Tuesday, June 17, 2008

Abah


Abah atau Haji Mohd Sirat Bin Patmo atau Cikgu Sirat merupakan seorang yang paling cool dalam hidup aku. segala mengenai abah memang cool. bagi aku abah bukan sahaja seorang bapa kepada NoorIzhanSirat,NorAslinaSirat,FauziSirat,AzhariSirat dan DayanaSirat tapi segala-galanya yang seronok dalam hidup ni.


Abah seorang cikgu.jawatan last dia dalam kerjaya cikgu ialah gurubesar jadi secara langsungnya aku juga anak seorang guru besar. tapi aku tak pernah dapat sekolah satu dengan abah. tak tau kenapa????misteri jugak abah. Passion abah memang mendidik.tak ada yang lebih dia suka selain mendidik anak-anak. sampai abah pencen pun dia nak mengajar dan sampai sekarangpun abah mengajar lepas abah berjaya bukak sekolah dia sendiri. Abah tak garang.kan dah cakap tadi dia cool kan? tapi abah kuat membebel.hehehe.jadi dengan membebel dia berjaya buat orang yang dibebelnya mengikut arahannya. dia membebel bukan suara kuat. Abah jarang tinggikan suara.hampir sangat jarang...cuma bebelan abah sangat hebat.mungkin?


kalau nak cerita pasal abah yang ada dalam otak cuma ketawa dan tersangatlah tinggi value respect aku kat dia. abah memang kelakar. aku rasa kalau aku kelakar, kemungkinan besar datang dari dia. kelakar abah plak memang tak disangka-sangka. selalu time mama serious tetibe dia buat kelaka sampai mama tensen. aku ingat sekali aku tanya abah pasal cerita hantu kat abah. yealah, aku rasa tiap anak nak dengar cite antu abah dia kan.so akau tanya la. abah cite serious pasal hantu orang tua kat kampung dia tapi ntah macamana tetibe dia merepek terus kuar cite dia nak tangkap orang tua pakai jubah putih kat kampung dia masa malam ramadhan sebab dia dengan geng2 dia ingat orang tua tu Lailatulqadar. haiiiiihhhhla en Sirat.


ingat dulu masa aku demam panas masa kecik2 abah hantar aku ke hospital Kota tinggi naik moto suzuki sport warna merah. masa tiba kat persimpangan hospital abah berenti sebab lampu merah. aku yang bonceng kat belakang abah tanpa sengaja termuntah straight kat belakang abah. abh satu badan belakang dia kene muntah aku.hehehe aku ingat abah mase tu ternaik badan die sebab kene muntah. mase tu demam so aku cakap tak tahan jekla. dia bebel kat aku kenapa kene muntah kat badan dia.yeala moto bukan ade tingkappon. kenapela aku tak muntah kat tepi???hehehehe..kelaka betol time tu. abah sabar jek.


haji Sirat ni pun sangatla flashy orangnye.agak flamboyant jugak dan aku rase aku punye flamboyance ni pon datang dari die. abah hebat bergaya. kalau tengok gambar muda2 memang dia hebat fashion. sebijik macam Sean connery dalam James bond.kacak gilarrrr. dia ader vespa so mase tukan zaman jula juli bintang lima so aku suspect dia mungkin terlibat sama. sampai sekarang dia macam tu. even mase balik dari haji pun die nak bergaya. mase tunggu jemaah kuar dari pintu balai ketibaan satu family terkejut tengok abah and aku rase semua orang kat situ senyum tengok dia. Haji2 lain keluar nampaklah rambut botak dieorang or pakai kopiah putih tapi abah seorang jek pakai songkok tarbus warna merah.hehehehe...kelakar betol tengok dia.


