Wednesday, December 02, 2009

jatuh cinta untuk jatuh cinta lagi

jam pukul 5.14 pagi.depan mata laptop menyala terang. depan ada Singkong masih kukuh berbicara dengan Joe. Leman dan Bau yang tadi cukup rancak bersama berbual tentang falsafah dan topik utama tentang teori The Missing History sudah tewas dengan mata masing-masing.


saya?


Saya masih tersenyum.sangat tersenyum.


Seorang gadis manis yang sudah cukup mencapai tahap gadis manis peringkat tertinggi jadi punca.

*flashback*

kotak kecil YM terpacul secara tiba-tiba. nama dia agak biasa. seorang gadis impian yang hati saya sudah jadi agak tawar sebenarnya akibat kepayahan ingin mendapatkannya.menyampah.
dalam hati separuh suka separuh menyampah saya sapa kembali.

gadis manis mengadu diri sudah mengantuk tapi entah kenapa mata sangat durjana enggan menutupkan diri. saya tanya kenapa?mahu berkongsi cerita? gadis manis menolak pelawaan bercerita (hati sudah jadi menyampah)

gadis teruskan sisipan. gadis minta diceritakan kisah seharian lalu saya ceritakan pengalaman melancong sekitar Kuala Lumpur siangnya tadi.

gadis minta ditemankan sementara.

lalu diceritakan pengalaman dan tujuan asal melancong sekitar Kuala Lumpur. kata saya kerana sejarah, lalu gadis mengaku sukakan sejarah juga.

*fast forward x4*

saya usulkan agar diceritakan serba sedikit tentang sejarah tentang The Missing History yang kebetulan tidak diketahui si gadis manis. lalu saya kata jadikan cerita penuh fakta sebagai lagu tidur sang gadis manis. gadis tersenyum diwakilkan emoticon YM.

saya teruskan cerita dengan panjang.

dalam 5 minit menaip setiap tilikan fakta mengenai topik cerita si gadis secara tiba-tiba mencelah.

gadis manis berkata;

Gadis manis : u ni sweet lah
Gadis manis : sweet sangat
Gadis manis : tp serious
Gadis manis : u blh buat org jatuh hati
Azhari Sirat : i nak buat u jatuh hati
Azhari Sirat : heee
Gadis manis : hehe

dunia pusing.masa berhenti.jantung senyap.nyawa lari.


*pulang alam realiti*




hihihihihihihihihi~


saya jatuh cinta lagi pada gadis manis.


wieee~

No comments: