Monday, March 30, 2009

Pondering me

The world is a playground. We know that when we were little kids but somehow someway everyone forgets it.


maybe it's time to remember it back.

Sunday, March 29, 2009

dalam tido pon bole cramp kaki???

Hujung minggu yang sangat produktif nampaknye.Syabassss!!!!(gaya Kamal Hassan)

Bermula dengan sessi jamming impromptu yang berjaya menghasilkan lagu Yuna (sila lihat di Facebook), dengan jayanya berjaya bermain bass dengan bergaya walaupun itulah pertama kali aku main bass.jadi sekarang aku nak fokus kat bass pulak walaupun permainan gitar dah agak meningkat.hahaha.

tido pukul 5.30 pagi dengan Sarip yang tertido sambil memegang gitar setelah dipaksa merakam video aku main lagu Linger.hahaha..

then bangun hari sabtu bawak chief pergi The Curve sebab die nak beli kasut Converse tapi end up beli kasut Nike putih yang agak *chic* dan aku yang tak plan langsung nak shopping end up beli blazer kat Padini dengan satu baju ala-cowboy kat Seed.langsung hilang Rm 200 termasuk beli stokin yang terpakse beli sebab kaki melecet.itulah yeaa kawan-kawan, jangan pakai kasut tanpa stokin walopun nampak cool pada mula-mulanya.bongok betol aku!

ahmad helmi beli seluar dengan baju dan Tahniah kepada Sarip kerana berjaya mendapat hadiah harijadi daripada kami yang berupakan t-shirt Loudness. Dia dah 25 tahun!

Malam enjoy dinner alumni kat uia dengan member-member sambil celebrate earth hour konon-kononnya then lepak ngan Posh kat Old Town.lame gile tak jumpe die.hahaha..gile punye budak pompuan.

Balik umah sambung jamming session ngan bebudak sampai pukul 6 pagi.hahaha...

then tengah sedap-sedap tido tetibe aku terbangun sebab kaki cramp???agak meraung la time tuh tapi takleh buat ape-ape.niat hati nak kejut nik tapi die tengah tido dan disebabkan taknak dituduh mengigau aku berguling-guling jek sampai dengan selambe tido balik.

Pelik gile time tido pon kaki nak cramp. tak pernah jadikla plak sebelum ni. sebelom tido kite kene warm up ke? ke sebab minggu ni tak main futsal?kalo tak main badan marah ke?pelik gila ahhh.

owhhh tahniah kepada Nik kerana berjaya membeli satria Neo akhirnya.anda mmg *chic*ahaha...

sekian,salam hormat.

Sunday, March 22, 2009

Sirah Junjungan by Erma Fatima

Menyorot susur galur perjalanan Nabi besar junjungan Rasullullah S.A.W, Erma Fatima memang sangat hebat bermain dengan perasaan rindu umat-umat Islam di Malaysia.Untuk pertama kalinya dalam bertahun-tahun pergi menonton teater (melayu mahu Inggeris) aku dengan rasminya menangis kerana keberkesanan Erma Fatima dan pelakon2 arahannya bermainkan emosi aku yang juga rindukan Rasulullah S.A.W.

Walaupun lakonan dan koreografi tariannya(ya ini teater musikal lagi) taklah di tahap yang sangat dibanggakan tapi menarik jugak melihat ensamble yang dipilih menjayakan teater ni.secara individu tak sangat hebat tapi bila dah disatukan memang cukup menarik untuk dihayati. syabas kepada semua ya.

Pertama kali air mata bergenang apabila melihat scene Bilal di seksa Umaiyyah. teringat dulu kecik-kecik abah belikan ensaiklopedia tentang cerita-cerita sahabat Rasullullah. Aku yang tak mumaiyis masa tuh dah terasa betapa besarnya cinta Bilal kepada Allah dan Rasullullah. jadi bila melihat balik lakonan yang dilakonkan hati bertambah berkaca lahkan.langsung air mata menitis buat pertama kalinya dalam sejarah menonton teater. kemudian bila saja di akhir-akhir pementasan saat hampir wafatnya Rasullullah, lokanan yang berkesan dan tahap rindu yang membuak2 terhadap Rasullullah membuatkan air mata pun jatuh lagi dan lagi. bukan aku sorang yea.hampir kesemua mereka yang berada di atas menangis(bunyi esakan sangat jelas disana sini).

