alhamdulillah.
mama saya lahirkan saya pada 6 September 1984.pukul brape saya tak ingat tapi 691984 tulah saya buat entrance bombastik lucah dengan berbogel kebasahan ke alam bumi sebagai Mohd Azhari Bin Mohd Sirat. berdarah jawa kacukan saya gagal mendapat hidung mancung dan kulit putih sebagaimana anak2 kacukan lain dapat semasa nama mereka keluar untuk dilahirkan. mata cantik abah saya pon gagal lekat kat saya.
membesar sebagai anak ke empat dari 5 adik beradik, hidup saya agak cool.laid back jek dan sedikit bertuah. buruk baik saya belajar dari abang akak. susah mmg sendiri tanggung.senang pon macam biasa jugak. entah macamane saye bole paham susah senang ni sebahagian dari idup so ape bole buat??tadahhh sudaaa. memang agak casual lah world view saya.
apa yang saye mahukan kebanyakan dah tercapai atau dalam proses untuk dicapai capaian tersebut. kirenye hidup saya on track lah. saya faham tujuan saya hidup dan paling penting saya faham diri sendiri. mama abah cakap yang penting itu. adalah sangat penting untuk kita faham diri sendiri yeaaa orang2 sekalian. jangan ditolak diri kita semata2 orang tak sebulu ngan apa yang kita bawa sebab bagi orang kebanyakan macam saya nih kalau hilang diri makan kosonglah diri. tak berharga pon. motivasi terbaik adalah pemahaman diri sendiri dan bukanlah moderator2 motivasi ulung rancangan tivi. sebab ape?sebab dieorang tak kenalpon kita macamane kite kenal diri sendiri.
jadi sempena besday saya, saya mahu berterima kasih yang utama2 skali kepada Allah S.W.T kerana tanpaNYA saya tidak akan mampu menghirup udara dan mencintai segala yang ada di dunia. untuk mama abah juga terima kasih kerana telah berusaha. saya sayang kamu ya. kepada famili saya. saya berterima kasih kerana buat saya bahagia. dan untuk kawan-kawan.terima kasih kerana sudi mahu menjadi watak2 utama dalam filem noir autobiografi tentang saya. sesungguhnya cerita belum tamat tapi anda semua sudah cukup memberikan segala kecantikan dan kesempurnaan pada jalan cerita saya.
oleh itu mari kita bernyanyi!!!!!
hepi besday tu yu
hepi besday tu yu
hepi besday to AzhariSirat
hepi besday tu yuuuuuuu~~~
againnnn!
No comments:
Post a Comment