aku terserempak dengan satu blog nama sejarahnegarakedah.blogspot.com yang aku rasa sangat informatif dan menarik.
blog tu cerita tentang Empayar Islam Benua Siam Kedah yang suatu masa dulu tersebar luas di seluruh Nusantara (particularly kawasan utara semenanjung dan negara Siam). mengikut kata dan kajian yang di lakukan oleh tuan punya blog tu, dia percaya Siam dulu adalah satu empayar luas Islam dan islam di Tanah Melayu ni pun berkemungkinan datang dari sana. banyakla info yang dapat tahu dari bacaan blog tu. gambar pun banyak untuk mengukuhkan teori dia.
tapi sayang jugaklah sebab mengikut rujukan dan pendapat popular ahli sejarah, ramai yang tak mengiktiraf teori tersebut (atau mungkin belum lagi). the research is a new one so hopefully in the future we will see our history through a different perspectives.
agak hebat jugak sebenarnya bila dapat tahu sejarah dari pelbagai sudut sebab kita ni di sogokkan dgn sejarah yang di tulis oleh org yang menang jek (history is written by those who wins the war) ni tak silap aku winston churcill yang cakap. so maksudnya sejarah yang kita baca mungkin benar atau tak tapi yang penting sejarah tu di tulis mengikut selera org2 tertentu. jadi bile teori lain tu kuar jadilah tanggungjawab kita untuk kaji dan suaikan sejarah tu balik. macam dalm blog yang aku bace dia bagi details about the research, so aku dapat pandang sejarah perkembangan Islam dari satu sudut yang lebih luasla.
sejarah itu adalah sesuatu yang perspektif. sejarah itu seperti sebuah karya literature yang non-fiction. jadi kita punya approach haruslah subjektif dan buka minda seperti seorang pelajar sastera. itu yang aku faham dan aku ikut dalam kajian aku dengan sejarah.
kerja sebagai seorang writer ni aku kena banyak tahu pasal sejarah. jadi blog macam tu amat membantu sebenarnya. plan aku lepas ni nak tulis something yang lebih academic la but not to philosophical. aku nak direct jek.hehehe.
balik pada sejarah, agak menarik bila dapat tahu yang ada kemungkinan sejarah perkembangan Islam di tanah Melayu ni sebenarnya labih luas dari apa yang di sangka. bayangkan kewujudan candi lembah bujang pun boleh di sangkal lagi.teori yang menarik jadi memang tak salah la kalau kita tahu semua tu.
perhaps we all can develop this new (or maybe not so new) teori pasal sejarah kita.
No comments:
Post a Comment