Sumpah rasa rindu yang ada masa tu bukan biasa-biasa saja.tak pernah aku rasa rindu sebegitu besar. hati yang kecil dan hina ni memang sangat-sangat malu kerana tak pandai-pandai lagi menghargai pengorbanan besar Nabi yang sangat menyanyangi umat nya. Secara keseluruhan, walaupun tak sebesar pementasan Puteri Gunung Ledang, tapi pada pendapat individu aku, impak yang masuk kehati nih tak terbanding rasanya.tahniah Erma Fatima kerana setelah sekian lama akhirnya ada juga manusia yang ingin menghidupkan teater Islam yang akhir sekali aku tengok ialah teater arahan Bapak Nordin Hassan yang berjudul Demi Zaitun itu. Harapnya lepas ni Uncle Dinsman pulak dapat buat teater Yusuf nya.

Di Istana Budaya segala kenangan manis bersama-sama rakan rapat menjayakan teater 12 angry men satu ketika dulu datang mencurah-curah dalam hati dan otak. bila lepak saja di luar Lambang Sari terasa seperti semua rakan-rakan ada di sebelah bergembira selepas tamatnya persembahan. teringat balik bila pertama kali aku menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur untuk melanjutkan pelajaran di UIA, aku berjanji pada diri sendiri yang satu hari nanti aku pasti berlakon di situ dan bila termakbul saja impian tersebut, aku yang masa tu seorang, memandang Istana Budaya dan tersenyum puas.

sekarang setelah bertahun berlalu, aku buat pertama kali menangis melihat Sirah Junjungan di junjung setiap umat Islam yang datang menonton karya Erma Fatima tersebut. Terima kasih team produksi Erma Fatima kerana membangkitkan rasa rindu sebenar kepada Rasullullah S.A.W kembali.

Tuesday, March 17, 2009

ahahaha

They say all the good guys in this world are either gay or married...

i wonder where exactly am I standing now.I am definitely not gay(hell no!I would rather die before I could ever think of being a gay) and I am also not married. so???

if I am not both I believe the closest that I can get to the real interpretation of that sentence is that I am either not a man at all or I am just a plain jerk among all the jerks in the world today.

am I a jerk?

well considering all the things that I have done to all the girls I know in my life I would say that there is a big huge chance that indeed I am a jerk:P

on the other hands, is it? apart from being rude,insensitive and too frank at times I don't think I have the right qualification to earn that title tho. I mean I have always treated women the way they are suppose to be treated, which is with full respect and honour. My mother taught me all that, about the importance to treat women like they are the only treasure left in this life and no matter how bad or how misbehave the girl is, Mom told me to treat them equally as well and try to look at their good qualities instead. according to her, tho it seems that the girl is wild, I should always try to understand her first and listen to her reason(s)...

listen...

Yep...now that I am old enough to use my brain, i learned that listening is the best way to communicate with girls..and that is what I actually do if I communicate with girls(except for my really closed friends)

but still right...since I don't belong to either group, I guess I am just a jerk...

what about those single ladies out there? what sub group do they belong to?

Bitches or Lesbians?

Lesbians...well that's hot (being a jerk)

Sunday, March 15, 2009

Saturday, March 14, 2009

....

Lihatla moto kat bawah tuh...cantik kan???

saya mahu beli nanti..wooohoooo!!!!!

Encik yang bernama moto


Ini moto idaman saya...

perancangan ingin menyambung pengajian ke tahap masters terganggu buat seketika kerana nafsu sedang rancak menoda saya dengan berkata "beli!beli""

perancangan untuk membeli kereta ditolak secara terus kerana saya pasti akan membeli en moto tersebut dengan harga tunai kerana selepas membayar harga diri beliau saya bolehlah terus menumpukan terhadap pembelian kereta pula tanpa perlu menunggu dua tahun melangsaikan hutang.


ohhh nama beliau adalah Daelim Roadwin125....hai cik adik!sorang jek ke???weweeeeiiitttt

Friday, March 06, 2009

Hehehehe....

