Thursday, November 12, 2009

ngorat 101

ini post yang memalukan. NGORAT.apa itu ngorat.ngorat adalah satu slang yang orang Johor berdarah jawa seperti saya gunakan.ianya sama maksud seperti wooing atau flirting atau orang Kl cakap tekel awek atau memikat hati si manis.

mase sekolah dolu-dolu saya telah berjaya mencipta satu teori menarik tentang cara terbaik untuk mengorat gadis sambil tidak perlu takut untuk dimalukan apabila di rejek.

caranya amat mudah ya. saya akan menyerang terlebih dulu secara rawak. gaya offensif ini amat kritikal kerana pihak gadis akan lebih mudah untuk hilang kawalan. saya akan memulakan dengan gaya gembira sambil buat2 lawak nakal.kemudian saya akan terus cakap secara terus yang saya sukakan gadis tersebut dan disambung dengan gelak tawa yang meriah!

selepas itu saya akan tunggu reaksi beliau.kalau beliau ade reaksi positif tapi macam2 tak percaya baru saya akan buka langkah seterusnya dengan tambahan ketawa tapi ade nada serius sket.kalau makin positif saya akan tukar topik dan seminggu lepas kejadian itu lepas saya bermesyuarah dengan lebih dalam tentang possibility saya untuk tekel die tinggi baru saya akan bersifat serius dan bagitau yang saya tak memain. ini penting kerana tempoh seminggu adalah untuk saya bersiap siaga dan untuk si gadis tidak senang duduk memikirkan gurauan tersebut.jadi lepas seminggu baru die dapat surprise dan jawapan yang sebenarnya.by that time die mungkin dah terlalu celaru sehingga menerima saja.wuhoooo!

tujuan saya ketawa dan bermain2 seperti tidak series juga penting.itu adalah defense mechanism terhadap sebarang bentuk rejection.haha.kita bole tahu kalo perempuan tu tak suke jadi kalau beliau bagi such reaction kat kita maka kita bole batalkan niat untuk langkah seterusnya.jadi tidaklah malu apabila di rijek.

sepanjang pengalaman saya dolu2 taknik ini amat berkesan. kawan2 pon ade gunakan dan berjaya seperti saya.tapi itu dululah.

bila dah meningkat dewasa begini saya dapati teknik ini agak susah untuk berkesan kerana target sudah lebih moden dan lebih cerdik tentang perasaan.jadi sekarang saya sedang berusaha untuk cuba formulate teori baru untuk meningkatkan kemahiran ngoratan saya.

sekian.

1 comment:

Wan Meiji said...

tubuh sasa maybe salah satu faktor perlu dimasukkan dalam teori baru anda nanti~