Manusia itu adalah satu makhluk yang racist bila ia meletakkan ketuanan bangsa melebihi ketuanan agama.
satu ayat yang agak ringkas maksudnya. memanglah racist bila letak bangsa melebihi segalanya kerana racist itukan terhasil dari ayat akarnya yang berbunyi "race" iaitu bangsa. adakah bole kita lari dari menjadi racist?aku agak pessimistic dalam hal ini. lebih 60 peratus dari pendirian aku kuat mengatakan kita takkan boleh lari dari menjadi seorang racist. kenapa? mungkin sifat favoritisme semula jadi yang ada atau mungkin senang kata sifat syak wasangka yang tak pernah padam.
tapi apapun kita sememangnya boleh bendung sifat itu jadi macam manapun ada masa kita boleh bersifat professional dengan membuat keputusan berdasarkan merit sesuatu perkara.
berhubung gerakan membangsakan rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang kelahiran ibu bapanya dari bangsa apa, pada pendirian aku ialah 100 peratus bersetuju. mudah sahaja kenapa. kerana telah lama Malaysia ini di tadbir mengikut olahan kerajaan kuno british yang berprinsipkan pecah dan perintah. kalau di kaji kerajaan british moden pun tidak menggunakan dasar itu lagi. jadi telah masanya dasar itu di buang. bila itu di buang mungkin satu hari nanti tidak timbul isu hunus keris dan isu Hindraf yang dengan bodohnya mengangkat potret Queen Elizebeth dan Mahatma Gandhi. atau juga takkan timbul isu mendesak kerajaan menambah bilangan sekolah rendah (J) yang ada bunyi 'hwa' atau 'qiu' di hujungnya.
aku agak pessimistic sikitlah. (senyum) bila majoriti inginkan terlahirnya bangsa Malaysia, adakah mereka maksudkan istilah ketuanan Melayu di hapuskan terus? adakah mereka maksudkan DEB di ceraikan?adakah mereka maksudkan sistem kuota di hancurkan?
perasan tak bila menyebut tentang dasar Bangsa Malaysia, selalu sangat beberapa perkara seperti di atas yang di sebutkan? bila di lihat dari satu sudut kita bertanya kenapa hanya perkara yang melibatkan kepentingan melayu yang harus di lucutkan?seperti apa yang hak bangsa melayu ini tak pernah adil. macam mana dengan kepentingan bangsa lain?
aku bersedia kalau semua kepentingan di atas di rungkaikan kerana aku yakin dengan diri aku untuk survive secara berdepan tanpa mengharap polisi bangsa. tapi bila aku tengok betapa bangsa lain yang cukup aggresif mempertahankan hak mereka aku jadi goyah dengan prinsip bangsa Malaysia itu sendiri. kalau mereka enggan melepaskan hak mereka kenapa perlu bangsa aku sukarela nak lepaskan hak bangsa aku.
sekejap...bila aku cakap mengenai ini, bukan bermaksud aku anti mereka. aku suka dengan semua bangsa yang ada dalam Malaysia as long as dieorang baik dan punya sikap terbuka. maksudnya mereka yang suka bergaul dan berbual mesra tanpa fikirkan warna kulit. kalau jahat tak kiralah kau melayu ke ape ke aku tetap benci.sebab apa?sebab kau merosakkan nama agama dan bangsa kau jugak dan buat orang lain suka buat stereotype kat bangsa kau.
mungkin ada orang kata sebab itulah semua kena berubah dan perubahan itu bermula dari aku. tapi itu tak cukup untuk menyakinkan hati nak berganjak dengan perubahan sebesar macam tu. perubahan itu seolah-olah macam satu dunia zion yang hanya fantasi. seperti satu kingdom of heaven yang terlalu subjektif.
sukarkan? aku yakin kita patut berubah. jangan terkongkong dengan isu bangsa. kita cinta bangsa kita, ya itu aku faham. tapi jangan sampai membuatkan bangsa lain merana. kita boleh jadi racist tapi jangan sampai boleh menutup kebahagiaan bangsa lain kerana seteruk mana pun bila kita perasan dalam situasi tertentu, bila kita duduk bersama dengan orang yang belainan bangsa dengan kita, kita masih boleh berbual mesra sesama sendiri. bukan ke perasaan masa berbual bersama itu indah?
Makkal Sakhti
No comments:
Post a Comment