Wednesday, June 11, 2008

Goodbye Tan Sri

Semalam ketika sedang menonton Berita keluar berita yang agak mengejutkan juga. aku asalnya memang malas nak tengok berita memandangkan berita semua berpusing tentang perkara yang menyakitkan hati. balik-balik tentang harge naik, minyak naik, cubaan menteri dan politikus sampah membodohkan rakyat, bunuh....pusing-pusing hati makin sakit tekak pun loya nak muntah.

tapi berita pemecatan Tan Sri Sanusi Junid dari kerusi empuk presiden UIA nya agak memeranjatkan juga. mungkin aku rabun isu semasa.mungkin angin pemecatan dah lama berbunyi.tapi aku tak tau.aku nak kata sedih tak jugak.nak kata tersenyum tak jugak..terperanjat lah yang paling utuh perkataannya.aku rasa.

aku anak UIA yang membesar dalam era pemerintahan Tan Sri. aku ingat masa tahun 2002 aku masuk matric Uia ketika itu aku agak politikal juga.tentu jugak arah kiri. jadi bila awal2 masuk Uia ketika pertama sekali mendengar ucapan Tan Sri aku cukup menyampah kerana ucapannya berbau sampah UMNO. dengar saja dengan hati yang panas..haiii..aku ingat pada masa tu, aku lebih teruja dengan gaya isi ucapan Bro Abbas dan lama selepas itu aku jatuh cinta dengan ucapan gaya Prof Kamal Hassan. cantik dan penuh karisma...intelligent!

ketika melangkah kaki ke main campus sekali lagi dengar ucapan Tan Sri. sekali lagi aku terkejut.ucapannya dah bertukar 360 darjah.tidak berbunyi sampah.walaupun tidaklah terlalu ilmiah tapi Tan Sri masih cuba menyampaikan ucapan yang berkarismatik. aku jadi suka dengan perubahannya.bagi aku ketika itu dia seperti kembali neutral dan menggerakkan Uia seilmiah yang mungkin.

bila aku tamat pengajian tak sangka juga hayat tampuk presidennya tamat kurang setahun sesudah aku tinggalkan Uia.dulupun dia mulakan kedudukan di Uia 2 tahun sebelum aku masuk jadi hayat Tan Sri dengan hayat aku di Uia lebih kurang sama saja. tersenyum saja.

ada ramai yg suka dan ramai juga yang terperanjat atas pemecatannya. yang bersikap 'Sikkoh' agaknya sukalah kerana ramai menganggapnya sebagai pemusnah budaya islam Uia. tapi yang lebih liberal seperti aku ni terkejut sahaja kerana aku secara individu masih percaya dengan perubahan sikapnya. jadi aku tabik Tan Sri.

katanya politik yang menghalau dia dari kerusi empuknya itu. katanya lagi Pak Lah punya angkara.haiiiihhh..itulah politik ini. busuk amat. tapi untuk jadi adil dan kritis bukan ke dia naik dulu juga kerana politik??? karma kan?

sebab itu aku dari awal menentang pemecatan mahupun lantikan di bidang akedemik ni berdasarkan politik kerana orang politik ini kebanyakannya bodoh.faham tak bila aku sebut bodoh itu? bodoh bukan saja boleh dihitung dengan sijil ya.

No comments: