Tuesday, April 28, 2009

konflik orang buruh.

lagi 4 hari hari buruh pun menjelang.tahun ni nampaknye saya akan meraikan hari buruh kedua saya selepas menamatkan pengajian di sekolah universiti. tahun ni hari buruh saya penuh dengan konflik nampaknye. ia kerana;

A) Hari buruh ni saya akan berkerja kerana perlu mengajar satu kelas Muet untuk anak-anak yang mengambil muet tahun ni.konflik kerana saya tidak dibayar tripel ataupun dabel.bayarannya basic seperti biasa. saya cuba sedapkan hati dengan berkata "takpe encik zarie.kite susah dulu biar esok kite senang" hoyeaaah!

B) empat kawan baik saya akan melangsungkan perkahwinan mereka pada hari yang sama. Said kawen dengan Dianne di pontian untuk majlis kedua mereka. Amani kawen dengan seorang stranger (seorang stranger kerana saya tak kenal bakal laki beliau), Lizzie tersayang kawen juga dan die dah booked kehadiran saya berbulan dan Fiza juga kawen dengan stranger jugak pada hari yang sama. Konfliknya ialah saya tak tau langsung bole datang atau tak ke majlis tersebut.

c) Saya rasa nak balik Johor tercinta lepas abes kelas 1 mei nih.kelas abes pukul 1 tghari so permikiran aku nak balik terus lepas tuh. konfliknya ialah saya nak balik naik kereta.pinjam kereta anon tapi telah di embargokan niat tersebut oleh encik mama. saya tanak naik bas sebab naik bas suk!saya semakin benci Pudu.pelik-pelik alang orang di sana.

D) Saya...

tu saje buat masa ni.itulah konflik saya.ianya konflik sebab saya kadang-kadang bersikap indicisive.

saye nak tanye, adakah saya seorang pensyarah yang teruk kalau saya bagitau isap rokok tuh tak salah malah membawa banyak kebaikan? saya cakap macam tu bukan untuk menjustifi kan tabiat saya yang merokok tapi kerana saya mahu ajar anak-anak murid untuk tidak menjadi judgmental dan pre-judge orang suke ati diri sendiri.saya mahu ajar mereka untuk cuba memahami orang dan permasalahan mereka. contoh; apa yang buat si polan merokok pada asalnya?

tadi ada seorang setuden tetiba call saya untuk meminjam duit kerana beliau berada didalam kesusahan yang amat sangat. saya tipu cakap gaji tak masuk lagi.sebenarnya saya memang takde duit.yeaaaaa...saya miskin.

penulisan kali ni ada bau-bau penulisan joe yang biadap gayanya itu.saya teruja selepas membaca cara penulisan lucu beliau.jadi ini tribute buat kali ini.

inkes saye terlupa....Selamat Hari buruh yeaaa buruh-buruh kasar sekalian!!

Wednesday, April 22, 2009

saya seorang player???

Bila dah besar macam ni dan duduk jauh dari keluarga. tiap kali dapat berbual dengan abah mama terasa sangat hati ni tenang macam angin subuh. segala yang runsing dan jawapan yang nak dicari terbang macam tu jek.damai dada:)

setiap kata dari mama tersusun dan setiap nasihat dan jawapan yang diberikan lembut cacahkan pada hati.~aku yang jarang-jarang matangpon jadi dewasa buat sementara waktu.

beberapa hari lepas ada seorang kenalan gadis yang bagitau yang beberapa kenalan beliau ada memberikan amaran supaya jangan mendekatkan diri dengan aku.dieorang cakap aku terlalu bahaya dan perlulah berjaga-jaga kerana aku ni seorang player@playboy.PLAYBOY tuh!!!!
dituduhnya aku terlalu suka permainkan hati gadis-gadis dan kerje aku hanya bertukar pasangan.HEBAT!!!!siap kate aku pernah mengorat perempuan lain depan cintahati sendiri lagi mase dolu2 tanpa rasa bersalah.sebagai tokok tambah katenye aku pernah mengorat adik angkat mereka sekali dan punya mulut manis yang sangat merbahaya.wuhahaha~

aku tak tolaklah dengan fakta yang aku kadang-kadang memang rapat dengan beberapa gadis.keluar atau bermesej-mesej tipon juga tapi tak tau plak yang tu bole diambil kire sebagai ciri-ciri Playboy?

