Tadi aku tengok Buletin Utama Tv3 yang melaporkan tentang isu huru hara di Negeri Perak. Mengikut laporan tersebut oleh kerana masalah-masalah yang terlalu huru hara termasuklah dihalang encik-encik Polis serta FRU kita dan kes injunksi yang dikeluarkan mahkamah terhadap speaker dewan undangan Perak yang menhalang beliau daripada terus mengeluarkan kenyataan terhadap Menteri Besar BN perak maka Speaker tersebut dengan beberapa ahli dewan undangan kawasan Negeri Perak tidak termasuk daripada wakil Barisan Nasional telah bersama-sama mengadakan mesyuarat di bawah sebatang POKOK (hihihi) dan sempat mengeluarkan 3 usul yang saya enggan ulaskan disini.
Sebagai Anak Jati Johor aku taklah pedulikkan sangat dengan hal ehwal negeri Perak Darul Ridzuan tu tapi atas sebab prihatin aku sebagai Anak Malaysia aku tengokkan jugak laporan tersebut. secara jujur aku taknak lah sentuh isu tersebut sebab itu isu orang-orang politik bodoh Malaysia.apapun jadi kat sana aku rasa orang-orang Perak tetap jugak hidup seperti biasa.pagi-pagi dieorang keluar jugak kerje sampai petang atau malam.anak-anak dieorang main jugak bola dan orang-orang Melayu tetap jugak bersahabat dengan orang-orang Cina dan India sambil minum kopi sambil ratah goreng pisang kat warung-warung atau kedai mamak. malah sebagai anak Malaysia, aku rasa rakyat Perak patut bersyukur kat Allah (bukan kerajaan yaa) sebab sekurang-kurangnya dieorang ada dua orang Menteri Besar sekarang berbanding aku orang Johor yang ada satu jek Menteri Besar. bila ade 2 menteri besar dan dalam situasi sekarang tentu dua-duanya sangat sibuk nak menjilat bontot rakyat dengan memberi segala gula-gula demi mendapat konon-kononnya sokongan tak berbelah bahagi rakyat.
itu cerita lain lah.yang aku nak sentuh ciput jek.cuma kes bersidang bawah pokok tu jek. aku tak taulah samada rakyat Malaysia ni perasan atau tak yang situasi kes sekarang ni lebeh kurang sama jek dengan kes yang terjadi dalam filem P.Ramlee yang bertajuk Laksamana Do Re Mi. Ingat tak bile Do re mi naik atas tikar terbang mereka dan mendarat di Negeri yang bernama Pasir Berdengung? kan dieorang berjumpe dengan pembesar atau ketua sah kerajaan Negeri tersebut sedang bersidang dengan rileknye di bawah sepohon pokok. (ring any bells???)
mengikut ketua Negeri Pasir Berdengung, pemerintahan beliau telah di rampas oleh seorang ahli politik yang bernama Menteri Pasola dan lepas tu Do Re Mi pun blablablablablabla.....yadayadayada....
Hebat tak P.Ramlee?Nostradamus pun tak hebat macam beliau kan?
1 comment:
Kan dh kate pramlee best.
Post a Comment