Thursday, July 03, 2008

Royal Malaysia Sarkas sudah kembali!!!

So here goes again. the great Malaysia Circus is Back!!!!


I try to stop myself from writing things on politics not because I'm ignorant nor because I don't give a crap about it. I refuse to write things on politics simply because I think there are hundreds of bloggers out there who are miles better than me in terms of writing or passing their judgement on politics. however, make no mistake about it because my perspective on it, is perhaps as critical as theirs and politics has always be the interest of my judgement. I just feel that now I don't have to blurt all things out yet for when I read other comments made by my fellow bloggers I feel that their judgement was as much as in the same brain hemisphere as I and thus make thing easier for me as to not weigh my own perspective. I guess no one wants to read the same thing twice aite??

therefore, when I started to write this, I realised that many people failed to see this whole incident the way I see it. though I am fully disagree with this latest disgrace act of allegation made to DSAI, I made a promise to myself that I will not be too emotional on this case and maybe, sometimes it makes no harm at all to pass a little judgment that not quite as 'sane' as other's. As a matter of fact, if only you see as I see, perhaps youl'll understand.

this whole sodomy what not incident has truly made Malaysia the biggest royal sarkas of all time. with DSAI, that 0.8 saifool guy, najib, pak lah and bla..bla..bla acting as the main royal clowns, it is hard for me not to view it as one great epic drama of all time (sequel to that 98 released). think about it.do you know that all of us now are atleast witnessing the making of one great twitch of film reel that will soon be the greatest history of Malaysia??this whole thing is like the making of the movie JAWS by spielberg or Star Wars by Lucas. isn't it Romantic???

in 10 to at least 900 years time, there will be millions of version of today's episode and we as the sons and daughters of today will have the first hand privilage to tell the future generation that we were here when it started..

I love watching hollywood political-thriller-drama movies such as enemy of the states, negotiator etc...because the excitement of waiting the conspiracy what not to unfold itself or often through it's hero. Usually in those hollywood movies, reality is not much obliged but rather the element of romanticism was positively hailed. therefore we see the element of heroism or machoism and that inspires us or at least make us feel the glow of our heart in wanting to give a thumb's up to the hero. if the same element of romanticism put in today's mediocrity of this great sarkas, don't you think that what we felt when watching those hollywood movies can be felt now?? can't you see how romantic this whole incident is???

Friday, June 27, 2008

Kita semua kan racist?

Manusia itu adalah satu makhluk yang racist bila ia meletakkan ketuanan bangsa melebihi ketuanan agama.

satu ayat yang agak ringkas maksudnya. memanglah racist bila letak bangsa melebihi segalanya kerana racist itukan terhasil dari ayat akarnya yang berbunyi "race" iaitu bangsa. adakah bole kita lari dari menjadi racist?aku agak pessimistic dalam hal ini. lebih 60 peratus dari pendirian aku kuat mengatakan kita takkan boleh lari dari menjadi seorang racist. kenapa? mungkin sifat favoritisme semula jadi yang ada atau mungkin senang kata sifat syak wasangka yang tak pernah padam.

tapi apapun kita sememangnya boleh bendung sifat itu jadi macam manapun ada masa kita boleh bersifat professional dengan membuat keputusan berdasarkan merit sesuatu perkara.

berhubung gerakan membangsakan rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang kelahiran ibu bapanya dari bangsa apa, pada pendirian aku ialah 100 peratus bersetuju. mudah sahaja kenapa. kerana telah lama Malaysia ini di tadbir mengikut olahan kerajaan kuno british yang berprinsipkan pecah dan perintah. kalau di kaji kerajaan british moden pun tidak menggunakan dasar itu lagi. jadi telah masanya dasar itu di buang. bila itu di buang mungkin satu hari nanti tidak timbul isu hunus keris dan isu Hindraf yang dengan bodohnya mengangkat potret Queen Elizebeth dan Mahatma Gandhi. atau juga takkan timbul isu mendesak kerajaan menambah bilangan sekolah rendah (J) yang ada bunyi 'hwa' atau 'qiu' di hujungnya.

aku agak pessimistic sikitlah. (senyum) bila majoriti inginkan terlahirnya bangsa Malaysia, adakah mereka maksudkan istilah ketuanan Melayu di hapuskan terus? adakah mereka maksudkan DEB di ceraikan?adakah mereka maksudkan sistem kuota di hancurkan?

perasan tak bila menyebut tentang dasar Bangsa Malaysia, selalu sangat beberapa perkara seperti di atas yang di sebutkan? bila di lihat dari satu sudut kita bertanya kenapa hanya perkara yang melibatkan kepentingan melayu yang harus di lucutkan?seperti apa yang hak bangsa melayu ini tak pernah adil. macam mana dengan kepentingan bangsa lain?

aku bersedia kalau semua kepentingan di atas di rungkaikan kerana aku yakin dengan diri aku untuk survive secara berdepan tanpa mengharap polisi bangsa. tapi bila aku tengok betapa bangsa lain yang cukup aggresif mempertahankan hak mereka aku jadi goyah dengan prinsip bangsa Malaysia itu sendiri. kalau mereka enggan melepaskan hak mereka kenapa perlu bangsa aku sukarela nak lepaskan hak bangsa aku.

sekejap...bila aku cakap mengenai ini, bukan bermaksud aku anti mereka. aku suka dengan semua bangsa yang ada dalam Malaysia as long as dieorang baik dan punya sikap terbuka. maksudnya mereka yang suka bergaul dan berbual mesra tanpa fikirkan warna kulit. kalau jahat tak kiralah kau melayu ke ape ke aku tetap benci.sebab apa?sebab kau merosakkan nama agama dan bangsa kau jugak dan buat orang lain suka buat stereotype kat bangsa kau.

mungkin ada orang kata sebab itulah semua kena berubah dan perubahan itu bermula dari aku. tapi itu tak cukup untuk menyakinkan hati nak berganjak dengan perubahan sebesar macam tu. perubahan itu seolah-olah macam satu dunia zion yang hanya fantasi. seperti satu kingdom of heaven yang terlalu subjektif.

sukarkan? aku yakin kita patut berubah. jangan terkongkong dengan isu bangsa. kita cinta bangsa kita, ya itu aku faham. tapi jangan sampai membuatkan bangsa lain merana. kita boleh jadi racist tapi jangan sampai boleh menutup kebahagiaan bangsa lain kerana seteruk mana pun bila kita perasan dalam situasi tertentu, bila kita duduk bersama dengan orang yang belainan bangsa dengan kita, kita masih boleh berbual mesra sesama sendiri. bukan ke perasaan masa berbual bersama itu indah?

Makkal Sakhti

Wednesday, June 25, 2008

saya jadi cikgu..haaa?aper?

I'm counting the days to begin the new chapter of my life as a lecturer...an English lecturer for International Islamic College:p

The future looks kind of vague right now simply because I don't know how and what to expect from lecturing. I used to think that teaching is something that I had in my blood since abah was a teacher for like 40 years and I used to do some small time teaching in his private institution back home but now as the days come close I found that I'm actually having a spiral chill down my belly... so many questions linger and the damnest part about it is that I can only acquire the answer on 7th of JUly 2008 which is also the day I will start teaching.

can I teach??? darn@%

It's kind of sad knowing that I will leave Restu Foundation and all the guys here soon. These guys are so cool and I'm having such a blast time working with these people now so to leave is like to earn myself a slap on the face or something. I'm trying to get Ikram's approval for me to work here as a part timer so I can continue giving all that I can for the centre. maybe this sound too silly but I think I had fall in love with Restu at hello..hohohoho..sounds familiar jek. hehehe..baru nak jadi seorang writer yang hebat dah kene tukar jadi lecturer. speaking about writing, looks like I will not be able to write my first two books at all..sedeyyyyynya.

I pray hard that the vagueness will only stay with me until 7th of July. somehow I can sense something from somewhere that's telling me, soon after, life will get better for me. I believe I made the right choice and that what I will do after this reflects the person I truly am. I am now fulfilling part of my destiny as an educator. no matter what happens in the future, I know I will do my best and give everything I have and dengan harapan bole jadi mcm abah..

I can do this:)

Tuesday, June 17, 2008

Abah


Abah atau Haji Mohd Sirat Bin Patmo atau Cikgu Sirat merupakan seorang yang paling cool dalam hidup aku. segala mengenai abah memang cool. bagi aku abah bukan sahaja seorang bapa kepada NoorIzhanSirat,NorAslinaSirat,FauziSirat,AzhariSirat dan DayanaSirat tapi segala-galanya yang seronok dalam hidup ni.


Abah seorang cikgu.jawatan last dia dalam kerjaya cikgu ialah gurubesar jadi secara langsungnya aku juga anak seorang guru besar. tapi aku tak pernah dapat sekolah satu dengan abah. tak tau kenapa????misteri jugak abah. Passion abah memang mendidik.tak ada yang lebih dia suka selain mendidik anak-anak. sampai abah pencen pun dia nak mengajar dan sampai sekarangpun abah mengajar lepas abah berjaya bukak sekolah dia sendiri. Abah tak garang.kan dah cakap tadi dia cool kan? tapi abah kuat membebel.hehehe.jadi dengan membebel dia berjaya buat orang yang dibebelnya mengikut arahannya. dia membebel bukan suara kuat. Abah jarang tinggikan suara.hampir sangat jarang...cuma bebelan abah sangat hebat.mungkin?


kalau nak cerita pasal abah yang ada dalam otak cuma ketawa dan tersangatlah tinggi value respect aku kat dia. abah memang kelakar. aku rasa kalau aku kelakar, kemungkinan besar datang dari dia. kelakar abah plak memang tak disangka-sangka. selalu time mama serious tetibe dia buat kelaka sampai mama tensen. aku ingat sekali aku tanya abah pasal cerita hantu kat abah. yealah, aku rasa tiap anak nak dengar cite antu abah dia kan.so akau tanya la. abah cite serious pasal hantu orang tua kat kampung dia tapi ntah macamana tetibe dia merepek terus kuar cite dia nak tangkap orang tua pakai jubah putih kat kampung dia masa malam ramadhan sebab dia dengan geng2 dia ingat orang tua tu Lailatulqadar. haiiiiihhhhla en Sirat.


ingat dulu masa aku demam panas masa kecik2 abah hantar aku ke hospital Kota tinggi naik moto suzuki sport warna merah. masa tiba kat persimpangan hospital abah berenti sebab lampu merah. aku yang bonceng kat belakang abah tanpa sengaja termuntah straight kat belakang abah. abh satu badan belakang dia kene muntah aku.hehehe aku ingat abah mase tu ternaik badan die sebab kene muntah. mase tu demam so aku cakap tak tahan jekla. dia bebel kat aku kenapa kene muntah kat badan dia.yeala moto bukan ade tingkappon. kenapela aku tak muntah kat tepi???hehehehe..kelaka betol time tu. abah sabar jek.


haji Sirat ni pun sangatla flashy orangnye.agak flamboyant jugak dan aku rase aku punye flamboyance ni pon datang dari die. abah hebat bergaya. kalau tengok gambar muda2 memang dia hebat fashion. sebijik macam Sean connery dalam James bond.kacak gilarrrr. dia ader vespa so mase tukan zaman jula juli bintang lima so aku suspect dia mungkin terlibat sama. sampai sekarang dia macam tu. even mase balik dari haji pun die nak bergaya. mase tunggu jemaah kuar dari pintu balai ketibaan satu family terkejut tengok abah and aku rase semua orang kat situ senyum tengok dia. Haji2 lain keluar nampaklah rambut botak dieorang or pakai kopiah putih tapi abah seorang jek pakai songkok tarbus warna merah.hehehehe...kelakar betol tengok dia.


Abah memang sangat penyabar.sebab tu dia cool. dalam family abah dia paling sulung and dia banyak adik. tapi aku rasa adik2 dia tak hormat dia. selalu sakitkan ati dia. abah sanggup jual rumah dia kat kampung dulu sebab nak bagi adik dia tinggal kat situ. abah jual tak mahal kat adik dia. 6 ribu jek. abah yang susah mase tu sanggup bawak mama ngan anon keluar cark rumah lain. tapi bile dah dapat adik dia buat macam lupe jek. kadang2 raya bila abah balik kampung, kuar pun tidak jemput abah datang beraya walaupun abah ade kat umah embah kat sebelah dia. selalu abah yang ajak jek datang umah dia. yang lain pun sama. kuat sangat bermusuh ngan abah. sampai tanah abah kene block sebab dia orang pakat buat rumah halang laluan masuk ke tanah abah. sebab tu abah tak pernah cakap family kiteorg ade tanah. dulu anon ngan inah kawen dieorg tak datg pon walaupun rumah kiteorg tak jauhpon. sanggup keluar jauh2 pergi tempat lain tapi tak datang rumah kiteorg. sampai anak2 diaorg kawenpun tak jemput abah. tapi abah cool jek. dia tak balaspun.aku faham abah sebab tu time raya kalau adik beradik yg lain taknak balik kampung abah ajak aku.sebab aku faham situasi abah:)


abah ada sepasang mata yang sangat hebat. anak mata abah warna kelabu and yang putih tu warna dia agak lutsinar so kalau tengok memang pujaanla. aku ngan abang selalu bincang kalu kiteorg ada mata macam tu mesti kiteorg dah jadi buaya tahap melampau. tapi malang sangat sebab takde sorangpun dalam family yang dapat mata macam tu. abah memang berlagak tamau kongsi gen mata macam dia. rugiiiiii sangat.


kalau nak certa pasal abah aku rasa memang mati keringla aku sebab banyak sangat menda yang boleh masuk. macam anak-anak yang lain, semua ada cerita yang panjannnnng pasal abah diaorang. jadi biarlah yang tulis kat sini sikit dan yang lain smpan sahaja untuk harta palng berharga.bukan begitu?


aku tak tau nak bagi apa kat abah sempena hari ayah. memang tak pernah sambutpun tapi Allah tu maha mengetahui dan penyayangkan. seminggu sebelum hari ayah aku dapat tawaran jad lecturer so aku yang selama ni mengelak untuk mengajar tanpa tau sebab apa terus pergi interview dan terus jugak dapat time tu jugak. memang pelik sebab selalu kan pihak interviewer akan ambik masa tapi tulah rezeki terus dapat. bila bagi tau abah dia cuba bersikap cool tap kantoi sebab aku tahu sangat dia happy giler. dari dulu abah nak tengok salh seorang anak dia sambung legacy mengajar dia. anon jd engineer, inah jadi Admin exec and abang jadi diver so semua tak kene dengan bidang abah. bila aku amek degree english abah dari awal cube racun aku jadi ckgu. dia tak paksa tapi nampaklah dia suke kalau aku jadi cikgu. bila aku jadi writer kat Yayasan Restu abah biase jek.dia suke jek sebab aku dah keje tapi selalu gak dia suh check diploma pendidikan. aku pon degil sket malas nak tengok so takderlah nak jadi cikgunya.hehehe..abah cool sebab tak pernah pakse. tapi Allah tukan maha mengetahui.tup-tup aku dapat jadi lecturer. yang pelik aku terime dengan enthusiastic plak tu. aku dapat rasa abah suke sangat2...


Jadi sempena hari bapa tahun ni, bila aku fikir dalam2 aku rasa mungkin aku dah ber hadiah paling abah nak sempena hari bapa ni. aku hadiah kan pada abah seorang anak dia yang bakal menyambung legacy dia sampai bebila. Abah, ini untuk abah tau. hadiah adik untuk abah:)

Wednesday, June 11, 2008

Goodbye Tan Sri

Semalam ketika sedang menonton Berita keluar berita yang agak mengejutkan juga. aku asalnya memang malas nak tengok berita memandangkan berita semua berpusing tentang perkara yang menyakitkan hati. balik-balik tentang harge naik, minyak naik, cubaan menteri dan politikus sampah membodohkan rakyat, bunuh....pusing-pusing hati makin sakit tekak pun loya nak muntah.

tapi berita pemecatan Tan Sri Sanusi Junid dari kerusi empuk presiden UIA nya agak memeranjatkan juga. mungkin aku rabun isu semasa.mungkin angin pemecatan dah lama berbunyi.tapi aku tak tau.aku nak kata sedih tak jugak.nak kata tersenyum tak jugak..terperanjat lah yang paling utuh perkataannya.aku rasa.

aku anak UIA yang membesar dalam era pemerintahan Tan Sri. aku ingat masa tahun 2002 aku masuk matric Uia ketika itu aku agak politikal juga.tentu jugak arah kiri. jadi bila awal2 masuk Uia ketika pertama sekali mendengar ucapan Tan Sri aku cukup menyampah kerana ucapannya berbau sampah UMNO. dengar saja dengan hati yang panas..haiii..aku ingat pada masa tu, aku lebih teruja dengan gaya isi ucapan Bro Abbas dan lama selepas itu aku jatuh cinta dengan ucapan gaya Prof Kamal Hassan. cantik dan penuh karisma...intelligent!

ketika melangkah kaki ke main campus sekali lagi dengar ucapan Tan Sri. sekali lagi aku terkejut.ucapannya dah bertukar 360 darjah.tidak berbunyi sampah.walaupun tidaklah terlalu ilmiah tapi Tan Sri masih cuba menyampaikan ucapan yang berkarismatik. aku jadi suka dengan perubahannya.bagi aku ketika itu dia seperti kembali neutral dan menggerakkan Uia seilmiah yang mungkin.

bila aku tamat pengajian tak sangka juga hayat tampuk presidennya tamat kurang setahun sesudah aku tinggalkan Uia.dulupun dia mulakan kedudukan di Uia 2 tahun sebelum aku masuk jadi hayat Tan Sri dengan hayat aku di Uia lebih kurang sama saja. tersenyum saja.

ada ramai yg suka dan ramai juga yang terperanjat atas pemecatannya. yang bersikap 'Sikkoh' agaknya sukalah kerana ramai menganggapnya sebagai pemusnah budaya islam Uia. tapi yang lebih liberal seperti aku ni terkejut sahaja kerana aku secara individu masih percaya dengan perubahan sikapnya. jadi aku tabik Tan Sri.

katanya politik yang menghalau dia dari kerusi empuknya itu. katanya lagi Pak Lah punya angkara.haiiiihhh..itulah politik ini. busuk amat. tapi untuk jadi adil dan kritis bukan ke dia naik dulu juga kerana politik??? karma kan?

sebab itu aku dari awal menentang pemecatan mahupun lantikan di bidang akedemik ni berdasarkan politik kerana orang politik ini kebanyakannya bodoh.faham tak bila aku sebut bodoh itu? bodoh bukan saja boleh dihitung dengan sijil ya.

Wednesday, June 04, 2008

there goes the fuel price!thank you o good government

Fucking hell man! 78 sen a hike? what the fuck is this????

I was riding my bike on my way home this late afternoon when I saw long lines of cars waiting to fill in the fuel of their cars and bikes. Since it was raining at that time I thought maybe those guys were just singgah at the petrol station to wait for the flood to reduce or something so I just buat bodo and continued pecut balik umah. nonetheless I still had this funny feeling inside about the incident that I just saw. somehow rase macam minyak naik jek. but then again smalam baru cakap minyak naik bulan ogos?

then came at home Mamat told me yg the fuel price has really been increased and repeatedly asked me to fill in mine before 12 a.m tonight. huaaaaa...naik esok gak??? what the fuck????

so sampaila skarang still feeling dumbstruck about the unexpected news ni...

I know the world oil situation right now is so tak menentu and I truly understand why the price should be increased but 78 sen???? how am I going to cater with such burden????

gaji ciput,harga beras baru naik, harge tu naik,harge ni naik..gaji kecik???now the fuel pun dah increased I guess soon all barang harian and all mestilah naik lagi...Fuck!!!!

to think I just started my monthly savings this month and I am so looking forward to buy new shirts and a pair of baju convo including a suit....tak dapatla kot macam ni. I guess for those who have the same gaji like me or lower or tinggi sikit jek dari aku, looks like we're going to spend the rest of our life working and bayar utang jekla. toksah pikir nak gi holidays ke shopping ke pakai keter best sket ke kan??? nak beli kete murahpun kene pikir 2 3 kali lepas ni...or may I can just ride my 2nd hand bike for the rest of my life....or maybe I should ask my boss to give me an increment???oooppsss..I totally forgot.I'm working with NGO and according to him (the boss) we are Dakwah based NGO, therefore our work is dakwah as well and for that janganlah mintak gaji yg tinggi. semua itu kan Daaaakwaaahhh...haiiisshhh...Ya Allah kau kuatkanlah daya aku dan usaha aku dalam meneruskan dakwah mu ini. Kau buka lah seluas2nya pintu rezeki ku ini. aku sayang kerja yang aku punya ini tapi aku juga mahu hidup sedikit senang Ya Allah.

for those Politicians out there especially UMNO@ sarKiS politicians... don't you even dare to ask us rakyat to change our life styles. don't you fucking dare ask us to makan ubi and all.. fuck you!!!

Sunday, June 01, 2008

may it lasts forever

I may not be there right in front of your eyes, but I was there.close:)

Wednesday, May 28, 2008

Sunset Di Shah Alam

Bangun tidur kebiasaannya jam 7 pagi dan terus mandi. aku bukan seorang pemandi yang lama jadi 10 minit cukuplah + cukur manis misai dan janggut setiap dua hari. kadang-kadang bila datang mood inginkan wajah yang "rough Edge" aku biarkan sahaja wajah aku tanpa sebarang cukuran. tapi taklah terlalu lama dibiarkan. paling lama 4 hari.mungkin?

jadi bila bersiap aku terus keluar dari rumah. kadang-kadang bancuh jugak kopi secawan sebelum mulakan hari bekerja. bila macam tu terasa jugak macam "cool". Sudahlah.

sampai pejabat selalunya sebelum pukul 8.30 tapi selalu jugak lambat. tengok pada keadaan biasanya.

ada hari aku tersenyum, ada hari gembira ada hari menyampah, ada hari bosan, ada hari sibuk macam syaitan dan ada juga hari yang penuh dengan segalanya. bila hati tercuit, ada hari sangat sedih mengenangkan keluarga yang jauh dan aku yang terposok di bumi orang penuh ironi hidup.

pukul 1 rehat dan biasanya akan keluar bersama beberapa kenalan dan mulakan sesi lepak di restoran Syed di seksyen berapa entah. aku jarang makan sebab nak berdiet katanya. ketawa kecil lah. lepak sampai pukul 2 sebab pukul dua sememangnya waktu tamat rehat jadi pulang ke office sambung kerja.

balik pukul 5.30 tapi sekarang ni selalunya tidak balik jugak. biasanya tukar pakaian dan terus berlari-lari anak cuba keluarkan peluh dalam 30 minit dan sambung pula main takraw dengan kenalan pejabat. aku tak pernah pandai main takraw tapi bila hari-hari dah main, bolehlah...

kadang- kadang bosan jugak dengan rutin yang sama. pening kepala pun ada. rindu nak balik zaman sebelum mula mencari kerja. zaman Libur di UIA. tersenyum dah...tapi tidaklah bosan sangat dan tidaklah rutin sangat sebab agak seronok jugak dengan rutin kerje aku. cuma kalau datang bulan menyumpah jugak.

tapi dalam hari-hari yang aku lalu. tak kira senyum atau menyampah ada satu saja masa yang aku tersangat-sangatlah nantikan setiap hari. sebab apa? sebab apa pun mood yang serang aku hari tu, aku akan tetap senyum bila terjumpa dia..

Setiap hari lebih kurang pukul 7 bila dalam perjalanan pulang yang seakan mengambil masa dalam 15 minit itu, semua yang wujud dalam dunia ini terhenti. yang ada cuma ada aku dan sunset saling memandang sesama sendiri.

dalam 15 minit itu yang ada dalam hati cuma damai. yang ada dalam diri cuma diri sendiri. yang ada dalam akal fikiran cuma cantiknya ciptaan Tuhan yang ini.

Sunset di Shah Alam:)

Tuesday, May 27, 2008

saya seorang copywriter/writer for Restu Foundation

Had a very hectic day today since school holidays had just begun smalam. so, there were like 3 to 4 lawatan from all different groups of people coming and going today. and since i am the officer in charge of the tour and i am also the part time semi professional photographer of Restu foundation, I had to take pictures of those who came to visit us before taking them on tour, then had to run to my office to settle on things that needs to be settled and turun bawah balik to take pictures of another group blablablabla.... so i think you can imagine how hectic my day was aite?hohoho. anyways, i met with Mdm Zima, Mdm Adlina and Sir Abdurrahman of Uia Matric today. they were having a program at the center so it was very seronok to see them after such a long period of time.

to put icing on the cake I just received 4 to 5 translation tasks today with a very tight dateline...hari dateline 6.6.08.hahaha number nerake la plak. what a tiringggggg job kan? one for Brunei exhibition, 1 for the coming international conference, 1 for the Japanese delegations, 1 for Mushaf Nur Fatimah and 2 for calligraphy and Zukhruf books.

but no matter ep because all those tiring works akhirnye ter paid off because today I just received my conformation job letter.hahahahhaaha.....yay to Restu Foundation!

after just 3 months of working at the organization they finally made the decision that I am truly worthy of working and be part of their big family. kudos to me as well, I guess.

hopefully I can do better for the center in the future insyaallah. Restu surely has a very bright future and hopefully I can grow my potential with it. my promise? I wont let RESTU down and i am surely wont let me down.

special thank to Mr Duraid for all the guidance he has showed me in a very short space of time and of course for hiring me.

Monday, May 26, 2008

boys will always be boys

There is a certain way for you girls to notice whether your man truly loves you or not. I'm not sure whether this is true but I always believe in this theory.

here goes,

there is a certain way a man stares at the woman he loves. I do not know whether you have ever witnessed the look of a boy on his first birthday or at least on his long awaited birthday. I have looked at it once so I know that the theory might be true...

so, if you have seen it before you will probably understand this as I but if you haven't, maybe you should try again someday.

you see, the look of that boy is exactly the same with the look of a man who truly falls in love with his girl. a man looks like a boy on his birthday. he treats the woman as if she were a gift he has waited for so long to open and now he can't wait to see the treasure inside. the way he gaze at his love is similar with the way the boy gaze at his birthday present. you can see the ultimate perfect innocent of the boy's eyes inside your man's eyes. if he ever touches you, it would be like the boy's motion of unwrapping his birthday present. no matter be it rough or smooth, you can only sense the honesty and the innocence of him.

I guess that is why men cannot ever loose his sense of childish because no matter how hard he tries to lose it, the side of it will always be there ready to come out of him.

Saturday, May 24, 2008

Romeo and Juliet

now listening: Romeo and Juliet by Dire straits

another classic song that I fell in love with listening to it. was first recorded and produced in 80's by Dire Straits and just recently covered by the Killers. the reason why I love it so much is that I find the lyrics very powerful and yet so smooth and honest.

I dream of having the chance to write a poem as powerful and honest as the lyrics of this song one day:)

in many holywood movies, we often came across with one defining scene that truly captured our heart and summed up all the wishes that we wished had happened to us. that we hopelessly wish that how great it would be if it happens to us. I felt the same first time when I listened to this song....so the very the honest..melting dah.hehehe

Wednesday, May 21, 2008

Justice will eventually binds us together

Bila menatap kaca televisyen atau membaca biji-biji perkataan yang di tuliskan di atas kertas surat khabar arus perdana, kita di Malaysia ini seakan-akan seperti di halusi dengan bom-bom nuclear tentang isu KETUANAN MELAYU yang katanya semakin terhakis akibat kononnya perpecahan Orang Melayu.

Disana sini kita di kabarkan tentang Orang Melayu yang semakin hancur hak-haknya dan komplikasi yang mungkin datang akibat perpecahan tersebut. Di sana sini juga kita didengarkan tentang tokoh-tokoh tertentu yang menjerit terlolong-lolong tentang betapa pentingnya kita terus bersatu.

Secara jujurnya aku hanya nampak semua itu sampah belaka. Hanya polemic politik murahan tajaan parti UMNO yang terdesak akibat perpecahan mereka sendiri. Malas nak cerita tentang politik. Kenapa malas sedangkan selama ini aku pengikut setia politik? Kerana seperti yang aku kata. Semua itu sampah belaka. Kalau benar UMNO penjaga hak Melayu hidup mati, bukankah telah 50 tahun dia di pertanggungjawbkan untuk menjaga kita semua? Jadi selama 50 tahun kalau hak kita terhakis semua itu salah siapa? Aku tak ingat pula ada pernah DAP memerintah negara. 50 tahun ni kalau di singkap tentang sejarah, tak tertulis aku tentang keistimewaan Melayu yang telah terhakis akibat salah laku atau cuai UMNO sendiri. Yang kaya mereka dan kroni mereka. Yang miskin tetap kita. Pernah dengar tentang ungkapan “nak kaya join politik masuk UMNO carik cable besar” atau “ kau kalau nak kerje kerajaan mesti kene ada kabel besar”.

Tapi macam aku cakap, aku taknak sentuh isu politik dan semua Ketuanan Melayu ini kerana aku rasa sudah masanya kita bersikap matang. Jangan pandang sesuatu itu mengikut acuan sempit.

Aku baru melawat laman blog MAHAGURU58.blogspot.com. ada paparan tentang diskriminasi terhadap Muslim di Amerika dan bagaimana mereka yang bukan Islam mempertahankan seorang wanita muslim dari diskriminasi tersebut. Mereka tidak kenal satu sama lain tetapi atas dasar cintakan sesame makhluk tuhan, yang batil di tentang bersama.

Nak menitis air mata bila melihat video tersebut. Di tengah-tengah dunia yang kini hanya kenal erti musuh dan darah, ada lagi yang mengenal erti kemanusiaan dan hormat menghormati. Tengoklah sendiri dan lihat betapa besarnya dunia ini kalau kita semua kenal erti apa itu hormat.

Amerika yang kita kenal sebagai tempat segala kerosakan ataupun kekejamannya terhadap Islam masih lagi mampu melahirkan insan yang menghormati sesama Insan. Kiranya mudah bagi kita, apa salahnya kita juga begitu. Pedulikan tentang soal Ketuanan Melayu buat sementara waktu kerana kalaulah kita faham konsep hormat menghormati, kan soal ketuanan itu semua boleh diselesaikan. Maksudnya mereka yang bukan Melayu mahupun Melayu saling menghormati hak masing-masing, tiada satupun Ketuanan yang akan tercalar, tercabar mahupun terhilang.

Pada sesiapa yang membaca tentang ini, lawatlah MAHAGURU58.blogspot.com. tolonglah bace dan ambiklah pedoman!

Thursday, May 15, 2008

tanya sama diri

sememangnya boleh saja aku hamparkan segala benci yang ada dalam hati. aku ada hak dan mengikut beberapa teman rapat hak aku itu sepatutnya di gunakan saja. tapi rasanya itu mungkin bukan aku. aku yang tidak bertopengkan apa-apa bukannya begitu. mak abah tak ajar cara membenci orang.

tapi bila terbuka hati untuk melawat keadaannya secara lahiriah kerana apa yang boleh dilawati hanya yang berunsurkan tulisan, hati kerap sangat menjerit untuk membenci atau memaki hamunnya. sekejap sahajalah kerana itu cuma nafsu atau syaitan punya angkara. tapi kadang- kadang punya rasa muak jugak dengan diri sendiri sebab punya option yang membolehkan aku lari tapi selalu sahaja terjerumus dalam ketidak gunaan option tersebut. ketawa kecil sahaja.

itu apa yang aku rasa. berbalik pada alam realiti seharian aku di bumi orang, keadaannya masih biasa-biasa sahaja. masih bersusah payah untuk hanya menghabiskan satu buku penulisan Gabriel Garcia Marquez berjudul One Hundred Years of Solitude. cantik penulisannya tapi kemalasan yang membebankan pembacaan aku. ketawa kecil lagi.

mulai bulan ini bila keluar sahaja upah kerja sebulan, aku mahu merampas sebahagian dari upah itu dan disimpan sahaja di tabungan lain. itu janji aku untuk mula menabung dan melabur demi masa depan yang lebih baik. sebahagian sahaja sebab aku masih perlu membayar segala hutang sewa rumah,motor dan diberikan kepada mama abah. sebahagian lagi untuk makan alas perut diri sendiri dan sebahagian lagi tentulah untuk perbelanjaan seharian seperti rokok.

rokok?ya... tekak dan dada macam sedang berusaha merobek jantung keluar. terbatuk-batuk dari malam semalam. mungkin sebab tabiat merokok dan mungkin kerana kuat minum ais. mana satu?entahlah. kalau ditanya pada ingatan, tentu ingatan sendiri cakap "hey, kau taklah kuat sangat merokok?"... mungkin batuk disebabkan kombo-kombo yang berpadu tenaga sepaerti merokok, minum ais dan tak pakai baju dalam rumah. jadi sebab itu lah jadi batuk. nak tanya Anis tentang teori tersebut... tapi kalau tanya pada seorang bakal doktor tentang masalah dada yang melibatkan rokok tentu dia marah..peduliklah.

mungkin perlu megurangkan lagi tabiat semua itu..merokok? ahh..sudahlah.

Wednesday, May 14, 2008

believe

When we human found something that we love dearly and believe in it, we will usually hold it to the highest degree. We live and die for it and wholeheartedly keep it close within our heart so that it can never go away. During this phase of our life, the thing that we called animal instinct plays a pivotal role in making sure that our love stays as it is.

But we human are created with all the flaws of life. We are not perfect in so many ways and so often we find ourselves to be a careless and forgetful soul. We took things way too easy and foolishly let our guards down. Time and time again we came across stories of someone who lost his or her love and suffered because of it. Maybe in between those stories some of us found out that they are actually part of the stories.

Love is subjective but repeatedly we only managed to understand the true meaning of love once we lost it. In other words we only understand or feel the real meaning of love when everything seems too late to notice. Hence, that is why we can see millions of hearts get broken everyday because of it. Simply because of those flaws.

Escapism is a familiar term human embrace in time of sufferings. We keen to put all the blames to someone or something rather than to put the burden onto our own shoulders. It is hard to find a living person who is willing to accept those burdens and let go of all the pathetic blaming game.

So in this matter, possibly what actually defines a great living soul is not something that he or she achieves in the future but rather how they achieve it. When we lose the love of our life, perhaps it is better to keep the love intact within our heart and not to throw it away wastefully. I say honour it! Honour the love and keep on believing it with the way we live our life afterwards. It doesn’t matter whether we lose it or not, what matter the most is that we know deep in our heart that we are capable of loving something wholeheartedly and it proves that we are indeed a human being. If God wills it, perhaps one day we can stop for a second and look back and smile as how those silly things have actually make us stronger and who knows that maybe we can even laugh when we finally realize that the love that we once thought we had lost it, is still with us and we are still believe. The proof that the love exists before and still is.

Life is not as simple as we thought it is. Many things flow not according to our plan whether we like it or not. That is why we have the terms such as Qada’ and Qadar, Tawakkal, destiny and all. It is simply a fact of life that God has laid upon us. It may have many reasons behind its creation but to us, whom have so little share of knowledge of life, it is suffice to know that those that were not went accordingly to our plan are just part of the test to determine the level of our maturity.

Therefore for those who lost someone or something dearly in his or her life be it lover, wife, husband, parents or pet, I would like to offer my condolences to you. I wish you all the love I could muster within me and I would like to say that please keep on believing it. Keep the feeling inside is like a treasure and so, honour it with dignity and respect. Honour it by living your life to its fullest.

Friday, May 09, 2008

Selamat hari ibu...mama

mama,

aku anak yang penuh dengan dosa. mungkin derhaka kalau nak fikir-fikir balik segala dosa yang pernah aku buat atas dia. tapi dalam dunia ni tak tak ada sesiapa yang aku sayang melebihi sayang aku kat dia. kalau tanya diri sendiri, sayang yang ada melebihi sayang aku pada diri sendiri.

dalam 23 tahun setengah hidup aku kat dalam dunia ni, aku paling rapat dengan mama. aku letak diri sebagai seorang anak yang manja tapi bukan mengada-ngada. aku tak di limpahi segala kemewahan sebab di ajar untuk mendapatkan sesuatu dengan hasil titik peluh sendiri. tak ada jalan singkat.

Ingat satu masa dahulu Mama cerita masa aku dilahir dan di besarkan, kondisi keluarga ketika itu sangat teruk. berbanding adik beradik yang lain, aku di besarkan paling susah. masa kecik-kecik dulu badan penuh kudis. yang aku ingat tangan kaki aku penuh kudis. Mama cakap sebab masa dulu, mama ngan abah susah. nak beli baju untuk akupun tak mampu. banyak masa aku tak berpakaian. hanya di bekalkan seluar pendek. mainan memang takde jadi selalunya aku akan main pasir, tanah, kayu dan sebagainya yang datang dari sumber alam. yang aku ingat sangat-sangat masa kecik permainan kegemaran aku hanya ada satu iaitu permainan askar hijau kecik. tiap kali kalau mama abah mampu belikan sesuatu aku hanya mahu askar itu. seronok sangat mencecah imaginasi dengan hanya askar. agaknya sebab tulah sampai sekarang aku tak berapa minat alatan mainan. kalau nak dibandingkan juga dengan adik beradik yang lain, aku sorang jek yang takde photo ketika lahir dan kecil. yang ada hanya lebih kurang satu atau dua ketika umur aku lima tahun. aku bergambar dengan cermin mata besar abah tepi pagar. sekali pandang macam ahmad jais atau S.Jibeng. aku bukanlah orang miskin amat. kat luar sana berlubur lagi anak-anak yang dibesarkan lebih susah dari aku. tapi sekurang-kurangnya aku kenal erti susah.

dalam keluarga kalau ikut perspektif aku, aku akan meletakkan abang aku sebagai orang yang paling bermasalah. dia memang banyak buat masalah dari kecik sampai besar. tapi rasanya orang yang paling banyak buat mama menangis rasanya aku. aku ingat lagi Mama pernah cakap walaupun abang paling banyak buat dia pening, tapi hati aku paling keras. melawan cakap ngan gaduh memang aku paling terer. Aku suka melawan kalau aku pikir aku betul. Abang plak dia tau dia salah so bila dah kantoi dia senyap jek buat muka bodoh. masa mama cakap hati aku paling keras, aku menangis sangat-sangat sebab tak dapat terima fakta tu. aku rasa aku macam tak guna hidup. kalau gaduh dengan mama, memang aku akan berkeras kalau aku pikir aku betul. selalu buat mama nangis sambil selalunya aku menangis balik sebab rasa berdosa. tapi tak pernah mintak maaf selepas tu kecuali ketika syawal datang. hati aku memang keras. dulu waktu miningkat dewasa ketika remaja, perempuan memang jadi masalah aku. aku kadang-kadang terlalu jakun dengan perempuan yang kononnya aku panggil awek. keluar tak ingat dunia. jadi selalu lah gaduh dengan mama sebab pentingkan awek dari keluarga sendiri. selalunya sebab kuar awal pagi dan balik malam. sebagai orang yang baru kenal dunia memanglah mama marah. tapi masa tu aku hanya pikir yang aku tak buat jahat jadi kenapa nak marah? sebab tu lah jadik gaduh. mama pernah bagi tau yang satu hari nanti kalau macam itulah perangai aku kalau dengan perempuan, bila berkahwin nanti tentu aku akan buang keluarga dan macam lembu terus ikut isteri. aku menangis sangat-sangat sebab tak sanggup dengar semua tu. takut pun sangat-sangat jugak kalu memang betullah semua kata-kata mama. aku tak nak jadik semua tu. kalau di fikirkan, mungkin sebab tu aku takut kahwin. takut tanggungjawab atas keluarga terlepas. takut tertinggal mama ngan abah kat belakang. takut bini tak sebulu dengan mama abah. takut tak dapat jadi suami baik. takut tak dapat jaga anak orang. takut mak bapak bini terasa macam anak dia terpakse tinggalkan mereka di belakang kerana punya laki sendiri.

dulu ada sekali masa dalam umur 13 tahun aku ikut abang kuar umah pagi-pagi buta sebab nak pergi umah awek dia. tak tau kenape aku ikut tapi bile subuh tu kiteorg balik, Mama dah tunggu. kiteorang tipu cakap saje jalan-jalan lepak tepi sungai Kota. Mama meraung habis-habisan macam orang gila. bukan sebab kiteorang keluar tapi sebab aku ikut sama keluar. aku terkedu tak terkata. air mata tak keluar tapi hati kosong macam roh keluar sembunyik diri. besar dosa aku masa tu. tak pernahpun mintak maaf kecuali mase raya.

masa zaman agung kejahatan abang..bukan jahat,nakal jek. aku memang rapat dengan dia. sebenarnya memang dari kecik rapat dengan dia so segala jenayah dan tatasusila dia aku cover dari mama abah. lame- lame mama dapat bau role aku langsung dia lantik aku sebagai double agent. tapi aku takla khianat kat saper-saper.sekadar memberi informasi jek. lagipun mama bukan nak aku intip. lebih sekadar jadi pengantaraan antara nasihat dia dan abang.

aku suka berniaga mungkin sebab mama ngan abah kuat berniaga dulu. tapi aku terlibat secara langsung dengan mama. dulu masa sekolah mama jauh berhijrah dari kota tinggi pergi masai semata-mata nak jual goreng pisang. sebab tu jugak kitaorang pindah. Kota dah terlalu panas akibat salah laku abang. jadi berhijrahlah aku sekeluarga tinggal kawan tinggal sekolah. susah gak nak terima. lepas pindah tiap-tiap minggu aku ulang alik kota tinggi sendiri sebab nak jumpa kawan. masa berniaga plak aku lah yang tolong sebab anon masa tu kat UTM, Inah kat UITm and abang plak sangkut Henry Gurney. jadi yang tinggal aku. aku lah yang tiap-tiap hari hari balik sekolah terus set up stall mama dan tuggu sampai mama sampai. kitaorang berniaga sampai pukul 7.30 dan itulah yang aku lakukan sampai abes sekolah. aku dibesarkan dengan duit goreng pisang mama dan itu fakta yang sangat-sangat aku banggakan.

ingat lagi ketika mama jatuh dan terhantuk kepalanya di buju simen tempat kami berniaga. habis seluruh muka di basahi darah.aku yang masa tu tak pandai drive lagi takut setengah mati tengok keadaan mama. habis aku lari lintas jalan tak toleh kiri kanan pergi menuju masjid untuk bantuan. jalan memang sesak time tu tapi Allah maha mengerti. tiada satupun kereta atau motor atau lori yang hon aku. aku macam angin belah bumi lintas jalan masa tu. dalam otak hanya ada muka berlumuran darah mama. bertitis-titis air mata jatuh. takut sangat.

jasa yang di bentangkan pada aku kalau mati hidup semula selama tujuh kali berturut-turutpun memang tak mampu aku bayar. tak tau apa yang boleh di laku walau secubitpun untuk aku bahagia kan dia. janji-janji yang aku buat mungkin hanya senafaspun belum tertunai. yaa, aku berjaya belajar sampai menara gading. Ya, aku cuba jadi yang terbaik dan aku juga sedang berusaha memberikan apa yang termampu.tapi itukan semuanya subjektif. terlalu cliche'. jadi apa yang aku boleh lakukan?

ketika zaman sekolah kala sedang aku berkencan denga Faizah, seorang kawan bertanya "kau bila nak kawen dengan Faiza?" aku jawab "kan terlalu awal lagi?" dia balas " kawen saja awal. diakan cantik. rugi kalu terlepas." aku bidas " mak bapak aku belumm setitik pun rasa hasil besarkan aku, apa karut aku nak fikir pasal kahwin?"

Apa bukan dari keluarga mewah. hidup kami senang tapi pendekatan kami bukan begitu. pendekatan aku bukan begitu. oleh sebab segala perit susah keluarga aku dah nampak, takkan aku nak kejar bahagia diri dulu sebelum tengok mama abah tersenyum? takkan habis belajar terus fikir nak kahwin?aku realistik. biarlah walau selaut peluh jatuh kebumi, hidup aku sekarang sedang berusaha memberikan apa yang termampu untuk mama.

mama. sememangnya aku ini tak layak menjadi anak mu. tapi anak ini jugalah yang mahukan mu. anak ini jugalah yang sayang mama. Selamat hari ibu.

Monday, May 05, 2008

the Darjeeling Limited

"No matter what happens next, I don't want to lose you as a friend"
he looked her in the eyes and said.
"I promise I will never be your friend, no matter what. Ever".
her voice cracked.
"If we fuck, I'm gonna feel like shit tomorrow".
"that's ok with me", he said.
he lifted her shirt over her head.
"I love you." she said.
"I never hurt you on purpose".
He nodded.
"I don't care"....

hehehe..these are some of the lines that I took out from The Darjeeling Limited. I cannot help from smiling when I first saw this scene. sounds so familiar:P

I remember I once encountered kind of the same conversation. It was very emotional back then but I knew I said the right thing.

bila kite manusia dah meletakkan sesuatu tu di kedudukan yang tertinggi di dalam hati. agak susah untuk kita meletakkannya semula di kedudukan yang rendah. in other words, tak senang untuk kita men"downgrade"kannya. sure shit happens but what makes all the difference is how you hold it dearly even if it doesn't go your way and what makes it extraordinary is when you just keep on believing it.

Nama saya Mohd Azhari dan ini adalah fakta:- bila saya meletakkan anda di sesuatu kedudukan yang tertinggi di dalam diri saya, takkan sesekali saya akan mengubahnya. kalau anda rakan, anda akan tetap jadi rakan saya. kalau anda kasih, walau apa sekalipun terjadi saya tetap copkan dalam diri saya tanda kasih itu. kalau anda musuh, musuhla anda. and you, I hope you understand.

watched this movie titled The Darjeeling Limited staring Owen Wilson, Adam Brody and Jason Schwartzman last night. personally, I say it's a very good movie because I like the storyline and the theme was pretty good as well. The story was written by Jason himself along with Wes Anderson and Roman Coppola. I don't really familiar with Jason but I am definitely a fan of Wes and Roman's.

not going to review much about the movie though. I mean it's enough to say that it's a good movie with an interesting plots. nak carik review pg blog Dianne. I don't do reviews here so don't ask me questions and find yourself the DVD. watch it and review it yourself you lazy Bum!

Sunday, May 04, 2008

aku orang bodoh.versi luahan tanpa unsur poetry.

bangun pagi...tak. tengah hari sebenarnya dan terus enggan berganjak dari tempat tidur. sebelum tu ada beberapa gangguan dari beberapa sistem pesanan ringkas dari beberapa personaliti hidup. kak Ana tanya "how's the script?". malas jawab sebab tak begitu pasti sama ada nak meneruskan niat untuk menulis skrip atau tidak. Idea memang ada tapi kemalasan masih berleluasa. lagipun aku tau hancurnya masa aku kalau aku mula menulis skrip tu nanti. pengalaman dah ajar. jadi selepas beberapa minit terbaring sambil cuba jugak kembangkan idea aku gerak ke bawah katil dan sambung main game yang aku tinggalkan malam tadi.

ini semua introduction pada kebodohan aku pada hari ini. yea, aku manusia bodoh itu.

bodoh aku datang berpunca dari bosan. atau mungkin lebih dari itu.aku pun tak pasti. di sebabkan blog ini bukan rahsia lagi bagi khalayak umum, aku enggan ulas apa yang aku buat. cukup menceritakan kondisi aku selepas kejadian. kondisi yang sangat mencabut nyawa. malu sebenarnya.

aku kejar sesuatu yang sangat "vague". aper entah dalam bahasa ibunda aku maksud "vague. tak ingat. dulu dalam belajar sociolinguistics isu ini di gelar language loss. aku kejar benda yang aku tak perlukan pun sekarang tapi aku bodohkan diri tipu diri sendiri dan kejar jugak benda itu. silap besar. mula-mula rasa "thrill" tapi akhirnya makan diri sendiri. rasa bodoh macam tak nak hidup lagi.

bodohlah. aku manusia bodoh.

di pendekkan cerita sebab taknak menanggung rasa bodoh nak ingat-ingat benda malu ni aku sampai sekarang tak berhenti memaki diri.

harapan aku, esok aku belajar tentang ini. tentang kebodohan diri.

