Thursday, June 03, 2010

orang nak die nak jugak.


ahmad messi jailani

Messi seorang pemain bola yang hebat.die pandai gelejek, pandai tendang, pandai buat skill dan walaupun die tak tinggi sangat tapi die pandai tanduk jugak.

Messi orang Argentina. jadi rasanya dia pandai berbahasa latin. lagipon die bermain bola petang-petang kat Sepanyol jadi tentu dia pandai cakap bahasa Sepanyol.

Messi orang kaya.dia banyak duit sebab gaji dia besar.lagipon dia pemain terbaik dunia sekarang. macam Dollah Salleh mase umur beliau 23 tahun dulu-dulu.

memandangkan lagi beberapa hari world Cup South Africa 2010 bakal berlangsung, semua cakap Messi ni mesti kena main betol2 macam Azman Adnan mase main kat A.S Monaco dulu.

memandangkan hari makin dekat, saye yang tak pernah naik kapal terbang pergi negara orang ni pon hanya bakal mampu tengok dari tb kat rumah jekla. plan asal nak tengok kat astro jek.Rumah saye Astro free sebab Joe Izuddin kerja kat sana.

sepiking of Astro, saya nak ucap terima kasih kerana berjaya menerbitkan sebuah atau beberapa iklan yang berhubung kait dengan world cup. walaubagaimanapon saya terpakse cakap iklan astro world cup yang ramai2 orang menari ala2 bermain bola adalah teramatlaah bodo sekali.tau tak?yang iklan ade penari2 tai chi tu.yaaaa amat bodo dan menjelekkan saya.tiap kali tengok rasa macam nak running amok.

sepiking of Astro dan Messi kali ni, saya nak cakap yang saya kesian kat Messi. saya rase ramai sangat yang terlalu meminta2 supaya dia jadi seorang immortal macam Abbas Saad dan menang world cup berseorang diri terus.kesian die.

selain tu saya juga kesian sebab dalam satu iklan Astro yang mereka datang rumah budak perempuan sb nak tengok tb tu, masa Messi berlakon dengan Frank Lampard, saya terlalu kesian sebab untuk menyebut dua huruf H dan D pon saya rasa Messi ni macam sudah sangat die nak sebut. saye rase die sedang terseksa jek masa nak sebut dua huruf tu.

yang lagi satu iklan astro yang die berlakon ngan Lampard jgk yang ade petir2 tu plak lagi haram saye tak tau ape mende die cakap. gile ahh Messi. die cakap dah macam orang dewasa kena tembak dengan pistol tranquilizer jek. sumpah tak dapat tangkap ape pon die cakap.

2 comments:

[ilie] said...

err.. hye.
messi ckp bahse dia la dlm iklan tu,
so thats how they pronounce the letters "H" and "D".
bukannye dia takreti sebut.
kan ada subtitle kat bwh tu, indicating dia guna foreign language.
lampard ckp english, so tade subs.
heheh.
sory komen poyo.
aku pun dpt astro free gak sbb keje ctu(org nak, dia pun nak gaakk!)
orait, jom tgk bola.

ep said...

hai Illie dalam kurungan.

haha maaf tak sedar ada subtitle.saya orang yang sgt tak observant.

but then again, how hard can it be to pronounce the letter H dan D kan?walopun gune foreign language.

tp sb ya die mmg cakap latin i guess kene fahamlah.

keje astro kenal izuddin tak?jejaka kacak keje bahagian edit2 video.kot?hahaha joe dapat promo free.