Thursday, May 28, 2009

tentang makan dan masakan.

Pukul 2.09 pagi.

walau saya harus bekerja dalam 7 jam lagi tetapi atas niat mahu menonton Final champions league yang menjodohkan diantara pasukan dokongan saya yang bernama Manchester United bersama Barcelona saya gagahkan juga mata.

situasi sekarang saya sedang menghisap rokok lagi.*hembus*

kebelakangan ini saya mengalami kesukaran memilih makanan yang diidamkan. Nak masak malas dan nak keluar pergi makan pun malas sebab perut dan otak tidak sehaluan.walaupun saya tetap makan juga tetapi perasaan makannya amatlah kurang. benci betul perasaan tersebut. akibat dari ketidakpuasan makan saya agak kerap bermimpi sekarang.tapi sudah lupa mimpi mengenai apa.

bila ini terjadi saya berfikir dulu masa duduk dengan ibu bapa memang tak pernah mengalami perasaan ini. dulu, apa pun yang mama masak semuanya memenuhi citarasa perut. saya jarang amat kompelin mengenai masakan mama sebab tak ada apa yang perlu dikompelinkan. memang hebat walaupun dari sudut kecil ianya agat trivial sebenarnya.

saya rindu soto, sotong masak hitam, mee kari, lontong,asam pedas ayam, popiah dan nasi ayam mama saya. masak singgang yang terlalu mudah itupun saya rindukan juga terutamanya melibatkan ikan selar kuning comel goreng rangup bersama sambal kicap.

saya mahu pulang~ dan makan masakan mama.

Sunday, May 24, 2009

tentang cinta dan romantiknya dia

Okeh,

Masa belajar sastera Inggeris dulu-dulu, ada satu zaman yang di panggil zaman Romanticism.Masa awal-awal tahu terma Romanticism saya ingatkan puisi-puisi atau cerita-cerita pendek yang ditulis mengenai semua itu mesti berkenaan dengan cinta. dulu saya terpengaruh dengan cerita agung Romeo and Juliet. Sebelum belajar tuh saya memang yakinlah Romeo and Juliet memang hebat cinta mereka tapi lepas jek tahu cerita tu berakhir dengan tragedi, mulut saya ternganga tak percaya. saya cakap "ape romantiknya cerita kalau dua-dua mati?"

2 minggu lepas mulut ternganga baru saya tau apa itu romantik sebenarnya. kerana cinta Romeo dan Juliet sanggup mati dan bawa cinta mereka ke alam barzakh. mulut saya makin luas terbuka lantas saya yakin dan tunjukkan isyarat bagus! saya jadi lebih fanatik dengan perkataan Romantik!

Lepas tu saya juga belajar mengenai William Blake, Wordsworth, Coleridge dan lain-lain tentang Romanticism. saya belajar apa itu Romanticism?secara kasarnya romanticism ini adalah zaman dimana science dan rasional zaman enlightenment@revolusi ditolak dan pemikiran secara estetik melalui emosi tentang alam di agungkan. Saya sangat suka dengan puisi Blake "tiger,tiger burning bright" tuh.hehehe. saya belajar mendalami perasaan secara romantik dan membuang science dan situasi semasa keluar dari emosi saya. saya mendalami kehidupan dari sudut permikiran tersebut.

disebabkan masa itu juga saya sedang hangat bercinta, permikiran tentang Romantik memang jadi agenda jugalah. alam saya teroka dan hargai seperti langit petang, alam angkasa dan segala yang berkenaan tentang keindahan dunia saya sayangkan. lama-lama permikiran tersebut jadi filosofi saya sampaila sekarang.

Bila ia sudah jadi filosofi, saya mempunyai sifat tidak memperdulikan segala kesusahan dan kepayahan hidup. saya yakin hidup memang begitu.kalau sudah begitu, kenapa saya perlu risaukan lagi? kenapa perlu putus asa?saya yakin dengan Romantiknya hidup ini. saya yakin tidak kira berapa hitamnya sejarah hidup kita, cantik itu seharusnya lebih terserlah asalkan kita percaya dan kejarkan dia.

Saya faham ada orang takkan percaya dengan cinta pandang pertama, soulmate atau segala istilah-istilah cinta yang corny itu. secara jujur saya tak pedulikpun dengan mereka. Bagi saya, walau benar sekalipun semua itu tidak wujud apa salahnya kalau kita percaya jugak?kalau kita tak dapat bertegur sapa dengan istilah tersebut kenapa tidak kita berharap ada orang lain yang dapat mengalaminya kan?bukankah cinta itu seharusnya agung?walau perang tak berhenti-henti dan orang jahat ada dimana-mana, apa salahnya kalau kita percaya yang dunia dan hidup ini indah belaka?Orang boleh kata kita tidak realistik atau hidup secara in denial tapi kalau itulah yang kita percaya apa salahnya?asalkan kita senyum itu sudah cukup romantik bukan?

Wednesday, May 20, 2009

Hadiah tak terjangka

tiada dapat kuungkapkan
hanya terima kasih di atas warna krayon
untuk kuwarnakan kehidupan yang tercantik
buat mu kerana warna itu juga
telah mewarnakan kehidupan ku
di atas kanvas perjalanan ini
hitam putih itu adalah latar kehidupan
lalu ku warnakan jingga ria
agar kau sentiasa ceria
kucalitkan biru damai
mengiringi setiap langkah mu
dan kulukis ungu persona jiwa
dibalik ayat-ayat puitis
agar dapat kau rasa seribu penghargaan
dari sekalis pandangan mata hitam ini....


Buat Syahidah an-Nur,

Terima kasih atas puisi indah kamu.

Thursday, May 14, 2009

Definasi gadis manis yang seksi

Hai! post kali ni saya mahu ceritakan secara poin mengenai gadis manis yang saya anggap seksi dari sudut fisikal dan peribadi beliau. jadi silakan.

Definasi gadis manis seksi dari sudut pandangan seorang AzhariSirat adalah seperti berikut;

1) seorang gadis manis yang memakai baju kurung kain cotton dengan bunga-bunga kecil
2) seorang gadis yang memakai cermin mata trendy dan punya sepasang mata yang juga manis.
3) Gadis tinggi dari saya (ini mudah kerana saya seorang yang pendek. tahniah)
4) memakai tudung tapi masih punya rambut yang cantik mengikut potongan bersetail.
5) rambut pendek ala katie holmes atau punya curl yang asli dan mengerbang!
6) meminati dan mengkagumi keindahan alam dan segala yang cantik mengenainya.
7)sukakan seni (teater dan puisi terutamanya)
8) sukakan ketawa dan punya senyum cantik.
9)owh yea..manja!
10) keluar ke tempat dimana orang berebut pakai baju konon-konon trendi tapi beliau selambe pakai baju kurung atau jubah (baju kurung kain cotton adalah terbaik)
11) bersifat moden dan tradisional pada masa yang sama.
12) tahu apa yang beliau mahu dan tak malu untuk memulakan langkah pertama.
13) multi lingual.
14) super romantik terutamanya ketika berasmara@bermukah.ahaha~

yaaaa..itulah definasi gadis manis yang seksi dari sudut pandangan saya seorang AzhariSirat. saya tak pedulik samada pemakaian beliau nampak cleavage atau botot. itu terlalu mudah nak dapat. saya tak pedulik gadis itu super hot atas sebab baju yang dipakainya atau peha yang nampak.itu sedap sahaja tapi tak seksi!seksi adalah seperti apa yang terdapat dalam senarai diatas.HOH!!!!

Tuesday, May 05, 2009

Bujang la BEST!!!!!

Hai rakan-rakan!!!!


minggu lepas ramai rakan-rakan saya kawen!meriah-meriah majlis persandingan mereka. Ada yang siap bersanding untuk kali yang kedua pula. Pakaian mereka juga cantik-cantik belaka.

Bila bertandang ke majlis kawen, adalah mulut-mulut yang ringan bertanyakan soalan seperti

"kau bila lagi?"

saya tersenyum.

Apa ingat kahwin tu seronok sangatkah?tak kahwin awal tak boleh bahagia?orang yang kahwin ni cool sangat ke???

Saya sanggah setinggi-tinggi sanggahan terhadap segala persoalan yang melibatkan kehidupan bujang!

Hidup bujanglah paling baik dalam dunia. tak ada yang lebih seronok daripada hidup bujang.contohnya:

1) hari ni bangun pagi terus mandi walaupun badan sakit-sakit malam semalamnya lapan jam duduk dalam kereta.

2) habis mandi teringat baju belum gosok. terus ambik baju khamis lepas yang tergantung dan pakai laju-laju

3) keluar bilik tengok atas meje takde kopi mahupun sarapan pagi!terus pergi dapur bukak peti ais dan tonggang air sejuk kosong.

4) ambik separuh hari kerja sebab badan tak mampu tahan sakit-sakit. Balik rumah sunyi sepi.badan sakit terus tanpa bukak baju kerja dan rebah.

5) Bangun tido petang badan tetap sakit sebab masih tidak terpicit. keluar bilik takde minuman petang rupanya. keluar mamak bersama rakan minum petang.kawan belanje!

6) Malam sambung buat kerje freelance translasi. Telinga tak dapat tangkap sebarang bunyi masak-masak di dapur.

7) berhenti buat kerje pukul 1.30 pagi.tak perasan masa dah pergi dengan cepat sebab tak ada orang yang bagi tau.

8) perut berbunyi sebab tak makan malam lagi. pergi dapur tak ada lauk pauk. bukak rice cooker pun tak ada nasik yang siap tertanak.

9) bukak peti ais ambik air botol sejuk togak banyak-banyak. sejuknya perut.

10) masuk bilik bilik bukak baju rebahkan diri atas katil.peluk diri sendiri sebab sejuk.


Lihat!!!lihat semua!!!hidup bujangla seronok!cool pulak tuh!wow!





bestnye ade bini~fiufiufiu~