Bangun tidur kebiasaannya jam 7 pagi dan terus mandi. aku bukan seorang pemandi yang lama jadi 10 minit cukuplah + cukur manis misai dan janggut setiap dua hari. kadang-kadang bila datang mood inginkan wajah yang "rough Edge" aku biarkan sahaja wajah aku tanpa sebarang cukuran. tapi taklah terlalu lama dibiarkan. paling lama 4 hari.mungkin?
jadi bila bersiap aku terus keluar dari rumah. kadang-kadang bancuh jugak kopi secawan sebelum mulakan hari bekerja. bila macam tu terasa jugak macam "cool". Sudahlah.
sampai pejabat selalunya sebelum pukul 8.30 tapi selalu jugak lambat. tengok pada keadaan biasanya.
ada hari aku tersenyum, ada hari gembira ada hari menyampah, ada hari bosan, ada hari sibuk macam syaitan dan ada juga hari yang penuh dengan segalanya. bila hati tercuit, ada hari sangat sedih mengenangkan keluarga yang jauh dan aku yang terposok di bumi orang penuh ironi hidup.
pukul 1 rehat dan biasanya akan keluar bersama beberapa kenalan dan mulakan sesi lepak di restoran Syed di seksyen berapa entah. aku jarang makan sebab nak berdiet katanya. ketawa kecil lah. lepak sampai pukul 2 sebab pukul dua sememangnya waktu tamat rehat jadi pulang ke office sambung kerja.
balik pukul 5.30 tapi sekarang ni selalunya tidak balik jugak. biasanya tukar pakaian dan terus berlari-lari anak cuba keluarkan peluh dalam 30 minit dan sambung pula main takraw dengan kenalan pejabat. aku tak pernah pandai main takraw tapi bila hari-hari dah main, bolehlah...
kadang- kadang bosan jugak dengan rutin yang sama. pening kepala pun ada. rindu nak balik zaman sebelum mula mencari kerja. zaman Libur di UIA. tersenyum dah...tapi tidaklah bosan sangat dan tidaklah rutin sangat sebab agak seronok jugak dengan rutin kerje aku. cuma kalau datang bulan menyumpah jugak.
tapi dalam hari-hari yang aku lalu. tak kira senyum atau menyampah ada satu saja masa yang aku tersangat-sangatlah nantikan setiap hari. sebab apa? sebab apa pun mood yang serang aku hari tu, aku akan tetap senyum bila terjumpa dia..
Setiap hari lebih kurang pukul 7 bila dalam perjalanan pulang yang seakan mengambil masa dalam 15 minit itu, semua yang wujud dalam dunia ini terhenti. yang ada cuma ada aku dan sunset saling memandang sesama sendiri.
dalam 15 minit itu yang ada dalam hati cuma damai. yang ada dalam diri cuma diri sendiri. yang ada dalam akal fikiran cuma cantiknya ciptaan Tuhan yang ini.
Sunset di Shah Alam:)
No comments:
Post a Comment