 12 angry men satu ketika dulu datang mencurah-curah dalam hati dan otak. bila lepak saja di luar Lambang Sari terasa seperti semua rakan-rakan ada di sebelah bergembira selepas tamatnya persembahan. teringat balik bila pertama kali aku menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur untuk melanjutkan pelajaran di UIA, aku berjanji pada diri sendiri yang satu hari nanti aku pasti berlakon di situ dan bila termakbul saja impian tersebut, aku yang masa tu seorang, memandang Istana Budaya dan tersenyum puas.

sekarang setelah bertahun berlalu, aku buat pertama kali menangis melihat Sirah Junjungan di junjung setiap umat Islam yang datang menonton karya Erma Fatima tersebut. Terima kasih team produksi Erma Fatima kerana membangkitkan rasa rindu sebenar kepada Rasullullah S.A.W kembali.

Tuesday, March 17, 2009

ahahaha

They say all the good guys in this world are either gay or married...

i wonder where exactly am I standing now.I am definitely not gay(hell no!I would rather die before I could ever think of being a gay) and I am also not married. so???

if I am not both I believe the closest that I can get to the real interpretation of that sentence is that I am either not a man at all or I am just a plain jerk among all the jerks in the world today.

am I a jerk?

well considering all the things that I have done to all the girls I know in my life I would say that there is a big huge chance that indeed I am a jerk:P

on the other hands, is it? apart from being rude,insensitive and too frank at times I don't think I have the right qualification to earn that title tho. I mean I have always treated women the way they are suppose to be treated, which is with full respect and honour. My mother taught me all that, about the importance to treat women like they are the only treasure left in this life and no matter how bad or how misbehave the girl is, Mom told me to treat them equally as well and try to look at their good qualities instead. according to her, tho it seems that the girl is wild, I should always try to understand her first and listen to her reason(s)...

listen...

Yep...now that I am old enough to use my brain, i learned that listening is the best way to communicate with girls..and that is what I actually do if I communicate with girls(except for my really closed friends)

but still right...since I don't belong to either group, I guess I am just a jerk...

what about those single ladies out there? what sub group do they belong to?

Bitches or Lesbians?

Lesbians...well that's hot (being a jerk)

Sunday, March 15, 2009

Saturday, March 14, 2009

....

Lihatla moto kat bawah tuh...cantik kan???

saya mahu beli nanti..wooohoooo!!!!!

Encik yang bernama moto


Ini moto idaman saya...

perancangan ingin menyambung pengajian ke tahap masters terganggu buat seketika kerana nafsu sedang rancak menoda saya dengan berkata "beli!beli""

perancangan untuk membeli kereta ditolak secara terus kerana saya pasti akan membeli en moto tersebut dengan harga tunai kerana selepas membayar harga diri beliau saya bolehlah terus menumpukan terhadap pembelian kereta pula tanpa perlu menunggu dua tahun melangsaikan hutang.


ohhh nama beliau adalah Daelim Roadwin125....hai cik adik!sorang jek ke???weweeeeiiitttt

Friday, March 06, 2009

Hehehehe....

Pernah tak anda terfikir apakah reaksi orang utan kalau kita tumbok perot die dengan kuat2?

hasil perbincangan aku dengan Sarip malam semalam dengan menggunakan imaginasi masing2 dan sedikit tokoh tambah idea kreativiti masing2, terbukti kalau kita tumbok perot Orang Utan kuat2 hasilnya tentu sangat melucukan.

Tuesday, March 03, 2009

P.Ramlee dan Kegeniusannya

Tadi aku tengok Buletin Utama Tv3 yang melaporkan tentang isu huru hara di Negeri Perak. Mengikut laporan tersebut oleh kerana masalah-masalah yang terlalu huru hara termasuklah dihalang encik-encik Polis serta FRU kita dan kes injunksi yang dikeluarkan mahkamah terhadap speaker dewan undangan Perak yang menhalang beliau daripada terus mengeluarkan kenyataan terhadap Menteri Besar BN perak maka Speaker tersebut dengan beberapa ahli dewan undangan kawasan Negeri Perak tidak termasuk daripada wakil Barisan Nasional telah bersama-sama mengadakan mesyuarat di bawah sebatang POKOK (hihihi) dan sempat mengeluarkan 3 usul yang saya enggan ulaskan disini.

Sebagai Anak Jati Johor aku taklah pedulikkan sangat dengan hal ehwal negeri Perak Darul Ridzuan tu tapi atas sebab prihatin aku sebagai Anak Malaysia aku tengokkan jugak laporan tersebut. secara jujur aku taknak lah sentuh isu tersebut sebab itu isu orang-orang politik bodoh Malaysia.apapun jadi kat sana aku rasa orang-orang Perak tetap jugak hidup seperti biasa.pagi-pagi dieorang keluar jugak kerje sampai petang atau malam.anak-anak dieorang main jugak bola dan orang-orang Melayu tetap jugak bersahabat dengan orang-orang Cina dan India sambil minum kopi sambil ratah goreng pisang kat warung-warung atau kedai mamak. malah sebagai anak Malaysia, aku rasa rakyat Perak patut bersyukur kat Allah (bukan kerajaan yaa) sebab sekurang-kurangnya dieorang ada dua orang Menteri Besar sekarang berbanding aku orang Johor yang ada satu jek Menteri Besar. bila ade 2 menteri besar dan dalam situasi sekarang tentu dua-duanya sangat sibuk nak menjilat bontot rakyat dengan memberi segala gula-gula demi mendapat konon-kononnya sokongan tak berbelah bahagi rakyat.

itu cerita lain lah.yang aku nak sentuh ciput jek.cuma kes bersidang bawah pokok tu jek. aku tak taulah samada rakyat Malaysia ni perasan atau tak yang situasi kes sekarang ni lebeh kurang sama jek dengan kes yang terjadi dalam filem P.Ramlee yang bertajuk Laksamana Do Re Mi. Ingat tak bile Do re mi naik atas tikar terbang mereka dan mendarat di Negeri yang bernama Pasir Berdengung? kan dieorang berjumpe dengan pembesar atau ketua sah kerajaan Negeri tersebut sedang bersidang dengan rileknye di bawah sepohon pokok. (ring any bells???)

mengikut ketua Negeri Pasir Berdengung, pemerintahan beliau telah di rampas oleh seorang ahli politik yang bernama Menteri Pasola dan lepas tu Do Re Mi pun blablablablablabla.....yadayadayada....

Hebat tak P.Ramlee?Nostradamus pun tak hebat macam beliau kan?

Sunday, March 01, 2009

adam dan hawa

bila Allah S.W.T meletakkan adam dan hawa di bumi dan menjadikan mereka khalifah planet kecil yang tercipta di letakan ketiga dari matahari, adam dan hawa dipisahkan dan di turunkan di tempat yang jauh antara mereka. mereka dipisahkan antara benua yang terlalu asing namun atas nama cinta agung antara dua hati, mereka dipertemukan semula akhirnya.

untuk pertama kalinya dunia mengenal apa itu cinta.

Adam yang hilang cinta ketika pertama kalinya dia mencium bau tanah

atas nama cinta

dengan izin Allah tuhan kepada khalifah dunia

bertemu hawa...

dan dari situ....

terjadilah kita.

kita yang menyambung cerita cinta mereka.

Friday, February 27, 2009

Bermain gitar

hahahaha..setelah lama tak belajar main gitar dan atas sokongan encik sarip dan singkong serta tunjuk ajar yang diberikan aku pon belajar balik main gitar.ahahahaha!!!!

kepada encik anis yang terchentak siapkan diri anda kerana lepas ni kita bole jamming same2!!weeehey.

sebelum ni saye pandai main satu lagu jek iaitu lagu yang saye sendiri gelarkan "bruce springsteen' yang di ambil sempena artis barat lagenda itu dan secara khasnya malam ni nampaknya saye akan berjaya masukkan lagi 2 lagu ke dalam playlist saye iaitu lagu Linger dan when you're gone. kedua-dua lagu ini dicipta oleh The Cranberries. mereka ini merupakan one of my all time favourite band dan kedua-dua lagu ini merupakan lagu yang sangat saya suke*hnssssss kembangnya idung*

Linger merupakan lagu terbaik pernah saya dengar dari segala sudut.baik susunan lagu mahupun liriknya yang sangat lovely dia juga membuatkan saya jatuh cinta ngan cerita "click" lakonan Adam Sandler dan Cate Beckinsale yang teramat hot itu(terutamanya ketika dia pakai costume Pocahontas. lagu When you're gone merupakan satu lagu yang amat sweet pula.saya sangat suka.

ahahahaha..takleh tulis banyak-banyak sebab saya mahu praktis lagi.

weweeeeiittttt...