yeaa aku suke kacau gadis tapi setau akulah bile2 mase aku keluar dengan gadis-gadis tuh takpernah aku cakap aku nak jadik boyfriend dieorang.infact aku siap ngaku lagi aku takut komitmen dan tak sedia langsung nak kawin. siap ngaku lagi aku takut nak kawen.selalu keluar sebab nak bersosial jek pun.dating-dating bodo orang kate.Aku bukan jenis yang suke kumpul awek.aku tak percaya kat poligami tau!!!mane datangnye cerita macam tuh?

kalau aku playboyla kan takkanla aku bole tahan sampai dengan Tini dulu 4 tahun?takkanla aku bole bagi komitmen dengan Anis walaupun die mase tuh kat IReland.

aku keluar dengan gadis-gadis bile aku tengah single.so bile aku single suke ati akulah nak keluar dengan sape2. bukan aku keluar pastu kapel then tinggalkan jek.Aku tak pernah mintak break lagi tau seumur hidup aku. dalam relationship selalunye aku yang terfakap.bukan aku yang fakap dieorang???

aku tak salahkan mereka yang kate aku macam tuh.mereka tak kenal aku.kawan-kawan rapat lebih kenal aku ni sapa.orangnya agak gatal tapi rasanya taklah sampai tahap playboy kot.aku takpernah main kayu banyak-banyak sejak aku tinggalkan sekolah menengah dulu. tanye Tini mase dengan die dulu pernah ke aku pergi kat pompuan lain belakang die???cettt!

tak adil sebenarnye aku rasa bile aku kene tuduh macam tuh.aku tanye ahmad helmi pun die tak setuju aku kene tuduh macam tuh.die kenal aku kot.tak baikla sebab macam tuh ade plak gadis yang takut nak dekat ngan aku.memangla sekarang aku takut ya amat dengan vokabulari bernama komitmen tuh tapi katelah aku dah bersedia ataupun nak mula berkomitmen, kan sakit tuh nak jelaskan pada gadis.

patutnye aku takla beberapa kesah dengan tuduhan tuh.pikir-pikir balik mungkin patut bangga dapat gelaran macam tuh tapi sebenarnye sakit ati gak beberapa hari nih.aku playboy?serieeeesssla wehh korang???

haiiihhh~

Thursday, April 16, 2009

Exora

Nice one Proton!!!I'm impressed with our newborn nation's baby. The MD was very impressive on his presentation and the MPV.....sexaaaay!

If i have my own family maybe with 3 kids, i will most probably buy it.gilak ahh smart!


on a totally different note; Masyaallah susahnye nak dapat SATU reference letter for my postgraduate studies.Sabar jekla~

Wednesday, April 15, 2009

sial*post down*

Aku cukup pantang dengan tak suke bile perasaan kosong dengan kecewa serang diri. cukup jijik bila rasa hidup tak kedepan tak kebelakang termanggu-manggu macam orang dungu tunggu hujan turun. hari tukar hari, masa tetap menyondol-nyondol tapi tapak kaki kaku tak kemana.

Ini bukan hidup yang aku rancangkan dulu.

pandangan positif optimistik yang tebal dah mula terhakis sini sana bertukar jadi karat negatif dan pesimistik. pandang manusia kelilingpun dengan pandangan haram jadah."kau tak tau betapa hitam hidup aku, jadi jangan kau fikir aku pura-pura kuatkan diri hanya kerana tak mahu orang pandang aku lemah"

masalahnya inilah bila perasaan hitam ni datang mengetuk jiwa bila pandang manusia keliling takde sorang pun yang berwajah "hei zarie rileklah!kau kan kuat apeeeee?" Fuck You! aku kuat kau persoal aku lemah kau apa tau.