Abah memang sangat penyabar.sebab tu dia cool. dalam family abah dia paling sulung and dia banyak adik. tapi aku rasa adik2 dia tak hormat dia. selalu sakitkan ati dia. abah sanggup jual rumah dia kat kampung dulu sebab nak bagi adik dia tinggal kat situ. abah jual tak mahal kat adik dia. 6 ribu jek. abah yang susah mase tu sanggup bawak mama ngan anon keluar cark rumah lain. tapi bile dah dapat adik dia buat macam lupe jek. kadang2 raya bila abah balik kampung, kuar pun tidak jemput abah datang beraya walaupun abah ade kat umah embah kat sebelah dia. selalu abah yang ajak jek datang umah dia. yang lain pun sama. kuat sangat bermusuh ngan abah. sampai tanah abah kene block sebab dia orang pakat buat rumah halang laluan masuk ke tanah abah. sebab tu abah tak pernah cakap family kiteorg ade tanah. dulu anon ngan inah kawen dieorg tak datg pon walaupun rumah kiteorg tak jauhpon. sanggup keluar jauh2 pergi tempat lain tapi tak datang rumah kiteorg. sampai anak2 diaorg kawenpun tak jemput abah. tapi abah cool jek. dia tak balaspun.aku faham abah sebab tu time raya kalau adik beradik yg lain taknak balik kampung abah ajak aku.sebab aku faham situasi abah:)


abah ada sepasang mata yang sangat hebat. anak mata abah warna kelabu and yang putih tu warna dia agak lutsinar so kalau tengok memang pujaanla. aku ngan abang selalu bincang kalu kiteorg ada mata macam tu mesti kiteorg dah jadi buaya tahap melampau. tapi malang sangat sebab takde sorangpun dalam family yang dapat mata macam tu. abah memang berlagak tamau kongsi gen mata macam dia. rugiiiiii sangat.


kalau nak certa pasal abah aku rasa memang mati keringla aku sebab banyak sangat menda yang boleh masuk. macam anak-anak yang lain, semua ada cerita yang panjannnnng pasal abah diaorang. jadi biarlah yang tulis kat sini sikit dan yang lain smpan sahaja untuk harta palng berharga.bukan begitu?


aku tak tau nak bagi apa kat abah sempena hari ayah. memang tak pernah sambutpun tapi Allah tu maha mengetahui dan penyayangkan. seminggu sebelum hari ayah aku dapat tawaran jad lecturer so aku yang selama ni mengelak untuk mengajar tanpa tau sebab apa terus pergi interview dan terus jugak dapat time tu jugak. memang pelik sebab selalu kan pihak interviewer akan ambik masa tapi tulah rezeki terus dapat. bila bagi tau abah dia cuba bersikap cool tap kantoi sebab aku tahu sangat dia happy giler. dari dulu abah nak tengok salh seorang anak dia sambung legacy mengajar dia. anon jd engineer, inah jadi Admin exec and abang jadi diver so semua tak kene dengan bidang abah. bila aku amek degree english abah dari awal cube racun aku jadi ckgu. dia tak paksa tapi nampaklah dia suke kalau aku jadi cikgu. bila aku jadi writer kat Yayasan Restu abah biase jek.dia suke jek sebab aku dah keje tapi selalu gak dia suh check diploma pendidikan. aku pon degil sket malas nak tengok so takderlah nak jadi cikgunya.hehehe..abah cool sebab tak pernah pakse. tapi Allah tukan maha mengetahui.tup-tup aku dapat jadi lecturer. yang pelik aku terime dengan enthusiastic plak tu. aku dapat rasa abah suke sangat2...


Jadi sempena hari bapa tahun ni, bila aku fikir dalam2 aku rasa mungkin aku dah ber hadiah paling abah nak sempena hari bapa ni. aku hadiah kan pada abah seorang anak dia yang bakal menyambung legacy dia sampai bebila. Abah, ini untuk abah tau. hadiah adik untuk abah:)

2 comments:

hamizah said...

owh ni la, uncle yang akn suka kat i kan.
memang cool lah uncle neh.
:p

tuty obaid said...

ep..

dapat ngajo mana bang?