Tuesday, August 25, 2009

inspirasi

sejak kebelakangan ni inspirasi saya amat sombong.saya tak bole menulis ape-ape mahupun mengarang puisi seperti biasa. sudah banyak benda saya cuba tapi inspirasi tetap enggan mahu menoleh bertegur sapa. menyampah~

saya fikir jugak mungkin kesibukan saya dengan tulisan-tulisan kerja rumah yang diberikan cikgu membuatkan saya jadi mengong dalam dunia penulisan tapi bila difikirkan tentang masa-masa baringan dan liburan saya membuatkan saya insaf yang sebenarnya saya tidaklah sesibuk seperti apa yang saya war2kan.hmppphhh~

semalam sewaktu saya pulang dari kampung saya berjumpa dengan seorang bidadari. Masyaallah cantiknya dia. bibir yang penuh memang sangat perfek buat saya. saya terserempak semasa mahu manaiki bas pulang ke seri gombak.saya duduk berhadapan dengan beliau (seat yang sengaja saya pilih) sepanjang perjalanan saya berangan sambil pandang wajah beliau.untungnya kalau saya dijodohkan dengan beliau.bentuk wajah yang sebujur telur,alis mata yang sempurna dan bibir yang penuh dan merah ranum. pemerhatian saya saja sudah cukup buat pahala puasa saya turun ke tahap all time low. sumpah saya jatuh cinta pandang pertama.

kebetulan waktu berbuka puasa semakin hampir.dengan bekalan dua air tin yang saya simpan dalam beg galas saya selama 4 hari, terdetik untuk memberikan beliau satu dengan alasan cinta itu memang membuatkan manusia bodoh tapi oleh kerana sedar di kiri kanan saya juga muslim dan lebih berumur dari saya dan beliau saya anggap agak biadap juga kalau saya berikan beliau seorang sahaja air tersebut dengan alasan tak baik lengahkan waktu berbuka.

tapi nak dijadikan cerita, tuhan itu maha berkuasa. lagi satu hentian bas sebelum saya turun maka berbondong-bondonglah orang turun meninggalkan kami berduaan. idung saya terus kembang kuncup kerana saya sedar tuhan sudahpun memakbulkan doa saya. dengan perasaan penuh hipokrit saya terus kol azlemankamin di rumah untuk bertanyakan waktu berbuka pose dan seperti yang telah di plan azlemankamin memberikan respon positif dengan mengatakan waktu berbuka sudah rasmi dibuka.saya yang bercakap dengan suara tinggi tadi terus mengucapkan terima kasih dan membuka beg saya.konon2 mahu buka pose dengan minum air tin tersebut.

dalam beg saya ada satu air coke dan satu air soya bean. air coke sume orang tahu amatlah tak berharga rasanya ketika tidak sejuk tapi oleh kerana cinta yang terputik saya gagahkan juga minum.alasan saya takkan nak bagi air coke panas kat bidadari kan?? jadi lepas seteguk saya terus keluarkan satu lagi air tin dan menghulurkan kepada beliau.

Bidadari " ehhh takpelah. dah nak sampai pun"

saya "takpe.dah masuk waktu berbuka.tak baik lengahkan.lagipun saya ada 2 air tin"

Bidadari " terima kasih yeaa" sambil tersenyum manis nak mampus.saya yakin gigi saya terus punya kaviti akibat senyuman tersebut.

suara beliau amaaaatlah sedap.saya terus jatuh cinta pendengaran pertama pulak. seriyes perfek gadis ini kata saya.

si gadis tetap memandang saya sambil tersenyum dan begitu juga saya. buat pertama kali perjalanan 1o saat antara hentian bas ke hentian bas tempat saya turun menjadi seperti 1000 tahun panjangnya.suasana sunyi sepi dan bulan muda tersenyum melihat kami. sampai ditempat yang dituju saya turun sambil tersenyum lalu memberikan gadis tersebut senyuman terakhir.gadis membalas manis.

saya terus tak rasa penat perjalanan dari johor 6 jam dan tidak rasa lapar puasa seharian. indeed I have lived...I have completely lived my life kate saya dalam jiwa.

begitulah saudara saudari sekalian. cinta pandang pertama itu sememangnya wujud kurniaan tuhan. cuma tak semestinya kita dapat hidup bersama dan berkongsi cinta tersebut hingga akhir hayat.tapi saya puas sebab saya tahu dalam dunia ini sememangnya wujud seorang lagi bidadari~

1 comment:

A D.O.U.B.L.E P T.O T.H.E L E said...

Cecece...Hehe...Bidadari tu tak pernah tau lagi yang kamu pernah disponsor mytv3 buat rambut...kalau lah dia pernah terlihat wajah kamu di tv di ketika itu...Haish...Mesti sanggup join mytv3 gak pasni - ke dia dah join sebenarnya? tak sempat nak tanya bidadari tu kan?...HAHAHAH...BIADAB KAN saya?...saja sakat kamu di bulan puasa untuk tahun 2009 ini...

Yang suka-suka sakat kamu,
...Apple...