Friday, August 28, 2009

siput babi yang ironi.

siput babi adalah haiwan yang tidak diharamkan didalam golongan haram muhalazah. Siput babi adalah haiwan yang jalan (meleser secara) perlahan tapi dalam sejarah kura-kura adalah haiwan yang lebih di kenangi kerana kelembapannya.ini adalah kura-kura pernah membintangi filem "kura-kura dan arnab yang sombong".

siput babi adalah haiwan yang hidup dengan penuh ironi.

di sebahagian besar dunia ini terutamanya di negara eropah seperti Perancis, siput babi di masak dan dihidangkan di kebanyakan restoran-restoran mewah dan hotel bertaraf banyak bintang. ia dianggap sebagai hidangan eksotik lantas membuatkan harga beliau melambung beratus2 dollar mahupun ringgit Malaysia.mahalnye!

di sebahagian lain pula di dunia ini, siput babi adalah merupakan hidangan kepada orang yang miskin tahap melampau.ianya dikutip di dalam-dalam semak keliling rumah usang dan dimasak lalu di makan bersama-sama anak-anak yang ramai dan si suami yang mungkin cacat. makanan ini di hidangkan mungkin sehari sekali dan bila dihidangkan kemungkinan besar suasana mereka juga amat ekslusif memandangkan mereka mungkin makan sambil terangi lilin.sama seperti warga2 kaya yang makan di hotel-hotel mewah. cuma mungkin orang miskin tersebut makan tanpa pakai tuksedo.

jadi lihatlah ya. betapa siput babi ini adalah amat ironi. di satu kelas tinggi masyarakat, ianya dianggap eksotik dan sanggup pula dibelanjakan beratus ringgit untuk mendapatkannya. bagi mereka yang hidup di golongan kelas yang paling bawah sekali, siput babi bukanlah dianggap sebagai hidangan eksotik.ia di makan hanya kerana mahu mengalas perut dan meneruskan hidup di hari berikutnya.

masih ingat rancangan Bersamamu kan?

irony, no?

Tuesday, August 25, 2009

inspirasi

sejak kebelakangan ni inspirasi saya amat sombong.saya tak bole menulis ape-ape mahupun mengarang puisi seperti biasa. sudah banyak benda saya cuba tapi inspirasi tetap enggan mahu menoleh bertegur sapa. menyampah~

saya fikir jugak mungkin kesibukan saya dengan tulisan-tulisan kerja rumah yang diberikan cikgu membuatkan saya jadi mengong dalam dunia penulisan tapi bila difikirkan tentang masa-masa baringan dan liburan saya membuatkan saya insaf yang sebenarnya saya tidaklah sesibuk seperti apa yang saya war2kan.hmppphhh~

semalam sewaktu saya pulang dari kampung saya berjumpa dengan seorang bidadari. Masyaallah cantiknya dia. bibir yang penuh memang sangat perfek buat saya. saya terserempak semasa mahu manaiki bas pulang ke seri gombak.saya duduk berhadapan dengan beliau (seat yang sengaja saya pilih) sepanjang perjalanan saya berangan sambil pandang wajah beliau.untungnya kalau saya dijodohkan dengan beliau.bentuk wajah yang sebujur telur,alis mata yang sempurna dan bibir yang penuh dan merah ranum. pemerhatian saya saja sudah cukup buat pahala puasa saya turun ke tahap all time low. sumpah saya jatuh cinta pandang pertama.

kebetulan waktu berbuka puasa semakin hampir.dengan bekalan dua air tin yang saya simpan dalam beg galas saya selama 4 hari, terdetik untuk memberikan beliau satu dengan alasan cinta itu memang membuatkan manusia bodoh tapi oleh kerana sedar di kiri kanan saya juga muslim dan lebih berumur dari saya dan beliau saya anggap agak biadap juga kalau saya berikan beliau seorang sahaja air tersebut dengan alasan tak baik lengahkan waktu berbuka.

tapi nak dijadikan cerita, tuhan itu maha berkuasa. lagi satu hentian bas sebelum saya turun maka berbondong-bondonglah orang turun meninggalkan kami berduaan. idung saya terus kembang kuncup kerana saya sedar tuhan sudahpun memakbulkan doa saya. dengan perasaan penuh hipokrit saya terus kol azlemankamin di rumah untuk bertanyakan waktu berbuka pose dan seperti yang telah di plan azlemankamin memberikan respon positif dengan mengatakan waktu berbuka sudah rasmi dibuka.saya yang bercakap dengan suara tinggi tadi terus mengucapkan terima kasih dan membuka beg saya.konon2 mahu buka pose dengan minum air tin tersebut.

dalam beg saya ada satu air coke dan satu air soya bean. air coke sume orang tahu amatlah tak berharga rasanya ketika tidak sejuk tapi oleh kerana cinta yang terputik saya gagahkan juga minum.alasan saya takkan nak bagi air coke panas kat bidadari kan?? jadi lepas seteguk saya terus keluarkan satu lagi air tin dan menghulurkan kepada beliau.

