Sunday, November 22, 2009

Projek Seni kecil 2: akar kau akar apa?

Kau tak mengaku Melayu.

Orang Cina tak terima kau.

Orang India tak nak ada kena mengena dengan kau.


Tapi kau tetap mengaku kau lagi bagus.


Kau ni apa pulak sebenarnya?

Wednesday, November 18, 2009

Projek Seni kecil : Short Conversation 1

Sepasang kasih menuju ke panggung wayang.


Lelaki: Hari ni saye korek hidung.

Perempuan: Pinggan meggi saye pecah.


masuk ke panggung no lima.

Tuesday, November 17, 2009

500 days and searching

I hate watching Hollywood's romantic movie.

kalau dah start pembukaan post dengan penggunaan English tu maksudnye aku series.

kalau dah ber aku kau dalam post tu maksudnye aku series jugak.

..........

right now.at this very freaking moment I must admit that depression is again my best friend.

Finally had the chance to watch 500 days of summer just now. awal2 lagi dah tau bakal hati kacau sebab tiap kali tengok movie macam ni pon hati tetap kacau jugakkan.tapi like always, hati gatal gak nak tengok. jadi hameklah kau.

kenape aku benci??

sebab lepas tengok mesti ade macam2 mende aku pikir dan selalunye mesti mende yang akan contradicting dengan realiti dan aku tak suke realiti. aku suke mende yang jadik kat aku ade unsur2 mende yang ade dalam segale movie Hollywood tuh. Aku mau mende yang bermakna dan bole di relatekan dengan kemahuan asas manusia. kemahuan manusia ape yang aku maksudkan? kemahuan yang semua manusia nak dalam hidup dan yang kita selalu bayangkan nak dapat terutamanya masa kite budak2 tapi bile dah besar tak dapat sebab reality prevails. tapi aku tanak realiti menang.aku nak dapat ape yang aku masa budak nak. aku percaye aku bole dapat.

tp selagi tak dapat selagi tulah kene tengok movie2 macam ni dan selagi tulah hati jadi depress tiap kali lepas tengok movie tuh.

now u know why I dont go to cinema alone.

Thursday, November 12, 2009

ngorat 101

ini post yang memalukan. NGORAT.apa itu ngorat.ngorat adalah satu slang yang orang Johor berdarah jawa seperti saya gunakan.ianya sama maksud seperti wooing atau flirting atau orang Kl cakap tekel awek atau memikat hati si manis.

mase sekolah dolu-dolu saya telah berjaya mencipta satu teori menarik tentang cara terbaik untuk mengorat gadis sambil tidak perlu takut untuk dimalukan apabila di rejek.

caranya amat mudah ya. saya akan menyerang terlebih dulu secara rawak. gaya offensif ini amat kritikal kerana pihak gadis akan lebih mudah untuk hilang kawalan. saya akan memulakan dengan gaya gembira sambil buat2 lawak nakal.kemudian saya akan terus cakap secara terus yang saya sukakan gadis tersebut dan disambung dengan gelak tawa yang meriah!

selepas itu saya akan tunggu reaksi beliau.kalau beliau ade reaksi positif tapi macam2 tak percaya baru saya akan buka langkah seterusnya dengan tambahan ketawa tapi ade nada serius sket.kalau makin positif saya akan tukar topik dan seminggu lepas kejadian itu lepas saya bermesyuarah dengan lebih dalam tentang possibility saya untuk tekel die tinggi baru saya akan bersifat serius dan bagitau yang saya tak memain. ini penting kerana tempoh seminggu adalah untuk saya bersiap siaga dan untuk si gadis tidak senang duduk memikirkan gurauan tersebut.jadi lepas seminggu baru die dapat surprise dan jawapan yang sebenarnya.by that time die mungkin dah terlalu celaru sehingga menerima saja.wuhoooo!

tujuan saya ketawa dan bermain2 seperti tidak series juga penting.itu adalah defense mechanism terhadap sebarang bentuk rejection.haha.kita bole tahu kalo perempuan tu tak suke jadi kalau beliau bagi such reaction kat kita maka kita bole batalkan niat untuk langkah seterusnya.jadi tidaklah malu apabila di rijek.

sepanjang pengalaman saya dolu2 taknik ini amat berkesan. kawan2 pon ade gunakan dan berjaya seperti saya.tapi itu dululah.

bila dah meningkat dewasa begini saya dapati teknik ini agak susah untuk berkesan kerana target sudah lebih moden dan lebih cerdik tentang perasaan.jadi sekarang saya sedang berusaha untuk cuba formulate teori baru untuk meningkatkan kemahiran ngoratan saya.

sekian.