Wednesday, April 11, 2012

Kuning

perasaan Zambri Abu terus bercelaru dengan pelbagai andaian. persoalan demi persoalan timbul persis mahu meletupkan sebiji bom nuklear yang tergantung diantara leher seorang yahudi yang terkenal dengan kebaikan duniawinya ataupon seorang Islam yang bergaya melakukan segala kejahatan duniawi yang dapat terfikirkan oleh seorang manusia.

"bagaimana wajahnya?"
"gemukkah?kuruskah?
Bergaya kah? kampung kah?
"sedapkah?kepingkah?

"ahhhh Persetankan!sudah 2 jam aku mengelamun tanpa seurat benang memikirkan tentang dia. masa sudah tiba.tadah sudah mukanya".




lantas Zambri mencapai baju kemeja kuning berlabel "GUCCI" yang dibelinya semalam di pasar malam seksyen 9 Shah Alam. cantik dan bergaya.kata taukeh cina kedai semalam bajunya itu original.

Kepala Bapak beliau original.


selelsai memasangkan setiap butang kemejanya, dicapai pula seluar jeans lusuh "Levi's" yang siap diseterika semalam sementara dia sibuk menonton cerekarama di TV3. Rosyam Noor memang berbakat!


diambil kunci EX5 kesayangan beliau lalu berderum Zambri Abu menongkah alam menuju ke stesyen LRT terdekat sebelum dia bergerak ke pudu raya.


dalam LRT Zambri teringat kembali perbualan didalam FACEBOOK diantara dia dengan Zety Keshia.

"bila mahu jumpa? Zambri menaip pantas.

5 minit....

25 minit......

45 minit......

Zety Keshia memberi balasan

"esok?kita jumpa di PUDU pukul 12.45"

2 saat....

"yayyy!tapi kita tak pernah jumpa.macamana nak kenal?profile picture awakpon guna gambar Angelina Jolie.takkan muka awak macam Angelina Jolie??" pantas balasan Zambri.

satu jam setengah

"awk tu pakai gambar transformer lagi teruk.muka awk macam lori ke?"

"saya pakai baju merah skirt pendek biru.saye tunggu dekat kedai jual jambu sebelah tangga menghala ke KFC seberang jalan"

1.5 saat.

"Okay.saya pakai baju kemeja kuning seluar jeans.rambut saya cacak2 tau" balas Zambri Abu.

..........


tanpa sedar LRT sudah mahu sampai ke stesyen Pasar Seni. Zambri tahu dia harus menapak ke PUDU dulu. tak sabar dia mahu berjumpa dengan Zety Keshia. Zambri Abu sedar sudah setahun 4 bulan dia tidak bercinta mahupun berjumpa secara serius dengan mana-mana gadis. luka ditinggalkan Zamariah Hassan masih tebal. tapi untuk Zety Keshia, Zambri Abu tolak lukanya jauh2. Zety Keshia seorang yang istimewa pujuk hatinya. dari perbualan sahaja Zambri sudah jatuh cinta.

Pintu LRT terbuka dan pantas Zambri Abu keluar.tidak sabar mahu menghala ke PUDU.


"nak kemana?" secara tiba-tiba Zambri Abu ditegur seorang POLIS.

"PUDU" balas Zambri Abu pendek.

"kepala kau.sini ikut aku masuk trak" marah abang POLIS.

"apesal pulak?ape salah saya ni Bang?"

"salah?kau jangan mengade2 nak join BERSIH!!! dah jangan melawan!!!"

Zambri Abu ditolak keras lalu digari tangannya sebelom dilontarkan kedalam Black Maria. Zambri Abu pantas mencarut diatas kecelakaan diri sendiri kerana terlupa hari tersebut adalah hari yang sama himpunan BERSIH diadakan. dia terus menyumpah diri sendiri kerana memakai baju kuning BERSIH.


BODOOOHHHHHH!