Thursday, April 24, 2008

for you..yes, you.

it's funny to think that an ounce of honesty can live up a person's day and make him smile for three days in a row.

hehehe...I'm blushing*

jumpe satu blog dari sorang gadis yang dah lame jugak aku puja disebabkan karisma nya. dia sangat pandai, sangat komited dengan kerja-kerja nya( kalo buat kerje sampai pengsan tu komitedlakan?) , sangat-sangat cantik dan punya sepasang mata yang aku rasa sangat sexy.

kami dah kenal lama tapi dulu masa sama-sama berada di University, masing-masing sibuk dengan dunia masing-masing. mungkin juga tak berkesempatan dan mungkin juga masing-masng punya pacaran? tapi kami kenal dah lama. kini dia tinggal semester pengakhiran sebelum keluar dan bertemu dengan dunia realiti yang sebenarnya.

jadi di pendekkan cerita sebab aku agak sibuk sekarang ini, aku pergi ke blog dia dan seronok membaca dan menatap wajah-wajah comel anak buah dia dan dia dan tergerak pulak masa tu nak cuba dalami dunia dia dengan lebih mendalam. satu-persatu aku belek. dari setiap link aku tekan dan *suuuuurrrfffff* link-link dia. aku berminat dengan satu minat dia terhadap sebuah penulis bernama Pablo Coelho. agak menarik dan aku terus berjanji pada diri sendiri yang aku patut belikan satu hasil Coelho dan kaji penulisannya.

aku tengok photo-photo anak kecil yang ada di blog nya.gembira betul segala perasan yang dia pancar masa photo diambil. hehehe..aku tahu dia memang suka anak kecil. satu hari nanti dia akan jadi seorang ibu workaholic yang sangat baik.

jadi di pendekkan cerita di sebabkan aku agak busy sekarang ni, mase aku browsed dunia kecil blog dia aku terserempak dengan link yang tertulis "the poet I adore at the moment, I think..."
aku clik kat situ sebab niat asal aku mahu tahu jugak siapakah poet yang di sebutkannya? aku memang suka poetry dan suka baca poem-poem yang di tulis tanpa kira baik atau tidak kerana aku tak suka judge orang. tapi....bila aku klik jek...huuuuupppp....terus senyum panjang dan... tak taulah sebab aku tak pernahlah senyum macam tu.

segala perkara yang aku buat, aku buat kerana Allah.Dia bagi aku fikiran dan ilham jadi semua tu untuk dia. kemudian aku buat kerana persekitaran yang bersangkut paut dengan aku. aku rasa bebas bila menulis sajak-sajak tersebut.aku tak kisah baik atau buruk sajak aku.bagi aku yang penting perasan dapat aku keluarkan dan menifestasikan semua nya ke satu bentuk yang abstrak dan mungkin hanya aku sahaja yang hargai.

jadi bila ada yang sudi letakkan sebaris ayat yang macam tu aku susah nak ungkapkan perasaan. yang mampu hanya tersenyum dan masih lagi terus tersenyum selepas tiga hari. besar pengertiannya. lagipun ayat tu datang dari orang yang aku puja.hehehe saling memujala ni. dunia memang pelik.

macam tu lah kiranya individu itu meletakkan sesuatu dengan ikhlas dan jujur. macam tulah jadinya bila individu itu tahu menghargai. tak perlu beri tahu tetapi bila sang punya badan dapat tahu kenyataan tersebut, maka gembiranya dia dalam diam. hanya tersenyum kerana punya orang yang memahami.

aku dah tersenyum selama tiga hari. fikiran masih lagi jitu pada dia. dia buat aku gembira dengan tulisan singkatnya itu.

tolonglah jangan ubah itu.biarkan terus dia begitu sebab akupun manusia. bila rasa gundah aku sekurang-kurangnya boleh lawat ayat itu dan terus tersenyum kembali.

terima kasih...

2 comments:

ainfazrin said...

pun tersenyum baca post ni... =)

;P

Bambi Starlight said...

zarie! *waves* Ade blog baru tak bilan! :D