siput babi adalah haiwan yang tidak diharamkan didalam golongan haram muhalazah. Siput babi adalah haiwan yang jalan (meleser secara) perlahan tapi dalam sejarah kura-kura adalah haiwan yang lebih di kenangi kerana kelembapannya.ini adalah kura-kura pernah membintangi filem "kura-kura dan arnab yang sombong".
siput babi adalah haiwan yang hidup dengan penuh ironi.
di sebahagian besar dunia ini terutamanya di negara eropah seperti Perancis, siput babi di masak dan dihidangkan di kebanyakan restoran-restoran mewah dan hotel bertaraf banyak bintang. ia dianggap sebagai hidangan eksotik lantas membuatkan harga beliau melambung beratus2 dollar mahupun ringgit Malaysia.mahalnye!
di sebahagian lain pula di dunia ini, siput babi adalah merupakan hidangan kepada orang yang miskin tahap melampau.ianya dikutip di dalam-dalam semak keliling rumah usang dan dimasak lalu di makan bersama-sama anak-anak yang ramai dan si suami yang mungkin cacat. makanan ini di hidangkan mungkin sehari sekali dan bila dihidangkan kemungkinan besar suasana mereka juga amat ekslusif memandangkan mereka mungkin makan sambil terangi lilin.sama seperti warga2 kaya yang makan di hotel-hotel mewah. cuma mungkin orang miskin tersebut makan tanpa pakai tuksedo.
jadi lihatlah ya. betapa siput babi ini adalah amat ironi. di satu kelas tinggi masyarakat, ianya dianggap eksotik dan sanggup pula dibelanjakan beratus ringgit untuk mendapatkannya. bagi mereka yang hidup di golongan kelas yang paling bawah sekali, siput babi bukanlah dianggap sebagai hidangan eksotik.ia di makan hanya kerana mahu mengalas perut dan meneruskan hidup di hari berikutnya.
masih ingat rancangan Bersamamu kan?
irony, no?
1 comment:
bagaimana pula dengan siput sedut @ siput gondang..adakah ia boleh dikire ekslusif
Post a Comment