Wednesday, February 25, 2009

jiwa kosong tanpa hala tuju....entri kepala ketam.

dah tiga empat hari saya kunjung laman blog saya dengan pandangan yang kosong. tiap kali sesi lawatan berlangsung saya asalnya nak menambah taraf dengan post yang baru tapi entahlah segala isi neuron-neuron kreatif saya beku jek tanpa sebarang rangsangan. risau jugak sebenarnya tapi dah tak terpikir apa-apakan apa saya boleh buat.

Langsung saya kuarkan sebatang rokok sejuk lalu mencapai pula lighter dan terus menghisap rokok. ini merupakan therapy cliche untuk orang yang inginkan idea penulisan. agak menarik kerana lampu bilik juga terpadam dan terasa seperti konon-kononnya saya ini seorang penulis hebat. realitinya saya tidak berbakat dalam bidang penulisan. *ketawa kecil dalam gelap*

sememangnya saya tak punya bakat dalam bidang penulisan. tapi saya minat sastera. sebab itulah saya ambil sastera bahasa inggeris semasa didalam pengajian dulu. pernah jugak saya cuba menulis cerpen ataupun cerita pendek tapi dah lama laaaa. itu pon tak bagus. saya ada juga blog yang dikhususkan untuk cerita pendek tapi memandangkan saya tak punya masa sejak kerja sebagai pensyarah projek itupun terbengkalai.

adalah juga azam dalam hati nak sambung balik dan asah seni penulisan saya tapi tak taulah bila bole mula balik. saya lebih suka tulis puisi. puisi lagi menghairahkan saya. tapi saya memang suka seni sebenarnya. baru-baru ni saya cuba melukis dan mewarna.dapatlah menghasilkan satu karya yang kawan-kawan ramai hina...ahahaha..tapi ada juga yang puji seperti cik Dianne yang nak tempah satu lukisan. saya dapat ilmu-ilmu lukisan secara tak sengaja. saya belajar seni islam semasa kerja di Yayasan Restu dan belajar secara terus dengan seorang cendiakawan seni Islam berasal dari Bandung Indonesia bernama Pak Mahmud Buchari. Beliau lah yang memetik minat saya dalam ilmu berkaitan seni lukisan berasaskan seni Islam ini. sebab itu jugalah saya mula minat mendalami sastera Islam dan kalau boleh saya nak sambung pengajian masters saya dan mengkhususkan thesis dalam isu sastera islam.

cerita pasal sambung pengajian, saya semakin bosan mengejar pensyarah-pensyarah demi untuk meminta sekeping laporan sokongan terhadap niat saya ingin menyambung masters. susahnya MasyaAllah nak dapatkan mereka. pajam hilang entah ke mana. terasa pulak timbul konspirasi menghalang saya dari meneruskan pengajian.

saya dapat panggilan temuduga untuk jawatan Corporate Communication Exec untuk Malaysian Institute of Insurance bulan depan. saya mungkin akan pergi mencuba nasib. kalau ada rezeki InsyaAllah dapat dan mungkin saya bole cuba bidang baru tersebut. Kun Fa Ya Kun, kalau Allah mengatakan jadi maka jadilah ianya. kita lihat lah sahaja nanti. saya tak mengharapkan sangat pun kerana profesion sekarang pun dah cukup seronok. Peperiksaan PTD pun dah berakhir dan saya rasa saya lakukan yang terbaik. kalau ikutkan bongkak jiwa saya katakan saya lakukan lebih dari yang terbaik kecuali untuk satu kertas iaitu kertas matematik *picisan sahaja*

ahhh bukan boleh buat apapun aku kalau ianya melibatkan matematik.

dan baru tadi gadis kematian ibu baru sahaja cuba merajuk dengan aku kembali. disuruhnya aku ajar tentang continous tense melalui telefon. karut saja lalu aku tolak dan dia pun merajuk.

aku tak pedulik pon...cehhh.

Wednesday, February 18, 2009

yippayippp!!!

