Sunday, March 29, 2009

dalam tido pon bole cramp kaki???

Hujung minggu yang sangat produktif nampaknye.Syabassss!!!!(gaya Kamal Hassan)

Bermula dengan sessi jamming impromptu yang berjaya menghasilkan lagu Yuna (sila lihat di Facebook), dengan jayanya berjaya bermain bass dengan bergaya walaupun itulah pertama kali aku main bass.jadi sekarang aku nak fokus kat bass pulak walaupun permainan gitar dah agak meningkat.hahaha.

tido pukul 5.30 pagi dengan Sarip yang tertido sambil memegang gitar setelah dipaksa merakam video aku main lagu Linger.hahaha..

then bangun hari sabtu bawak chief pergi The Curve sebab die nak beli kasut Converse tapi end up beli kasut Nike putih yang agak *chic* dan aku yang tak plan langsung nak shopping end up beli blazer kat Padini dengan satu baju ala-cowboy kat Seed.langsung hilang Rm 200 termasuk beli stokin yang terpakse beli sebab kaki melecet.itulah yeaa kawan-kawan, jangan pakai kasut tanpa stokin walopun nampak cool pada mula-mulanya.bongok betol aku!

ahmad helmi beli seluar dengan baju dan Tahniah kepada Sarip kerana berjaya mendapat hadiah harijadi daripada kami yang berupakan t-shirt Loudness. Dia dah 25 tahun!

Malam enjoy dinner alumni kat uia dengan member-member sambil celebrate earth hour konon-kononnya then lepak ngan Posh kat Old Town.lame gile tak jumpe die.hahaha..gile punye budak pompuan.

Balik umah sambung jamming session ngan bebudak sampai pukul 6 pagi.hahaha...

then tengah sedap-sedap tido tetibe aku terbangun sebab kaki cramp???agak meraung la time tuh tapi takleh buat ape-ape.niat hati nak kejut nik tapi die tengah tido dan disebabkan taknak dituduh mengigau aku berguling-guling jek sampai dengan selambe tido balik.

Pelik gile time tido pon kaki nak cramp. tak pernah jadikla plak sebelum ni. sebelom tido kite kene warm up ke? ke sebab minggu ni tak main futsal?kalo tak main badan marah ke?pelik gila ahhh.

owhhh tahniah kepada Nik kerana berjaya membeli satria Neo akhirnya.anda mmg *chic*ahaha...

sekian,salam hormat.

1 comment:

z@yi3Ld said...

kurang 'air' tu..kt mana menghilang ?...hahaha