Tuesday, April 15, 2008

Negara Islam Vs Malaysia for Malaysians

kita kat malaysia ni selalu bising pasal perlembagaan kita yang bercelaru. orang Melayu selalu bising yang kawan-kawan bukan Melayu selalu cabar hak-hak Melayu dan islam yang dah termaktub dalam perlembagaan kita. kawan-kawan bukan Melayu selalu bising yang hak mereka selalu di ketepikan dan tegas menolak Konsep Negara Islam. Melayu ataupun tak, kita semua rakyat Malaysia.

ramai yang sedar tapi buat-buat tak sedar yang perlembagaan Malaysia ni di bentuk oleh kerajaan Inggeris. Perlembagaan asal yang di bentuk orang Melayu dan pemimpin bukan Melayu asal nya di tolak. kemungkinan besar perlembagaan kita sekarang sebenarnya tak banyak berubah dengan perlembagaan Malayan Union tajaan British dulu kecuali beberapa kerat frasa perlembagaan yang kemudiannya di ubah bagi menyedapkan hati orang Melayu.

kita sedar tak yang sebelum Malaysia di tubuhkan ada seorang penulis british yang dah pun tulis pasal Malaysia dalam bukunya.maksudnya, sebelum Malaysia ni ditubuhkan pun dia dah tulis pasal Malaysia and gunakan nama Malaysia tu sendiri.name author tu robert adminsons and die tulis Malaysia: Direct and indirect rool pada tahun 1930 something. kat dalam Mestika bulan April pun ade cakap pasal ni.

jadi sedar tak sebab aper kita selalu bergaduh pasal aper yang tertulis dalam perlembagaan tu? aku simpulkan senang jek. semua ni jadik sebab social contract yang kita ader skarang sebenarnya di gariskan oleh orang lain. benda yang di warisi daripada penjajah yang tak tau langsung ape yang ader dalam naluri rakyat tempatan tak kiralah Melayu ke tak. bila orang luar yang gariskan norma hidup kita, manakan boleh kita hidup dengan satu persefahaman.mungkin?

Inggeris megamalkan konsep divide and rule jadinya walau apapun yang di letakkan mereka pada sesuatu bangsa mesti berpaksikan perkara tersebut.jadi setelah 50 tahun merdeka, konsep tersebut masih lagi berkesan. kita maju tapi mungkin tak cukup maju lagi kerana perselisihan fahaman tersebut.

bila jadi macam tu kita selalu hilang hormat pada orang lain. Melayu tak hormat hak bukan Melayu dan Bukan melayu tak tau nak hormat hak melayu.

kita Islam, dalam Negara Islam tu sebenarnya hak bukan Islam sangat di titik beratkan sehingakan menjadi satu jenayah kalau kita nafikan hak bukan Islam. perkara mengenai hak Islam dalam Negara Islam cuma asas atau fundamental pillar dalam perlembagaan jek tetapi kalau kita tengok betol-betol, hak bukan islam sebenarnya yang lebih di titik beratkan.ini kerana, Islam itu adil. orang Islam mmg faham konsep islam itu adil tetapi tidak bagi yang bukan Islam. jadi, dengan perlembagaan islam lah mereka dapat tau adilnya Islam itu terhadap mereka. kiranya perlembagaan negara Islam itu sendiri merupakan satu mekanisme dakwah yang sangat kukuh dan berkesan.

tak kira Melayu atau bukan Melayu, kita kena faham konsep perlembagaan kita dan terbaiknya faham konsep perlembagaan negara Islam. bila faham baru kita yakin dan mereka(non-Malays) yakin dengan keadilan yang boleh mereka kecapi dalam negara Islam. pada kawan-kawan yang bukan beragama Islam, janganlah marah atau terlalu gusar dengan konsep Negara Islam kerana sebetulnya memang andalah rakyat yang paling beruntung bila Negara Islam itu terbina. orang Islam tak dapat apa-apa sebenarnya sebab pembinaan Negara Islam itu tanggungjawab asas umat Islam. bagi yang islam, janganlah sendiri menjadi ignorant sampai tak tahu apa hikmah di sebalik pembinaan Negara Islam.
tanggunjawab kita sekarang bukan nak terus membina negara daulat islam tetapi memberikan pemahaman secukupnya kepada rakan-rakan bukan Islam tentang kehebatan negara Islam.

kita sering memekik tentang satu negara demokrasi yang berlandaskan keadilan kepada semua orang.kita tahu apa yang kita nak tapi kita jadi hipokrit bila cuba menafikan tentang demokrasi yang Islam perjuangkan. kita menoleh ke arah yang lain bila di depan mata kita telah sedia ada satu sistem yang sempurna. takut apa untuk mencuba sistem perlembagaan negara Islam bila sistem yang sedia ada tu cuma dogma dan zion semata-mata.

ignorance adalah musuh kita sekarang ni baik bagi orang Islam mahupun bukan islam. orang bukan Islam bersetuju dengan konsep negara kebajikan yang di bawa Pas, setuju dengan konsep negara adil di bawah panji PKR, ada yang setuju dengan konsep perjanjian kuasa yang di bawa BN dan mereka impikan negara konsep Malaysian Malaysia kelolaan DAP. sedar tak yang semua konsep tu ada dalam konsep perlembagaan negara Islam?

Ignorance membutakan hati kita

pikirlah.

1 comment:

JoE (IzuddinE) said...

undang2 syariah kt malaysia mmg boleh sgt...xyah tukar perlembagaan pon......cume, org islam dlm BN je buat buat2 tak tau....hihihihihihih