Wednesday, April 15, 2009

sial*post down*

Aku cukup pantang dengan tak suke bile perasaan kosong dengan kecewa serang diri. cukup jijik bila rasa hidup tak kedepan tak kebelakang termanggu-manggu macam orang dungu tunggu hujan turun. hari tukar hari, masa tetap menyondol-nyondol tapi tapak kaki kaku tak kemana.

Ini bukan hidup yang aku rancangkan dulu.

pandangan positif optimistik yang tebal dah mula terhakis sini sana bertukar jadi karat negatif dan pesimistik. pandang manusia kelilingpun dengan pandangan haram jadah."kau tak tau betapa hitam hidup aku, jadi jangan kau fikir aku pura-pura kuatkan diri hanya kerana tak mahu orang pandang aku lemah"

masalahnya inilah bila perasaan hitam ni datang mengetuk jiwa bila pandang manusia keliling takde sorang pun yang berwajah "hei zarie rileklah!kau kan kuat apeeeee?" Fuck You! aku kuat kau persoal aku lemah kau apa tau.

Hidup memang susah.tak semua intisari rancangan kita bole ikut satu persatu.itu aku fahamlah.

masa-masa genting macam ni apa yang dapat sedapkan hati cuma fahamkan hidup jutaan manusia kerdil kat luar sana yang hidupnya lagi sampah dari aku.berapa ramai manusia yang dirundung kecewa dan putus asa.aku cuba baca kisah mereka dan jadikan pedoman untuk dapatkan kekuatan.

habis baca kisah mereka, perasaan jadi makin sialan.dengan aku dengan die sama-sama cangkung tutup muke malu dengan ketidakkuatnya diri.bodoh~

ada sebab aku kuatkan diri.ada sebab aku punya ego tinggi.masa lalu buat aku macam ni. tapi tak bermaknalah pulak aku robot.cuma tak suka ikutkan jiwa lemah ni.tak suka muka sendiri kalau tak senyum sebab pasti sangat muka buruk ya amat tanpa senyum.

tapi itulah bila perasaan sial ni datang melawat.bila motivasi diri adapun menyakitkan hati.hidup rasa tak bergerak, mati.senyum pulak jadi plastik. yang ada dalam diri sekarang aku kenal pasti ada dua.

satu= aku sedar yang hidup aku sekarang sedang berhenti ambil angin sambil hisap rokok.tak kedepan tak kebelakang.berhenti macam tu jek.

kedua= aku sedar yang aku hidup berlandaskan masa lepas.segala yang ada hari ni aku pandai-pandai memaksikannya dengan tingkat yang aku sudah letakkan di masa lepas.

kesimpulannya untuk beberapa minggu atau bulan ni aku tak cuba untuk hidup.aku jadi zombie.walhal aku mahu bergerak,mahu hidup mahu jadi optimistik kembali.

esok mungkin eloklah ni.

ini angin yang bertiup ribut untuk malam ni saja.aku manusiakan.

1 comment:

ainfazrin said...

saya tengah cuba tak nak terus jadi zombie. btw tq for ur comment dear. :)