Hidup memang susah.tak semua intisari rancangan kita bole ikut satu persatu.itu aku fahamlah.

masa-masa genting macam ni apa yang dapat sedapkan hati cuma fahamkan hidup jutaan manusia kerdil kat luar sana yang hidupnya lagi sampah dari aku.berapa ramai manusia yang dirundung kecewa dan putus asa.aku cuba baca kisah mereka dan jadikan pedoman untuk dapatkan kekuatan.

habis baca kisah mereka, perasaan jadi makin sialan.dengan aku dengan die sama-sama cangkung tutup muke malu dengan ketidakkuatnya diri.bodoh~

ada sebab aku kuatkan diri.ada sebab aku punya ego tinggi.masa lalu buat aku macam ni. tapi tak bermaknalah pulak aku robot.cuma tak suka ikutkan jiwa lemah ni.tak suka muka sendiri kalau tak senyum sebab pasti sangat muka buruk ya amat tanpa senyum.

tapi itulah bila perasaan sial ni datang melawat.bila motivasi diri adapun menyakitkan hati.hidup rasa tak bergerak, mati.senyum pulak jadi plastik. yang ada dalam diri sekarang aku kenal pasti ada dua.

satu= aku sedar yang hidup aku sekarang sedang berhenti ambil angin sambil hisap rokok.tak kedepan tak kebelakang.berhenti macam tu jek.

kedua= aku sedar yang aku hidup berlandaskan masa lepas.segala yang ada hari ni aku pandai-pandai memaksikannya dengan tingkat yang aku sudah letakkan di masa lepas.

kesimpulannya untuk beberapa minggu atau bulan ni aku tak cuba untuk hidup.aku jadi zombie.walhal aku mahu bergerak,mahu hidup mahu jadi optimistik kembali.

esok mungkin eloklah ni.

ini angin yang bertiup ribut untuk malam ni saja.aku manusiakan.

Tuesday, April 14, 2009

mimpi Faiza.

Aku ade seorang gadis mase tingkatan lima dulu-dulu.Nama die Faiza. Binti ape aku dah lupa tapi name die Faizahla.Die freelance model kat Singapore tapi still sekolah bawah aku setahun.memang cantikla die.jumpe dulu mase same-same berteater kat sekolah.

Dulu tiap-tiap minggu kot kuar dating or lepak rumah cikgu saini(cikgu teater saye) bermalam kat situ.gile punye cinta beruk mase tuh.ahahaha.

jodoh tak panjang sebab lepas masuk UIA terus break up.alasan die agak kelaka sebab the same cikgu yang halang die ngan aku.cikgu saini cakap ngan Faizah lagi baik putus sebab takut aku menghalang cite-cite die nak jadi model.ahahaha..sebab aku masuk uia mase tuh.ahahah???

tu mase sekolahla.then lost contact sampaila malam semalam aku mimpi die datang.tak ingat buat ape sebab bukan mimpi basahpun tapi macam-macam kot kiteorang cerita.

itu jeklah.saje nak cerita.

bangun tido aku pikir...masyaallah lame gile aku lost contact ngan die tetibe tercontact balik dalam bentuk mimpi.still cantik plak tuh.ahaha.menarik jugak mimpi orang yang lame kite tak dengar berite.terus terpikir die ade mimpi pasal aku tak???macam tak jek.

alahai~

Saturday, April 11, 2009

Hitch

Do you know what it's like. getting up every morning?feeling hopeless.feeling like the love of your life is waking up with the wrong man. but at the same time hoping that she still finds happiness. even if it's never going to be with you...

taken from Hitch.

Me~

I wanna write something beautiful if ever one of my traits is writing flawlessly but I can't, so I inspire -anonymous-

I am a very optimistic prick. I view the world as a playground filled with children and dinosaurs. I believe in friendship and love and the world is as interesting as a carnival that we human attended when we first stepped our shoes in it.

Oh yes I acknowledge all the hardships and all the pain I encountered throughout my life. I cried for it and I had my share of darkness and many times i felt like giving up. I whined and I cracked under pressure too.

I acted pretty much similar like a jerk if not a bastard. I made people cry and many times I let people around me down. I refuse to grow up and judge people at my own accord.

I try countless time to be a gent. even to the point of being a hypocrite. and successfully turned myself into one. I respect women and their mothers and fathers. I loved and love to its fullest.

I refuse to regret the things I've done but one.

ONE regret. my beautiful wonderful life that I have all the years and one painful regret that I'm willing to carry for the rest of my life or at least till the day i welcome a new regret in my life (which I hope none will come)

yepp...that sounds pretty much like me...or is it you?or maybe us?