Sabtu ni ade peperiksaan PTD. aku mau pergi dan berusaha!!!kerana apa?kerana aku memerlukan hidup yang lebih stabil daripada apa yang aku ada sekarang. aku ok jek ngan hidup skarang tapi bile memikirkan gaji yang tak pernah tetap dan kesihatan yang terlalu terdedah dengan segala risiko tanpa insuran mane leh tahan. aku agak bersabar jugakla dan sanggup beli insuran memandangkan tempat kerja tanak lindung aku.jadi kalaulah aku mati eksiden tetibe mase nak pergi kerje.mati kataklah aku. ni pon dah dua minggu aku demam,batuk, sakit pale, sakit badan tapi gagahkan jek hidup pergi kerje.kalo tak pergi kerje takde duit jugak kan hujun bulan nanti.jadi sekarang ni kesihatan tolak tepi semua.yang penting ade gaji...rase macam sial gakla.tapi aku sedarla yang aku kene rase susah dulu sekarang supaya hari esok aku boleh rase senang.

pikir pasal kerja kalau nak ikotkan aku punye perasaan nak jek aku belah carik tempat lain yang boleh bagi hidup yang bagus dari sekarang.maksud aku atleast gaji tu stable la dan tak berubah-ubah tiap bulan dan paling penting bole lindung aku mase tengah berkerja. tapi memandangkan aku ni nak buat master aku tabahkan hati jugak.mase depan tu lagi penting dan yang paling penting ilmu tuh kene kejar baru rezeki datang. insyaallah.

semoga hari esok aku tak down pasal kerja sebab aku tak suke mengajar bebudak tu semua time down.aku nak kongsi ilmu dengan ikhlas. nak motivate dieorang utk kejar ilmu supaya dieorang senang.tapi kalo dah down pasal duit sampah jugak rasanya.gileeeeee.

Saturday, February 14, 2009

kepada encik valentine..or valentino

Kalaulah saye kenal awak dengan lebey dekat atau awak pernah bela saye dari kecik sampai beso ni mungkin ada sebab untuk saye menghabiskan duit saye beratus ringgit atau kuar dan menyakitkan lagi tumit saye dengan berjalan2 di taman atau menontong pawagam. tapi masalahnye saye tak kenal awak. kite tak pernah berutus surat mahupun bertukar biodata yang membolehkan saye mengingati awak lantas menghabiskan hari cuti mingguan saya untuk menyambut hari kelahiran mahupun kematian awak.

ohh speaking of that, saye secare serius tak tau ape latar belakang awak? selain daripada cerita yang saudara mara saye dibunuh kejam masa 14 februari nih saye sungguh tak tau ape signifikan nya orang ramai nak menyambut awak.selalu jugak saye tanye diri sendiri adakah saye yang ignorant ataupun orang ramai yang punya agama sama seperti saya yang ignorant?saye kot?entahlah

tapi kan saye punye doubt gak sebenarnye dekat orang-orang yang menyambut hari awak ni encik valentine@valentino. saye kurang yakinlah dieorang pun kenal awak sangat-sangat sebab awak kan dah lame mati. saye mau tuduh sebenarnye dieorang dah eksploitasi awak. yeaala cube tengok macamana orang2 kapitalis tuh buat untung dengan guna nama awak.bapak banyakkan!bayangkan jekla satu kuntum ros bodoh tu pon dieorang jual sampai harga 20 -30 ringgit dan coklat kemetot tuh sampai 50 ringgit.bapaaak mahal.yang bestnye mahal time 14 hb jek plak tuh.esok terus harge turun jadi 5 ringgit. macam bodoh plak sape yang beli time hari tuh. kesian awak sebab kene eksploit. konon2nye sambut hari kekasih. masalahnye mase awak hidup dulu awak ade ke kekasih??ade bini ke?penah kene cium?penah beromen dengan pompuan?or lelaki?eeerrrr..hehehe

dengar cite awak saint kan?orang brazil panggil santos??bukan saint tak kawen ke?jadi mase awak hidup dulu awak sambut tak hari awak nih aaaa valentino??saye cadangkan cucu cicit awak buat jek injunksi mahkamah larang orang ramai dari ekspoitasikan awak nih. tp kalo awak tak penah kawen mane bleh awak ade cucu cicit kot???entahlah.mengarutla orang yang eksploitasikan awak ni kan.

sian awak encik valentino.tp macamane pon atleast kite leh lah nampak orang-orang ignorant yang bodo sibuk-sibuk nak sambut hari awak kan.kalo die same ngan agama yang saya pegang nih lagi best kot.dahlah bodoh pastu dapat dosa plak tuh.ni bukan saye yang cakap tau encik valentino tapi dah ulama-ulama besar agama saya yang cakap.saye harap awak tak kecik hatilah dengan ulama saye tuh.tp memandangkan awk juga orang agama saye rase kalo awak faham btol2 agama mesti awak sendri tak bersetuju ngan hari valentine nih.

watodo kan?