Wednesday, May 21, 2008

Justice will eventually binds us together

Bila menatap kaca televisyen atau membaca biji-biji perkataan yang di tuliskan di atas kertas surat khabar arus perdana, kita di Malaysia ini seakan-akan seperti di halusi dengan bom-bom nuclear tentang isu KETUANAN MELAYU yang katanya semakin terhakis akibat kononnya perpecahan Orang Melayu.

Disana sini kita di kabarkan tentang Orang Melayu yang semakin hancur hak-haknya dan komplikasi yang mungkin datang akibat perpecahan tersebut. Di sana sini juga kita didengarkan tentang tokoh-tokoh tertentu yang menjerit terlolong-lolong tentang betapa pentingnya kita terus bersatu.

Secara jujurnya aku hanya nampak semua itu sampah belaka. Hanya polemic politik murahan tajaan parti UMNO yang terdesak akibat perpecahan mereka sendiri. Malas nak cerita tentang politik. Kenapa malas sedangkan selama ini aku pengikut setia politik? Kerana seperti yang aku kata. Semua itu sampah belaka. Kalau benar UMNO penjaga hak Melayu hidup mati, bukankah telah 50 tahun dia di pertanggungjawbkan untuk menjaga kita semua? Jadi selama 50 tahun kalau hak kita terhakis semua itu salah siapa? Aku tak ingat pula ada pernah DAP memerintah negara. 50 tahun ni kalau di singkap tentang sejarah, tak tertulis aku tentang keistimewaan Melayu yang telah terhakis akibat salah laku atau cuai UMNO sendiri. Yang kaya mereka dan kroni mereka. Yang miskin tetap kita. Pernah dengar tentang ungkapan “nak kaya join politik masuk UMNO carik cable besar” atau “ kau kalau nak kerje kerajaan mesti kene ada kabel besar”.

Tapi macam aku cakap, aku taknak sentuh isu politik dan semua Ketuanan Melayu ini kerana aku rasa sudah masanya kita bersikap matang. Jangan pandang sesuatu itu mengikut acuan sempit.

Aku baru melawat laman blog MAHAGURU58.blogspot.com. ada paparan tentang diskriminasi terhadap Muslim di Amerika dan bagaimana mereka yang bukan Islam mempertahankan seorang wanita muslim dari diskriminasi tersebut. Mereka tidak kenal satu sama lain tetapi atas dasar cintakan sesame makhluk tuhan, yang batil di tentang bersama.

Nak menitis air mata bila melihat video tersebut. Di tengah-tengah dunia yang kini hanya kenal erti musuh dan darah, ada lagi yang mengenal erti kemanusiaan dan hormat menghormati. Tengoklah sendiri dan lihat betapa besarnya dunia ini kalau kita semua kenal erti apa itu hormat.

Amerika yang kita kenal sebagai tempat segala kerosakan ataupun kekejamannya terhadap Islam masih lagi mampu melahirkan insan yang menghormati sesama Insan. Kiranya mudah bagi kita, apa salahnya kita juga begitu. Pedulikan tentang soal Ketuanan Melayu buat sementara waktu kerana kalaulah kita faham konsep hormat menghormati, kan soal ketuanan itu semua boleh diselesaikan. Maksudnya mereka yang bukan Melayu mahupun Melayu saling menghormati hak masing-masing, tiada satupun Ketuanan yang akan tercalar, tercabar mahupun terhilang.

Pada sesiapa yang membaca tentang ini, lawatlah MAHAGURU58.blogspot.com. tolonglah bace dan ambiklah pedoman!

No comments: