bangun pagi...tak. tengah hari sebenarnya dan terus enggan berganjak dari tempat tidur. sebelum tu ada beberapa gangguan dari beberapa sistem pesanan ringkas dari beberapa personaliti hidup. kak Ana tanya "how's the script?". malas jawab sebab tak begitu pasti sama ada nak meneruskan niat untuk menulis skrip atau tidak. Idea memang ada tapi kemalasan masih berleluasa. lagipun aku tau hancurnya masa aku kalau aku mula menulis skrip tu nanti. pengalaman dah ajar. jadi selepas beberapa minit terbaring sambil cuba jugak kembangkan idea aku gerak ke bawah katil dan sambung main game yang aku tinggalkan malam tadi.
ini semua introduction pada kebodohan aku pada hari ini. yea, aku manusia bodoh itu.
bodoh aku datang berpunca dari bosan. atau mungkin lebih dari itu.aku pun tak pasti. di sebabkan blog ini bukan rahsia lagi bagi khalayak umum, aku enggan ulas apa yang aku buat. cukup menceritakan kondisi aku selepas kejadian. kondisi yang sangat mencabut nyawa. malu sebenarnya.
aku kejar sesuatu yang sangat "vague". aper entah dalam bahasa ibunda aku maksud "vague. tak ingat. dulu dalam belajar sociolinguistics isu ini di gelar language loss. aku kejar benda yang aku tak perlukan pun sekarang tapi aku bodohkan diri tipu diri sendiri dan kejar jugak benda itu. silap besar. mula-mula rasa "thrill" tapi akhirnya makan diri sendiri. rasa bodoh macam tak nak hidup lagi.
bodohlah. aku manusia bodoh.
di pendekkan cerita sebab taknak menanggung rasa bodoh nak ingat-ingat benda malu ni aku sampai sekarang tak berhenti memaki diri.
harapan aku, esok aku belajar tentang ini. tentang kebodohan diri.
1 comment:
Wah. Dalam nya kata-kata mu itu. Oit. Sihat ka?
Post a Comment