Bidadari " ehhh takpelah. dah nak sampai pun"

saya "takpe.dah masuk waktu berbuka.tak baik lengahkan.lagipun saya ada 2 air tin"

Bidadari " terima kasih yeaa" sambil tersenyum manis nak mampus.saya yakin gigi saya terus punya kaviti akibat senyuman tersebut.

suara beliau amaaaatlah sedap.saya terus jatuh cinta pendengaran pertama pulak. seriyes perfek gadis ini kata saya.

si gadis tetap memandang saya sambil tersenyum dan begitu juga saya. buat pertama kali perjalanan 1o saat antara hentian bas ke hentian bas tempat saya turun menjadi seperti 1000 tahun panjangnya.suasana sunyi sepi dan bulan muda tersenyum melihat kami. sampai ditempat yang dituju saya turun sambil tersenyum lalu memberikan gadis tersebut senyuman terakhir.gadis membalas manis.

saya terus tak rasa penat perjalanan dari johor 6 jam dan tidak rasa lapar puasa seharian. indeed I have lived...I have completely lived my life kate saya dalam jiwa.

begitulah saudara saudari sekalian. cinta pandang pertama itu sememangnya wujud kurniaan tuhan. cuma tak semestinya kita dapat hidup bersama dan berkongsi cinta tersebut hingga akhir hayat.tapi saya puas sebab saya tahu dalam dunia ini sememangnya wujud seorang lagi bidadari~

Saturday, August 15, 2009

perlu ke?

saya terpikir nak start menulis dalam bahasa kolonial yang saya kuat belajar tentang sasteranya dari dulu sampailaaa sekarang.saya pun tak tahu kenapa dah lama saya enggan menulis dalam bahasa tersebut. bahasa melayu saya bukan hebat pun tapi mengada-ngadanye nak tulis dalam bahasa ibunda sendiri.macam meranapkan bahasa jek.

bahasa en white saya pun bukan hebat pon.tunggang langgang jek jugak. Agaknya saya bosan kot memandangkan 8 jam sehari saya bersepiking kat pejabat dan setelah setahun sebelumnya hari-hari mengajar bahasa tersebut kepada anak-anak bangsa lepasan spm saya rasa karen kot tulis belok dalam bahasa Melayu.lagipun macam lucu jek saya bila guna bahasa sendiri.saya sayang bahasa melayu okeeehh.

sedikit update lah.

!) saya sudah menjadi pelajar semula. mengambil jurusan kesusteraan Inggeris peringkat master. panggil saya half Doctor Azharisirat yeaa kalau rajin.

@) 20 haribulan saya secara rasmi berenti kerje di Malaysian Insurance Institute sebagai eksekutif setelah baru 2 bulan melaporkan diri di sana.sila rujuk nombor satu untuk tahu alasan saya berenti kerje.

#) saya konon2 mahu bela rambut.tapi saya yakin lepas raya rambut saya kembali pendek.

$) saya kemas rumah.cantik.setokin kat rumah saya rupanya ada dalam 100 pasang. saya kumpul, saya dan sarip basuh dan sarip sidai.

%) AHmad Helmi sudah beli kereta.kereta Honda Siti yang kagum. saya tumpang saja. tahniah ahmad.

^) rupanya saya ada anak lelaki yang saya tak pernah tahu wujud. umur dia dah 3 tahun.semalam dia datang jengah saya.

&) jelas diatas bohong belaka.

sekian...

Friday, August 14, 2009

Tentang Merdeka

dulu masa saya kecil-kecil saya sangat suka bila hari merdeka datang menjelma. walaupun saya tidak tahu apa itu maksud patriotik mahupun maksud dalam setiap slogan-slogan kemerdekaan yang tiap-tiap tahun di perbaharukan oleh kerajaan saya rasa sangat teruja untuk meraikan hari kemerdekaan tersebut. bagi saya hari merdeka bagai hari raya pertama!

saya teringat bila pertama kali melihat dari kaca tv, allahyarham Sudirman Hj Arshad pakai baju berjela2 bendera Malaysia nyanyi lagu MERDEKA dekat Stadium Merdeka.seriyes saya suruh mak saya jahitkan baju yang sama untuk saya. Saya tak ingat apa reaksi mak saya tapi saya yakin beliau mengendahkan permintaan saya tersebut memandangkan sehingga hari ini saya masih tidak pernah pakai baju yang sedemikian. walaupun saya sangat suka hari merdeka, seingat saya, saya sentiasa terlepas tengok perarakan merdeka tiap-tiap tahun sebab perarakan tersebut pagi.pagi kan waktu tido~

petang tadi masa tengah atas moto besar aprillia 250 saya, tetiba saya teringat zaman kecil saya yang melibatkan hari merdeka.dengan kelajuan tinggi cecah 180 saya tersenyum memikirkan nostalgia dolu2. bila tersedar dari lamunan saya ada berasa sesuatu yang sangat pelik. dalam jiwa kelajuan saya memandang dengan teliti ke kiri kanan saya dan saya sedar...

takde satu kereta pun yang punya bendera jalur gemilang.

saya ingat sangat dulu masa kecik-kecik dua bulan sebelum merdeka dah berlubur kereta,lori, van mahupun teksi pasang bendera kecik tersebut.sekarang???saya terus jadi sedih. tahun ni saya rasa kempen pasang bendera pun takde.lemahnye semangat~

saya terfikir apa dah jadi sekarang ek???