Wednesday, July 01, 2009

bebudak rumah saye chelake!

Semalam dekat opis saye ada makan2. mereka makan speghetti beramai-ramai. saya tak terlibat sebab itu antara client yang datang amek course dengan si speaker2 yang terlibat.walaubagaimanapun selepas mereka makan, segala makanan lebihan telah didermakan kepada kami. oleh kerana kadang2 orang kaya ni makan sikit tapi sembang jek lebih, maka banyaklah spegheti yang tak luak. saya pun dengan selambe taramla sket (sebenarnye banyak sebab saya mmg kuat makan).

lebihan daripada makanan yang lebih tu saya tapaula balik.oleh kerana saya terajin plak nak masak semalam, saya fikir saya nakla masak speghetti black pepper kyros style.saya suke spegetti kyros mase belajar dulu.slurrp~ sebab terlalu teruja, saya siap post kat pesbuk memberitahu rakan-rakan rumah yang saya akan masak malamnye. sambutan memang menggalakkan. sampai Lokman yang duduk perak pun nak datang makan masakan saya. bob dengan Posh si akak ipar pun nak datang tapi mereka borak lebih jek. saye jadi terlalu bersemangat!

bila balik rumah saya saya tak masak terus sebab saya fikir nak tunggu lokman.taknakla bila die datang spegetti black pepper dah sejuk kan. jadi saya pun amek keputusan tengok movie cerita BOLT. best cerita die.menarik!owh dan agak mengharukan juga. tengok muvi abes dalam pukul 9 saya terus masuk dapur.saya masih bersemangat masa tuh.

jadi saya pun mulalah tumbuk black pepper,potong bawang merah,kupas bawang putih dan mencairkan ayam dan daging.saya siap masak air sebab nak buat air Nescafe sementara masak.mmg cool~ tengah siap2 potong Lokman pun datang!siap bawak air Coke dua botol.hebatnye saya rasa.selepas bertegur sapa Lokman terus bermain-main dengan bebudak rumah saya.macam lama tak jumpa walaupun tiap2 minggu pun Lokman datang.

tengah-tengah saya bersiap tiba-tiba Leman terpacul sambil tersenyum kepada saya.sambil senyum die tengah pakai baju. saya pun pelik tanyelah "ko nak pergi mane?" leman senyum saje tanpa berkata ape2. hati pun jadi tak sedap saye meluru kearah bilik Joe.tengok2 Sarip tengah pakai seluar jeans die sambil tersenyum.saye tanye "ko nak makan luar ke weehh? aku nak masak best nih."

Sarip tersenyum jugak tanpa cakap ape2.

dan saye pun dengan bengang meluru keluar dari bilik dan cakap kuat-kuat "celake laaa korang.aku dah siap nak masak best korang nak makan luar plak". saye masuk bilik sendiri dan terus pakai seluar jeans saya pulak sambil mengomel sorang-sorang. dekat luar saye dengar mereka ketawa terbahak2. celake~mula2 semangat nak saya masak.tiba-tiba mahu makan luar pulak.alasan pun bodo cakap malas nak tunggu speghetti masak.

saya makan kat luar jek malam tadi.sebab tak puas ati saya order pakapaw daging dengan tomyam campur dan lai ci kang sejuk.hoh! bebudak rumah saya memang celake.

owhh joe tak celake sebab die menyokong saye dengan memotong daging.nik tak terlibat sebab die tak balik kerje lagi.leman dengan sarip yang celake!

1 comment:

Stay Sane Mama said...

haha agaknya dorg dh lapar gila kot time tu.hehe

igt maki celaka yang betul2 marah.hehe baca smp habis baru fhm