Pernah tak anda terfikir apakah reaksi orang utan kalau kita tumbok perot die dengan kuat2?

hasil perbincangan aku dengan Sarip malam semalam dengan menggunakan imaginasi masing2 dan sedikit tokoh tambah idea kreativiti masing2, terbukti kalau kita tumbok perot Orang Utan kuat2 hasilnya tentu sangat melucukan.

Tuesday, March 03, 2009

P.Ramlee dan Kegeniusannya

Tadi aku tengok Buletin Utama Tv3 yang melaporkan tentang isu huru hara di Negeri Perak. Mengikut laporan tersebut oleh kerana masalah-masalah yang terlalu huru hara termasuklah dihalang encik-encik Polis serta FRU kita dan kes injunksi yang dikeluarkan mahkamah terhadap speaker dewan undangan Perak yang menhalang beliau daripada terus mengeluarkan kenyataan terhadap Menteri Besar BN perak maka Speaker tersebut dengan beberapa ahli dewan undangan kawasan Negeri Perak tidak termasuk daripada wakil Barisan Nasional telah bersama-sama mengadakan mesyuarat di bawah sebatang POKOK (hihihi) dan sempat mengeluarkan 3 usul yang saya enggan ulaskan disini.

Sebagai Anak Jati Johor aku taklah pedulikkan sangat dengan hal ehwal negeri Perak Darul Ridzuan tu tapi atas sebab prihatin aku sebagai Anak Malaysia aku tengokkan jugak laporan tersebut. secara jujur aku taknak lah sentuh isu tersebut sebab itu isu orang-orang politik bodoh Malaysia.apapun jadi kat sana aku rasa orang-orang Perak tetap jugak hidup seperti biasa.pagi-pagi dieorang keluar jugak kerje sampai petang atau malam.anak-anak dieorang main jugak bola dan orang-orang Melayu tetap jugak bersahabat dengan orang-orang Cina dan India sambil minum kopi sambil ratah goreng pisang kat warung-warung atau kedai mamak. malah sebagai anak Malaysia, aku rasa rakyat Perak patut bersyukur kat Allah (bukan kerajaan yaa) sebab sekurang-kurangnya dieorang ada dua orang Menteri Besar sekarang berbanding aku orang Johor yang ada satu jek Menteri Besar. bila ade 2 menteri besar dan dalam situasi sekarang tentu dua-duanya sangat sibuk nak menjilat bontot rakyat dengan memberi segala gula-gula demi mendapat konon-kononnya sokongan tak berbelah bahagi rakyat.

itu cerita lain lah.yang aku nak sentuh ciput jek.cuma kes bersidang bawah pokok tu jek. aku tak taulah samada rakyat Malaysia ni perasan atau tak yang situasi kes sekarang ni lebeh kurang sama jek dengan kes yang terjadi dalam filem P.Ramlee yang bertajuk Laksamana Do Re Mi. Ingat tak bile Do re mi naik atas tikar terbang mereka dan mendarat di Negeri yang bernama Pasir Berdengung? kan dieorang berjumpe dengan pembesar atau ketua sah kerajaan Negeri tersebut sedang bersidang dengan rileknye di bawah sepohon pokok. (ring any bells???)

mengikut ketua Negeri Pasir Berdengung, pemerintahan beliau telah di rampas oleh seorang ahli politik yang bernama Menteri Pasola dan lepas tu Do Re Mi pun blablablablablabla.....yadayadayada....

Hebat tak P.Ramlee?Nostradamus pun tak hebat macam beliau kan?

Sunday, March 01, 2009

adam dan hawa

bila Allah S.W.T meletakkan adam dan hawa di bumi dan menjadikan mereka khalifah planet kecil yang tercipta di letakan ketiga dari matahari, adam dan hawa dipisahkan dan di turunkan di tempat yang jauh antara mereka. mereka dipisahkan antara benua yang terlalu asing namun atas nama cinta agung antara dua hati, mereka dipertemukan semula akhirnya.

untuk pertama kalinya dunia mengenal apa itu cinta.

Adam yang hilang cinta ketika pertama kalinya dia mencium bau tanah

atas nama cinta

dengan izin Allah tuhan kepada khalifah dunia

bertemu hawa...

dan dari situ....

terjadilah kita.

kita yang menyambung cerita cinta mereka.