Friday, May 02, 2008

when you're gone

lagu dalam hati, otak, mulut aku sekarang ialah When you're Gone from the Cranberries. dah 2 3 minggu lagu same ni ganggu gugat aku. kat office ni lagu theraphy aku and nooooo...the song is not for someone in particular and I am not in love what so ever. saje layan pemberian Tuhan:)

got a surprise visit via phone sms from someone I adore much last night. topic tentang cantiknya KLIA di waktu malam buta timbul and God, I missed KLIA so much.

Dulu rajin sangat lepak sane tengah malam bute sambil layan angin malam KLIA dan berbual sampai pagi. tengok kapal terbang naik turun and pandang mate sesame sendiri selama beberapa jam tanpa henti. yeppp...sangat rindu suasana itu.

selain KLIA dulu antara tempat rajin lepak ialah di tepi gaung belakang Rebutia di Gombak. kat sane kita setara ngan puncak pokok-pokok besar yang dah beratus tahun hidup dan membesar. best sangat lepak sane. took a couple of pics but tak tau mane simpan.cehhh..one day surely datang balik. kat situ banyak berok yang aku selalu samakan ngan Tini or atleast one of her family member..ops bukan samekan ngan family dia cume samekan dia sebahagian dari family berok tu..hehehe. kadang-kadang ader gak encik-encik berbasikal sambil memakai spandex turun naik tempat tu so dapatla bertegur sapa.mereka agak baik dan peramah jugak. selain tu kena berhati-hati sebab banyak lori besar bawak macam polong tak ingat anak-anak kecil mereka di rumah. apepun dia punya view is world class bebeh.

info terbaru dari encik Sarip Libur ialah di situ ade balai Polis tinggal yang berhantu. tak berapa nampak sebab dia dalam utan sket. hantu dipercayai berbentuk beruang...hantu Beruang??? agak lucu dan spesis baru..pasti menarik.

memori sume tu agak kuat dalam otak aku.tak mau buang pon sebenarnye sebab aku suke:) janji aku pada hati ialah, suatu hari mesti aku balik ke sane...





pictures of Pulau Kapas

Miss Miza a.k.a model of the day
nak cover dari public turns out to be one of my fav pic
God's gift

Miza

Wednesday, April 30, 2008

sayer buruh kasar..gasar.

esok 1st of May supposedly to be hari Buruh sedunia and for someone that has just started working after spending 22 years of his life scrapping worms, tomorrow will be the day I will celebrate my first day of being a Buruh and the day I step into the world of adulthood and the world of susah senang mesti start ngan rajin.hehehe..mr ep says happy 1st happy Buruh mate!



now that im working my ass off to earn myself a living, I realize how hard it is to even start it. the responsibility is huge and money is everything to say the least. though for me it is not really that hard now, I still do think that I can always do better with it (my life that is). I know that things will get better soon but at the same time, all those necessary storms will eventually hit me and the question is how am I going to deal with it. personally, I am looking forward to face it for I know it will lead me to the world of maturity and the world of betterment. I know deep in my heart, one day I will be the man who steps on the world of beyond...Insyaallah.



Mr Duraid once told me that to achieve things you have to learn how to love yourself and your work. I believe that is the exact thing that I do right now. I love my job and I adore the place I am working now. though the salary is quite "ciput" considering that I can find something better than what I earn now, I think that right now, salary is not that important at this time of my life. Experience is what I long the most. I believe experience will get me to the place beyond everything. experience will get me to a junction where I can choose to be the man I was meant to be.



it means the whole world to me to get at the place I am now. what I have now is exactly what I wanted before. a place where salary does not matter, a place that brings something in my life, a place of idealistic, moving and of course a place that I can be proud of it. I work in an organization that produces copy of al-Qur'an. a place that Islamic arts come alive and a place of dakwah. tell me, besar tak pengertian dia dalam hidup seorang aku ni?



certain issues rang my brain off about my future and this place. will I stay?will I look for better job?offer?...to be honest I do not know. maybe or perhaps. to be realistic, i do think I have to move on. as hard as to take and chew the fact, money is still play such a very vital factor in today's life and with the money I make at Restu, I think it is suffice to say that it is not enough.the problem is I love too damn much working here and I really want to see Restu develop as an international organization like we had discuss it in exploreRestu before. so to leave such dream would be a pain to bare.

life will different in the future and I know it will be better for me, Insyaallah. I still think that money is not everything in this life and God will always be beside us and take care of us. no matter what goes in the future, I just hope that I will still have the same passion as I have now and work with a smile on my face. Im starting to understand office politics and the life as an adult. so sempena hari buruh yang mulia ni aku ucapkan selamat hari buruh pada semua and for me, I hope my career will bloom as it is suppose to and hopefully one day I can achieve many great things in my life. as my life caption says...jalan aku masih jauh.yeay

exploRestu

just got back from Pulau Kapas for Restu Foundation annual research trip:)

seronok melampau aku dapat spent 3 days and 2 nights kat one of the most gorgeous pantai in Malaysia. it was such a great experience sebab it was kind of my first research trip ngan this Foundation and pergi ngan orang2 yang baru aku kenal tak sampai 3 bulan. so kire trip ni macam complete ta'aruf session la even though aku tak perlupun sume tu sebab basically aku dah kenal pon sume orang and because the way I treated myself as one of the most talkative person in the whole world, so tak kesahla ta'aruf ke aper ke.

we depart from our office around 11 pm thursday and sampai Terengganu dalam pukul 5.30 pagi. semayang subuh kat Surau ape ntah then gerak terus ke jeti yang aku pun tak tau aper name jeti tu. waited around 1 hour and then terus naik ferry gerak ke Pulau Kapas. it took us 20 minutes atas bot.

eventhough jadual agak pack because there were presentations. briefings and all tapi kudos to the secretariats sb selambe provide banyak gakla mase nak bejalan and bergembire ngan mase lapang. and because our CEO the great Mr Ikram pun sangat merepek orangnye, die pun sangat2 menggalakkan kami bergembire bersama dia.

it was such a great time cume first day jek tragedy melanda diri aku. mase main volleyball aku yang sgt excited nak serve the ball telah menampar muka aku sendiri sampai pecah cermin mate. hahaha...malu btol bile pikir2 balik sebab ader ke org buat perangai macam tu.then, for therest of the trip aku partially blind or jadi OKU. tensenla sebab tak nampak banyak mende especially minah-minah omputih berbikini. come to think about it again, maybe God love me so much HE doesn't want me to tambah dosa-dosa lagikan.hahahaha..

the thing I remember the most is the fact yang aku dapat jalan tepi pantai tgk sunset and all the beautiful things nature could offer to me. cantttteeeeekkk gile. i took some pictures and will post it later. malam pun same dpat spend time tepi jeti layan angin malam.God! bersyukur sangat dapat hidup and experience those things. then of course lah dapat jalan2 tepi pantai layan angin petang ngan Miza.wahahahaha...bole consider our first beach date la kot sebab plan gakkan. kalo tak nak pg pagi layan sunrise but then dia malu so ptg tu die tanya nak pergi ke tak so aku pun suke jekla.

seriously aku enjoy gile spend time ngan benda2 macam tu sume.layan alam beb dah kire macam theraphy yang paling baik untuk aku. aku pon bukan jenis yg haruk pikuk nyer umat.aku suke aman dan damai alam. dulu dapat g umah nik aku suke gile la.umah dia tp pantai so bile dapat jalan2 kat sane mmg aku treasure abehla time tu. dapat tgk matahari, air laut, sunrise,sunset...layan angin..dulu pun ptg-ptg suke jek layan sunset.tengok pokok-poko besar kat utan and macam-macam lagila. tak tau bile aku start suke alam ni tapi most probably mase start pandai masuk utan mase kecik2 dulu. mase dah pandai mandi lombong ngan sungai or maybe mase zaman lepak atas bumbung keta pandang langit malam and kira bintang. pendek kate aku sangat suke dekat dengan alam. bile dekat dengan alam rase macam dekat dengan manusia lain tapi yang paling penting rasa dekat dengan Allah SWT. as for kat Pulau Kapas tu bonusla dapat jalan tepi pantai tgk sunset ngan Miza. thank babe.

i wrote a couple of poems mainly about nature and me. i think it went great considering the experience and the feeling added on. kind of giving me extra perspective and all. nak lebih tulis pasal perang sebenarnye but then pengalaman takder.hehehehe.

will later on post a couple of Pulau Kapas picture.hehehe..and i've been thinking I should start writing my blog in English. I mean i was an english literature student for god's sake tapi still nak write in malay or rojak. bukan tak mau cume writing in Malay agak bebas berbanding english and rasenyer dah banyak sangat english medium blog and malay tak banyak...entahla. kadang2 aku nyer inner side aku berperang dengan otak pasal sayangnya aku ngan bahasa Melayu. dulu amek BENL pun sebab aku sayang Bahasa Melayu. aku nak blaja falsafah bahasa Inggeris dan ap yang menarik belajar English.and plus parents suh amek.hehehehe.tapi mmg aku sukela nak amek. i will nonetheless look into all the angles necessary regarding this matter.susah2 aku rojak jek terus.sukeati akula blog aku kan.hahaha.

Thursday, April 24, 2008

for you..yes, you.

it's funny to think that an ounce of honesty can live up a person's day and make him smile for three days in a row.

hehehe...I'm blushing*

jumpe satu blog dari sorang gadis yang dah lame jugak aku puja disebabkan karisma nya. dia sangat pandai, sangat komited dengan kerja-kerja nya( kalo buat kerje sampai pengsan tu komitedlakan?) , sangat-sangat cantik dan punya sepasang mata yang aku rasa sangat sexy.

kami dah kenal lama tapi dulu masa sama-sama berada di University, masing-masing sibuk dengan dunia masing-masing. mungkin juga tak berkesempatan dan mungkin juga masing-masng punya pacaran? tapi kami kenal dah lama. kini dia tinggal semester pengakhiran sebelum keluar dan bertemu dengan dunia realiti yang sebenarnya.

jadi di pendekkan cerita sebab aku agak sibuk sekarang ini, aku pergi ke blog dia dan seronok membaca dan menatap wajah-wajah comel anak buah dia dan dia dan tergerak pulak masa tu nak cuba dalami dunia dia dengan lebih mendalam. satu-persatu aku belek. dari setiap link aku tekan dan *suuuuurrrfffff* link-link dia. aku berminat dengan satu minat dia terhadap sebuah penulis bernama Pablo Coelho. agak menarik dan aku terus berjanji pada diri sendiri yang aku patut belikan satu hasil Coelho dan kaji penulisannya.

aku tengok photo-photo anak kecil yang ada di blog nya.gembira betul segala perasan yang dia pancar masa photo diambil. hehehe..aku tahu dia memang suka anak kecil. satu hari nanti dia akan jadi seorang ibu workaholic yang sangat baik.

jadi di pendekkan cerita di sebabkan aku agak busy sekarang ni, mase aku browsed dunia kecil blog dia aku terserempak dengan link yang tertulis "the poet I adore at the moment, I think..."
aku clik kat situ sebab niat asal aku mahu tahu jugak siapakah poet yang di sebutkannya? aku memang suka poetry dan suka baca poem-poem yang di tulis tanpa kira baik atau tidak kerana aku tak suka judge orang. tapi....bila aku klik jek...huuuuupppp....terus senyum panjang dan... tak taulah sebab aku tak pernahlah senyum macam tu.

segala perkara yang aku buat, aku buat kerana Allah.Dia bagi aku fikiran dan ilham jadi semua tu untuk dia. kemudian aku buat kerana persekitaran yang bersangkut paut dengan aku. aku rasa bebas bila menulis sajak-sajak tersebut.aku tak kisah baik atau buruk sajak aku.bagi aku yang penting perasan dapat aku keluarkan dan menifestasikan semua nya ke satu bentuk yang abstrak dan mungkin hanya aku sahaja yang hargai.

jadi bila ada yang sudi letakkan sebaris ayat yang macam tu aku susah nak ungkapkan perasaan. yang mampu hanya tersenyum dan masih lagi terus tersenyum selepas tiga hari. besar pengertiannya. lagipun ayat tu datang dari orang yang aku puja.hehehe saling memujala ni. dunia memang pelik.

macam tu lah kiranya individu itu meletakkan sesuatu dengan ikhlas dan jujur. macam tulah jadinya bila individu itu tahu menghargai. tak perlu beri tahu tetapi bila sang punya badan dapat tahu kenyataan tersebut, maka gembiranya dia dalam diam. hanya tersenyum kerana punya orang yang memahami.

aku dah tersenyum selama tiga hari. fikiran masih lagi jitu pada dia. dia buat aku gembira dengan tulisan singkatnya itu.

tolonglah jangan ubah itu.biarkan terus dia begitu sebab akupun manusia. bila rasa gundah aku sekurang-kurangnya boleh lawat ayat itu dan terus tersenyum kembali.

terima kasih...

Monday, April 21, 2008

Zapin

aku mula terlibat dengan zapin masa aku sekolah rendah darjah 5.mase tu ade event kat sekolah pastu cikgu muzik nak buat persembahan zapin.aku tak ingat kenapa aku tetiba masuk tapi yang paling ingat mase tu aku dapat jadi partner ngan awek aku mase tu.hehehe nama dia Huda. tak taula aper jadi kat dia sekarang. mase tu buat zapin asas jek. hari-hari berlatih tapi bila hari persembahan sampai aku takder.hahaha. bukan sebab lari tapi sebab bas lambat.2 jam aku tunggu bas (mase tu bas ALEC) tapi takde.last-last aku menapak 10 kg sampaila ader sorang makhluk Allah tumpangkan aku. sampai-sampai kat sekolah aku naik tingkat tingkat 3 terus sb nak tukar persalinan tapi bila aku usha bawah tengok-tengok diaorang dah tengah menari. aku nampak Huda menari sorang-sorang macam orang bodo. aku tak tau buat aper-aper terus sembunyik. nak pendek cerita lepas tu kami clashed!hahahaha. dia tak dapat terima di perlakukan sebegitu oleh aku (bukan salah akupon!)

masa sekolah menengah tak join sebab aku join teater dan terus jatuh cinta kat teater tapi selalu tengok budak zapin menari.lagipon suke tengok CICI menari sebab bontot dia best gila bila berzapin so time ade latihan jek muka-muka kami budak teater terpacak depan pentas sambil ternganga. kat UIA aku suka tengok zapin tapi menyampah sebab zapin Uia di pelopori oleh Pondan-pondan jijik. tapi aku suka sangat tengok (exclude pondan-pondan) sambil mulut mengomel kutuk pondan. mase tu Tini jadi pendengar standard ngomelan akula. sian dia.hahahaha. ade skali tu siap aku nak masuk join zapin sb suka sangat ngan zapin.aku pg audition and dapat tapi sb commitment ngan teater lagi ketat terpaksa batal.

aku tak pandaipun berzapin.setakat asas bolehla tapi tak taulah kenapa aku suka sangat. maybe aku orang Johor kot. mungkin?

Zapin merupakkan tarian tradisional masyarakat Johor. Selain Kuda Kepang yang diperkenalkan oleh masyarakat Jawa di Johor, Zapin juga mempunyai nilai-nilai estetika tersendiri. Jika sekumpulan penari Zapin dapat membuat persembahan yang baik dan teratur ia mampu menarik perhatian orang ramai di sesebuah majlis. Bayangkan kalau satu majlis perkahwinan yang mempersembahkan tarian Zapin dengan sempurna, ia mampu mempersonakan tetamu-tetamu yang hadir hingga mereka terlupa tentang kehadiran pengantin! Begitulah hebat dan asyiknya tarian Zapin nie.

Namun begitu zapin melayu johor unik kerana telah menyaring kesenian arab sambil mencipa kesenian melayu dan falasafah kesenian islam.Pada zaman dahulu kesenian zapin melayu bukan hanya di persembahkan halaman atau di anjung rumah ianya juga di persekitaran masjid juga surau untuk menyambut perayaan mauliurassul s.a.w dan lain lain.

terdapat beberapa jenis zapin johor diantaranya zapin pekajang, zapin tengelu, zapin lenga dll.Zapin melayu johor pada kebiasaannya dimulakan dengan pemainan gambus permulaaan di namakan Taksim,terdapat beberapa ragam di dalam tarian zapin diantaranya ragam pusau belanak besar , ragam lompat injut, ragam kopak,ragam titi batang,ragam ayam patah, ragam pusau belanak kecil dan akhir sekali ragam wainap. masa team teater Anak Dato buat persembahan teater kat Bentong Pahang, kiteorg buat persembahan malam kebudayaan ngan Zapin Perut (zapin bagi orang-orang boroi) hahahaha..

Sunday, April 20, 2008

k.a.w.a.n

dulu ader skali Chief kuarkan kenyataan yang agak kontroversi. bile di tanya tentang persahabatan selepas tamat pengajian, chief dengan gerakan ala James dean terus cakap " lepas grad lost kontekla". masa tu semua bengang dengan die. aku ngan zarip siap belasah die secara manje tapi tak sampai tahap gay sebab tak setuju dengan die. semua anggap dia biadap tapi kiteorg tetap bergembira la sambil meringkus sesama sendiri. lawak gak mase tu.

few months after that, aku ngan beberapa kawan2 lain grad and now the rest termasuk chief pun dah grad...after 5 years of study.susah senang, lawak,gelak,sakit,penat,malas etc same2, finally hidup realiti kat dunia ni mengetuk mimpi kita2 ni. antara benda utama yang aku perasan lepas grad ni pasal hidup realiti kita kat dunia sementara ialah pasal aper yang Chief cakap dulu..

my apology chief....

i think you were just being realistic at that moment

you are right bro.

Wednesday, April 16, 2008

writing my first book!

heyyy...im going to write a book on Islam and the problems face by its Ummah. the book right now is given the title "Amanah"

that will be my first experience in writing a book. Great!!!

so, i will prepare the first draft in two weeks and wop! it will be a group task though. not entirely mine but what the heck right? still be a good awesome freaking experience to live with. yeay!!!

sejarah

aku terserempak dengan satu blog nama sejarahnegarakedah.blogspot.com yang aku rasa sangat informatif dan menarik.

blog tu cerita tentang Empayar Islam Benua Siam Kedah yang suatu masa dulu tersebar luas di seluruh Nusantara (particularly kawasan utara semenanjung dan negara Siam). mengikut kata dan kajian yang di lakukan oleh tuan punya blog tu, dia percaya Siam dulu adalah satu empayar luas Islam dan islam di Tanah Melayu ni pun berkemungkinan datang dari sana. banyakla info yang dapat tahu dari bacaan blog tu. gambar pun banyak untuk mengukuhkan teori dia.

tapi sayang jugaklah sebab mengikut rujukan dan pendapat popular ahli sejarah, ramai yang tak mengiktiraf teori tersebut (atau mungkin belum lagi). the research is a new one so hopefully in the future we will see our history through a different perspectives.

agak hebat jugak sebenarnya bila dapat tahu sejarah dari pelbagai sudut sebab kita ni di sogokkan dgn sejarah yang di tulis oleh org yang menang jek (history is written by those who wins the war) ni tak silap aku winston churcill yang cakap. so maksudnya sejarah yang kita baca mungkin benar atau tak tapi yang penting sejarah tu di tulis mengikut selera org2 tertentu. jadi bile teori lain tu kuar jadilah tanggungjawab kita untuk kaji dan suaikan sejarah tu balik. macam dalm blog yang aku bace dia bagi details about the research, so aku dapat pandang sejarah perkembangan Islam dari satu sudut yang lebih luasla.

sejarah itu adalah sesuatu yang perspektif. sejarah itu seperti sebuah karya literature yang non-fiction. jadi kita punya approach haruslah subjektif dan buka minda seperti seorang pelajar sastera. itu yang aku faham dan aku ikut dalam kajian aku dengan sejarah.

kerja sebagai seorang writer ni aku kena banyak tahu pasal sejarah. jadi blog macam tu amat membantu sebenarnya. plan aku lepas ni nak tulis something yang lebih academic la but not to philosophical. aku nak direct jek.hehehe.

balik pada sejarah, agak menarik bila dapat tahu yang ada kemungkinan sejarah perkembangan Islam di tanah Melayu ni sebenarnya labih luas dari apa yang di sangka. bayangkan kewujudan candi lembah bujang pun boleh di sangkal lagi.teori yang menarik jadi memang tak salah la kalau kita tahu semua tu.

perhaps we all can develop this new (or maybe not so new) teori pasal sejarah kita.

Tuesday, April 15, 2008

Negara Islam Vs Malaysia for Malaysians

kita kat malaysia ni selalu bising pasal perlembagaan kita yang bercelaru. orang Melayu selalu bising yang kawan-kawan bukan Melayu selalu cabar hak-hak Melayu dan islam yang dah termaktub dalam perlembagaan kita. kawan-kawan bukan Melayu selalu bising yang hak mereka selalu di ketepikan dan tegas menolak Konsep Negara Islam. Melayu ataupun tak, kita semua rakyat Malaysia.

ramai yang sedar tapi buat-buat tak sedar yang perlembagaan Malaysia ni di bentuk oleh kerajaan Inggeris. Perlembagaan asal yang di bentuk orang Melayu dan pemimpin bukan Melayu asal nya di tolak. kemungkinan besar perlembagaan kita sekarang sebenarnya tak banyak berubah dengan perlembagaan Malayan Union tajaan British dulu kecuali beberapa kerat frasa perlembagaan yang kemudiannya di ubah bagi menyedapkan hati orang Melayu.

kita sedar tak yang sebelum Malaysia di tubuhkan ada seorang penulis british yang dah pun tulis pasal Malaysia dalam bukunya.maksudnya, sebelum Malaysia ni ditubuhkan pun dia dah tulis pasal Malaysia and gunakan nama Malaysia tu sendiri.name author tu robert adminsons and die tulis Malaysia: Direct and indirect rool pada tahun 1930 something. kat dalam Mestika bulan April pun ade cakap pasal ni.

jadi sedar tak sebab aper kita selalu bergaduh pasal aper yang tertulis dalam perlembagaan tu? aku simpulkan senang jek. semua ni jadik sebab social contract yang kita ader skarang sebenarnya di gariskan oleh orang lain. benda yang di warisi daripada penjajah yang tak tau langsung ape yang ader dalam naluri rakyat tempatan tak kiralah Melayu ke tak. bila orang luar yang gariskan norma hidup kita, manakan boleh kita hidup dengan satu persefahaman.mungkin?

Inggeris megamalkan konsep divide and rule jadinya walau apapun yang di letakkan mereka pada sesuatu bangsa mesti berpaksikan perkara tersebut.jadi setelah 50 tahun merdeka, konsep tersebut masih lagi berkesan. kita maju tapi mungkin tak cukup maju lagi kerana perselisihan fahaman tersebut.

bila jadi macam tu kita selalu hilang hormat pada orang lain. Melayu tak hormat hak bukan Melayu dan Bukan melayu tak tau nak hormat hak melayu.

kita Islam, dalam Negara Islam tu sebenarnya hak bukan Islam sangat di titik beratkan sehingakan menjadi satu jenayah kalau kita nafikan hak bukan Islam. perkara mengenai hak Islam dalam Negara Islam cuma asas atau fundamental pillar dalam perlembagaan jek tetapi kalau kita tengok betol-betol, hak bukan islam sebenarnya yang lebih di titik beratkan.ini kerana, Islam itu adil. orang Islam mmg faham konsep islam itu adil tetapi tidak bagi yang bukan Islam. jadi, dengan perlembagaan islam lah mereka dapat tau adilnya Islam itu terhadap mereka. kiranya perlembagaan negara Islam itu sendiri merupakan satu mekanisme dakwah yang sangat kukuh dan berkesan.

tak kira Melayu atau bukan Melayu, kita kena faham konsep perlembagaan kita dan terbaiknya faham konsep perlembagaan negara Islam. bila faham baru kita yakin dan mereka(non-Malays) yakin dengan keadilan yang boleh mereka kecapi dalam negara Islam. pada kawan-kawan yang bukan beragama Islam, janganlah marah atau terlalu gusar dengan konsep Negara Islam kerana sebetulnya memang andalah rakyat yang paling beruntung bila Negara Islam itu terbina. orang Islam tak dapat apa-apa sebenarnya sebab pembinaan Negara Islam itu tanggungjawab asas umat Islam. bagi yang islam, janganlah sendiri menjadi ignorant sampai tak tahu apa hikmah di sebalik pembinaan Negara Islam.
tanggunjawab kita sekarang bukan nak terus membina negara daulat islam tetapi memberikan pemahaman secukupnya kepada rakan-rakan bukan Islam tentang kehebatan negara Islam.

kita sering memekik tentang satu negara demokrasi yang berlandaskan keadilan kepada semua orang.kita tahu apa yang kita nak tapi kita jadi hipokrit bila cuba menafikan tentang demokrasi yang Islam perjuangkan. kita menoleh ke arah yang lain bila di depan mata kita telah sedia ada satu sistem yang sempurna. takut apa untuk mencuba sistem perlembagaan negara Islam bila sistem yang sedia ada tu cuma dogma dan zion semata-mata.

ignorance adalah musuh kita sekarang ni baik bagi orang Islam mahupun bukan islam. orang bukan Islam bersetuju dengan konsep negara kebajikan yang di bawa Pas, setuju dengan konsep negara adil di bawah panji PKR, ada yang setuju dengan konsep perjanjian kuasa yang di bawa BN dan mereka impikan negara konsep Malaysian Malaysia kelolaan DAP. sedar tak yang semua konsep tu ada dalam konsep perlembagaan negara Islam?

Ignorance membutakan hati kita

pikirlah.

Melayu..filosofi keris

hari ni banyak membaca so agak banyak gak idea untuk nak menulis.so here goes,

politics+Malaysia

dalam blog kickdefella ari ni cerita tentang komentar ataupun bicara tentang ketuanan Melayu dan saranan kepada rakan-rakan kita yang berbangsa lain. Isunya adalah titah D.Y.M.M Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Mohammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail yang menyentuh perihal ketuanan Melayu dan kebimbanganya tentang kesatupaduan Melayu ketika ini. Tak perlula aku nak bicara tentang apa yang di tulisnya sebab aku lebih berminat dengan komen balas tentang orang ramai.

perkara pertama adalah mengenai persetujuan dan bantahan yang di berikan daripada public.ada yang menyokong dan ada yang tidak. ada yang berkata bahawa Tuanku menjadi alat politik partisan dan ada yang menganggap Tuanku sememangnya ikhlas dalam titahnya. aku tak dapat lari dari berperasaan gembira dan musykil dengan gelombang baru politik negara kini. dari satu sudut, aku agak bangga kerana kalau kita perasan, dalam seketika ini, banyak insiden yang terjadi dan melibatkan pengaruh Istana. dari kes di Perlis, Terengganu dan kini Kelantan, seakan-akan kelihatan suara Istana semakin berpengaruh setelah sekian lama Tuanku-Tuanku kita tidur senyap. dalam kes di terengganu dan Perlis, telah menampakkan 'supremacy' Istana dan aku bangga keatas tindak tanduk Tuanku kerana bersuara demi rakyat.Tuanku Mizan contohnya telah dengan tegas bersuara. di Perak, Tuanku di sana telah menunjukkan kebijaksaan baginda di dalam menangani kecelaruan rakyat. sebagai seorang yang berdiri teguh di belakang Sultan, aku bangga kerana aku rakyat baginda.

Tapi dalam kes Kelantan aku agak berbelah bahagi. gembira kerana apa yang dititahnya mungkin keluar dari sifat prihatin Tuanku tetapi agak gusar jugak kerana bunyinya seakan-akan memberi kata yang UMNO itu seakan-akan menjadi satu-satunya benteng Melayu kiranya UMNO itu lemah maka Melayu itu pun lemah. Titah baginda seakan memberi amaran tentang perkara yang bakal terjadi sekiranya Melayu tidak menyokong UMNO. kalaulah benar, kecewanya aku kerana aku tak pernah bersetuju dengan persepsi tu. Bodohlah aku kalau aku mengiyakan kata-kata "Tanpa UMNO Melayu akan hancur".

Tanpa UMNO Melayu takkan hancur dan dengan UMNO sekalipun Melayu takkan maju. Melayu adalah bangsa bertamadun tinggi. Orang Melayu boleh bergerak sendiri dan mampu memilih dengan baik buruk dengan otak sendiri. Memang benar Umno banyak berjasa tapi bukan UMNO sahaja yang berjasa. walaupun ada jasa aku takkan nak jual maruah aku kerana budi UMNO. yang hak kena tegakkan dan yang batil kena hancurkan.UMNO sekarang dah banyak berubah. dari menjadi pejuang bangsa, UMNO dah jadi perosak dan pembohong bangsa. Orang Melayu dah dipimpin UMNO sekurang-kurangnya 50 tahun tapi Melayu masih lemah sedangkan bangsa lain makin perkasa. dasar DEB boleh dikatakan gagal secara penuh.yang dapat faedah cume sekerat kroni keluarga UMNO. rakyat biasa tetap merana walaupun di janjikan bantuan. Fakta memang terbukti DEB gagal. peratusan 30% yang nak di capaipun gagal. kalau ditanya anak-anak muda sekarang, rata-rata tak tau apa manfaat DEB. kalau aku lagi senang, pedulik apa dengan DEB sebab aku ada otak dan sempurna anggota badan, buat apa nak mintak bantuan lagi?berusaha sendiri sudah. dengan DEB pun rata-rata Melayu miskin jugak.

ada orang kata DEB tak salah. yang salahnya sifat Melayu sendiri. Katanya Melayu malas. Melayu tak pernah malas. sejarah tamadun Melayu dah membuktikan orang Melayu ni bangsa yang bermaruah dan bangsa yang gagah perkasa. Tamadun Melayu di sekitar Nusantara menunjukkan Melayu adalah satu bangsa maju. Mungkin kerana selalu di basuhkan otak mereka dengan gelaran Melayu ni pemalas dan mudah lupa jadi generasi sekarang pun seakan-akan menerima gelaran tersebut. pikirlah, kalau berpuluh tahun disogokkan dengan gelaran macam tu, lemahlah mental kitakan. dahlah macam tu, sekarang nak tengok gerakan kesedaran Melayu pun susah. Politik jek lebih.lagi-lagi jeritan retorik kononya pejuang bangsa. UMNO dah 50 tahun gagal memperjuangkan Melayu.

seterusnya Kickdefella sebut tentang kegusaran rakan-rakan bangsa lain yang terlalu takut Melayu ni hunus keris dan bunuh mereka. kes ni mungkin lahir dari insiden ketua pemuda UMNO Dato Hishamuddin hunus keris sebab nak tunjuk Melayunya dia *Bodoh btol*. kononnya orang bukan Melayu jangan bermain api dengan Melayu.kononya kalau tak nak bemandi darah hunusan keris, jangan di persoalkan ketuanan melayu. bodoh!

satu yang aku nak cakap ialah kawan-kawan bukan Melayu jangan takut dengan kedengkelan makhluk tuhan sorang tu. orang Melayu tak sebodoh dia sebenarnya (kecuali dia lah kot). bila sebut pasal keris, kita kena faham tentang konsep keris tu sendiri. sememangnya keris itu terlalu rapat dengan filosofi Melayu sehinggakan kalau kita sebut Melayu, yang tergambar kat fikiran mesti keris. keris dah jadi simbol Melayu.

tapi kenalah faham apa yang tersirat di sebalik keris.apa filosofinya dan apa konsep kefahamannya. kita orang generasi sekarang kena faham. keris ni boleh dikatakan ada mempunyai empat filosofinya.keris bukan sahaja untuk menikam. in fact, menikam ni hanyalah option terakhir bagi seorang Melayu itu. Keris ni sebenarnya lambang peribadi seseorang Melayu. kira macam IC lah pada masa dulu. mengikut pembuat keris, setiap keris di tempa mengikut peribadi dan kehendak individu masing-masing. maksudnya tak ada keris yang sama bagi dua individua yang berlainan. keris pulak ada macam-macam keris. ada keris keluarga, persendirian dan macam-macam lagi. contohnya macam keris keluarga.keris keluarga di tempa bagi menunjukkan simbol keluarga tersebut. setiap keluarga mempunyai keris yang direka bentuk berlainan. sebab tu jugak masa dulu-dulu kadang-kadang rombongan meminang menggunakan keris sebagai pengganti kepada tuan punya badan sebab keris tu sebenarnya lambang peribadi individu tersebut.

kemudian filosofi perhubungan keris dan maksud tikam alam Melayu ialah tikam bicara. di sini masih tidak ada kena mengena dengan darah dan keris menusuk tubuh siapa-siapa. dalam konsep tikam dan keris, Melayu apabila berlaku ketidak puasan hati selalunya akan menggunakan bicara dan kata-kata. sebab itu dalam alam melayu ada banyak pantun, gurindam,.syair dll. sebab tu jugak kita tahu dahulu sebelum pendekar tu bergaduh dia mesti berpantun. berpantun tu samalah dengan berbincanng. manaada tetiba pendekar tu datang pastu terus tikam pendekar yang lain. Melayu ni punya lah sopan sampai nak bergaduh pun dia berpantun. pantun pulak mesti tersusunkan.jadinya nak menunjukkan Melayu ni di suruh ingat diri dan jangan gopoh. kalau gopoh dan tak ingat dunia mana boleh nak susun pantun.

then konsep seterusnya ialah tikam ikatan. maksudnya ikatan perkahwinanlah. orang dulu selain daripada nak luaskan kuasa, diaorang suka kahwin strategik sebab nak elakkan pertikaian antara dua pihak. bila kahwin mesti lah kena saling menghormati dan lupakan perselisihan faham. jadi kat sini orang Melayu masih tak hunus apa-apa untuk membunuh. Melayu cintakan kedamaian. kat sejarah kan kita belajar banyak keluarga diraja di kahwinkan dengan keluarga di raja yang lain. sebab ianya strategik dan boleh mengelakkan aliran darah yang sia-sia.

kat sini rakan-rakan bukan Melayu kena faham yang Melayu takkan suka-suka nak hunus keris sebab tak suka dengan anda. Melayu akan sentiasa utamakan perbincangan yang membawa kedamaian. apa yang Hishamuddin buat tu karutlah. Orang Melayu mana ada buat perangai macam tu. ikut konseppun, kalau melayu tu dah hunus keris, mana boleh dia masukkan balik dalam sarung selagi musuh dia tak tumbang. maksudnya keris hanya akan terhunus bila dah takde jalan lain dan kalau dah hunus dah tak boleh pandang belakang dah. jadi bagi sesiapa melayu yang nak hunus keris, mesti kena pikir panjang sebelum nak keluarkan keris dari sarong dia. setakat retorik hishamuddin tu tak payahlah. karut! cuma kawan-kawan bukan Melayu janganlah terlalu melampau tak hormat Melayu sebab Melayu bila di ajar untuk melawan balik kalau maruah di pijak. hormat menghormatilah sebab kita kan bangsa Malaysia ( walaupun aku tetap Melayu).

Jadi bila aku baca titah Tuanku Faris tu aku cuma ada sedikit risaulah kalau-kalau ada orang yang nak gunakan Tuanku demi survival politik dia sendiri. janganlah sebab nak berkuasa sangat sampai isu Melayu tu di gunakapakai dan di bohsiakan. banyak cantik!

buat kawan-kawan tak kira Melayu ke tak kita kena matanglah dalam berfikir. kita boleh sayang bangsa tapi jangan sampai jadi racist. orang Melayu tak di ajar untuk jadi racist. segala yang di ajar kepada Melayu tu semua bersifat cintakan satu sama lain.

Thursday, April 03, 2008

Sufiah @Shilpa Lee

terkejut la dengar cerita pasal Sufiah tu. dulu penah jadi Genius pada umur 13 tahun tapi 10 years after all the commotion tup tap dah jadi hooker! dahla macam tu, ayah die pun masuk jail plak sb cabul anak orang. kenapa la macam tu pulak jadinyekan?

according to the stories circulated dalam internet, Sufiah jadi macam tu sebab tak tahan ayah die punye sikap abusive. mase die lari dulu, die cakap die tak tahan ngan mental and physical abuse yang die terima dari ayah die and since ayah dia dah masuk jail pasal case abuse jadi rasenye mmg ayah dia ni kaki abuse la kan? tapi aku tak nak cite pasal ayah die. aku nak cite pasal diri Sufiah tu.

pada aku dia jadi macam tu sebab nye satu jek. Sufiah jadi macam tu sebab die di suapkan segala benda dalam dunia realiti ni terlalu cepat. maksud nya perkembangan dia tak setara dengan apa yang patut die terime dalam umur dia mase tu sampai sekarang. bayangkanlah baru 13 tahun dah kene masuk Oxford sedangkan budak pompuan umur 13 tahun patutnya tengah kuat main2 ngan anak patung lagi. 13 tahun tu budak barula nak baligh tapi die dah kene antar kat Oxford belaja ngan orang2 yang umur probably around 18 and above. yes, memangla die genius tapi tu bukan tiket untuk die bole cope ngan situasi brutal dunia orang dewasa. sedangkan ader setengah orang yang dah abeh sekolah bile masuk U or kolej pun bole ilang pedoman, what do we expect from a 13 years old sweet girl macam die? dia maybe genius tapi pernah dengar pasal pengalaman tak? ader ke orang yang baru 13 tahun tapi di gelar genius pengalaman? pengalaman ni something yang kite kene lalu, belajar and guna di masa depan dalam nak corakkan masa depan yang lurus. kalo takde pengalaman tapi dah berani nak bergerak melapaui batas pengalaman tu sendiri, mmgla ilang pedoman jawapannya.

jadi dalam kes Sufiah, aku rase die jadi macam tu sebab kite letak dia kat luar kawasan penglaman tu. jadi dari budak yang genius die langsung tak tau nak guna akal fikiran dia. pernah dengar culture shock? probably dia culture shockla tu. cube pikir, kenape tetibe dia lari and blame ayah die sebab abuse dia sedangkan mase dulu time duduk ngan ayah die, dia tak lari. maybe sebab dia takut? tapi maybe gak dia realize mase tu yang dia rupanya ada kebabasan dan boleh lari dari ayah dia so dia lari. tapi kenapa dia lari jauh sampai jadi hotel waitress? mase kat Oxford pun dia bebas sebab bukan ayah dia jumpe dia hari2 pun kan?so kenape lari? yang aku tau even sampai sekarang pon bile dah jadik hooker dier tetap tau dia pandai and nak belajar lagi jadi maksudnya dia lari dulu bukan sebab dah malas belajar.

mungkin dia lari sebab dia bengang and tak tahan sebab ayah die abuse dia walaupun bukan secara direct ( dalam phone or surat or etc) tapi mungkin jugak dia lari seban die tak tau nak buat ape mase tu.maksudnya akal fikiran dia tak dapat berfungsi so dia without proper guidance and experience amek keputusan untuk lari. so bile lari dia mesti punya alasan kukuh sebab ape dia lari. mana boleh lari tanpa alasan. lainlah Sufiah tu Forrest Gump. jadi alasan paling senang is blame the father sebab dari kecik mmg ayah dia dah mmg jadi satu entiti yang besar dalam idup die sbelum die pg ke Oxford?

jadi bagi aku ape yang jadi kat die tu semua berpunca dari sikap orang kite yang terlalu mengejarkan dunia ni. die mmg genius tapi ape pun otak genius boleh buat kalo takde pengalaman yang cukup untuk dia buat pedoman or tunjuk arah hidup. hidup ni macam mana pun ader peringkat dia.itu nature and kite tak boleh nak melawan nature sangat. sebab tu sekolah pun ader peringkat.dari tadika kita pergi sekolah rendah , then move to sekolah menengah then kalo pandai pg university dan seterusnya. kita takleh sangat nak lompat2 ni sebab semua tu bole buat pembesaran kita mengikut unsur nature tu terganggu. sebab tu macam mana pun pandainya kite orang2 tua selalu cakap aku makan garam dulu dari kau so aku lagi pandai dari kau. kau mungkin pandai belajar tapi ilmu hidup ni bukan bole belajar dengan buku or cikgu.ilmu hidup kita kene belajar dengan hidup tu sendiri.

aku ingat cerita pasal Good will Hunting.dia pun genius tapi cara pembesaran dia kasar. jadi bile orang tahu dia genius dia susah nak adapt ngan sume tu sebab takde pengalaman jadi macam tu. jadi dengan bantuan cikgu psychology dia (robin williams) yang punya cara pendekatan yang lain dari ckgu lain, dia berjaya. cikgu dia guna pendekatan melalui pengalaman dia yang pernah gagal. see? pengalaman tu kan penting and through pengalaman lah manusia tu baru boleh di bentuk.
same la dengan kes Sufiah.dia takde penglaman dan takder pembimbing yang bole bentuk dia jadi ape yang patut dia jadi. dah lah ayah dia hancur macam tu so probably kat Oxford pun takde sape2 yang mampu bentuk dia except from the aspect of her education jek. dia kawen pon dalam umur 19 ke 21 tahun.kan muda sangat lagi tu.kat situ pun kita tahu dia lompat lagi peringkat hidup dia. orang barat mana biase kawin muda2 macam tu. selalunya umur macam tu kita baru kenal cinta pertama and walaupun ramai yang end up kawin cinta pertama ader gak yang jatuh sebab cinta pertama tapi dengan pengalaman cinta pertama tu dia bangkit balik and gunakan pengalaman tu. maybe sufiah tergolong dalam golongan orang yang jatuh kat cinta pertama tapi sebab pengalaman hidup tu lemah dia langsung lost track hidup dia and jadi hooker.

itu aper yang aku percaya. macamana pun tak terlambat untuk kita bimbing dia balik.insyaallah.

Rabu, 3 hb April 08

lately banyak gak aku dapat job offer dari private sectors. smalam HSBC Putrajaya call panggil interview. aper ntah jawatan die tapi rasenye kalo dapat gaji probably 2k and above kot. ari tu Indah Water and Kolej Risda called tapi aku dah rejekla. kalo ikut gaji mmgla aku dah patut pergi jek HSbc tapi aku suke la keje kat Restu Foundation nie.mama pun suke so berkat tu tinggila sket. bak kate duit tu bole cari tapi berkat mak ayah tu kadang2 susah nak dapat. walaupun aku tau parents aku takkan larang aku keje ape tapi aku nampakla sangat dieorg suke sangat aku kerje kat sini. lagipon so far orang2 kat sini okay ngan aku.makan pon free jadi makin gomokla aku. hahaha takkan ader budak libur yang mampu rampas takhta Persatuan Pemuda Boroi Cover aku.

dah dua ari Putri demam.teruk btol die demam plak. risau gak kalo denggi ke ape ke. nak pergi sane (pantai dalam) jauh so tengokla 2 3 hari nanti. kalo teruk sangat aku redah jek kot. selambe. hehehehe walaupun life ni patut penuh dengan doubtful and knowing me as a person that has fully embraced that sort of fact tapi kadang2 annoying gak. banyak sangat doubt sampai ilang terus ke 'spontaneous' an aku. what the heck! takpela ape2 pon aku musti kene stick ngan plan aku. experience is gold bebeh! lagi pun jalan tu kan panjang lagi.

Putri Adania, get well soon k!

Malaysian Politics have truly change since the 12th election fiasco ended. sampaila ari ni BN or to be exact Umno dah macam mak kucing ilang anak. tak abih2 mengiau (Menyalak kot?). dari satu ke satu hari tak abeh2 berita hangat pasal org suruh Pak Lah berundur tapi it seems like that ol bugger wont step down. pikir logikla, mane ader senang2 org kat atas sane nak lepas power senag2 macam tu jek. kalo die betul2 jujur mmgla dah lame die turun tapi ni tak mau turun sebab banyak kaut harta rakyatla ni. die takut turun sebab;

1) Takut terbongkar rahsia2 jahat die
2) Takut ilang kontrak
3) krono tak bagi sebab takut ilang kontrak
4) tak puas ati lagi tak dapat kaut lagi banyak duit
5) isikan tempat kosong _________

orang gila politik memang jijik

Tuesday, April 01, 2008

things i want to do when I have a car

1) go to various Jazz Club in K.L ( and buy a collection of Jazz CDs)
2) Hang out with friends at Istana Budaya- laman budaya
3) go to arts function/party/gathering
4) Go fetch Singkong and merambu carik buku/novel/rare magazines.
5) Balik Johor without hasitation
6) Enjoy theatre kat I.B/ KL Pac/Actor's studio
7) visit all the arts muzium around K.L


Ya Allah, tunaikanlah impian aku ini:)

kereta dan angan

aku sayang life aku dan buat masa sekarang life aku bole dikatakan agak menarikla. tapi bile nak cakap life mesti la kite akan banyak fokus kat segala yang agak tak best atau tak sempurna kan.macam aku ni, kebelakangan ni aku rasa nak sangat ada kereta.

life aku banyak habis kat tepat kerja dan rumah.maksudnya pergi kerja, balik kerja, tido, pergi kerja..blalallala...kadang2 boring gakla sebab rasa life aku ni makin kurang plak gembirenye. jadi aku nak sangat ada kereta sebab aku nak buat banyak benda dan pergi banyak tempat. sekarang naik motor so disebabkan motor plak takde lesen maknenye takla bole merayap.aku bukan mat rempitpon. kalau nak kuarpun kene mengharapkan orang.selalu NIk la ajak tapi Nik selalunya suka lepak ngan member bank die or member pompuan Masquerade. maknenye takla aku nak terlibat sangat. tapi takpelar sebab die ade kete and suke ati dia la nak pegi mana pun.

aku nak ader keter bukan sebab nak enjoy sangat pun tapi sebab nak buat benda yang aku suke. kire macam enjoy gakla tapi still, ape salahnya pun selagi tak ilang pedoman. bukan g clubbingpon (unless pg Jazz club tu kire macam clubbingla). aku nak gak lepak2 ngan member UIA ujung minggu dan paling penting nak lari dari routine kerjela. huh! selamat aku tengah suke kerje aku. kalo tak kakula gue.

motor aku ader utang dua tahun lagi and since aku takkan pakai kete selagi motor tak abeh bayar nampaknye lamer lagila nak rase tu semua. takpela, probably mase lagi dua tahun aku dah lagi stable and kawan2 pun dah stable so lagila seronok nak lepak. lagipun memang aku dah janji ngan diri dua tiga tahun pertama ni cume nak belajar jek. nak struggle susah2 so bile lepas tu harapnye foundation tu dah kukuhla. kate nak amek masters lagikan.

jadinye nak pakai kereta tu tetaplah angan2. at least buat mase ni kan. lagi tiga tahun Insyaallah lah jadi lagi baik.aku mmg optimistik so takla risau. rezeki tu ader kat mana2.

English...it really is not that hard

today is quite fun. this morning I had the privilege to accompany a group of 'sedara baru' from Cambodia, Philipines, Japan and Vietnam to our very own Gallery Al-Qur'an Mushaf Malaysia and to the conceptual and designing department. I had the opportunity to brief them about the things that we do here and most of them were so friendly...and pretty too.hehehehe..

it was the first time I had to assist a group of foreigners here and God knows how scared i was back then. I didnt know what to say and somehow i felt like I have never learn English before. I started pretty good actually but after a while it became kelam kabut sket. cakap tak tentu arah but thank God I managed to regain my self balance and got comfortable with it again. I even managed to tell them a story behind the history of Mushaf Aceh and Tsunami, which I really love to talk about.

my translation work is getting heavier each day and apart from 'pening-pening lalat' I really enjoyed my work here. Alhamdulillah, our website that involved so many nightmares, bloodshed and working hours finally come to its end. we got to see the sneak preview ourselves and see the outcome of it and because i am directly involved in the making of the website, I feel so damn proud of it. hehehe silela lawat blog kami and see my writing in it!!! www.restu-art.com

reading blogs is the new craze of mine. i've been reading various of blogs lately and even managed to find my most favorite blog which is Kata tak nak.blogspot.com.

i am becoming concern with the level of my english. sometimes, I really think that I really need to improve it to the next level. certain times, I found it difficult to write or to find the better words or phrases for my writing. on the other hand, I'm starting to get better with my German language learning process...Ya Allah, tingkatlah penguasaan aku kat dalam dua2 bahasa ni.

Putri Adania...hehehehe. will talk about her next time...and Miza as well.