baru2 ni kecoh kan kes sekumpulan penduduk seksyen 23 Shah Alam menjerit-jerit macam orang ilang iman depan bangunan kerajaan negeri sebab tak puas hati dengan keputusan kerajaan Selangor nak pindahkan kuil hindu ke tempat kawasan yang mereka diami sekarang. Secara jujur pada asasnya saya tak berapa pedulik dengan kes sebegini memandangkan kes2 berbaur politik hanjing makin lama makin hancing kat Malaysia ni tapi bila saya baca2 artikel mengenai demonstrasi tersebut hati saya jadi panas amat plak. punyelah panas hati sampai tak sanggup amek gambo contoh demonstari then upload kan kat sini.bunguk!
okeh fine lah kalau awak2 semua nak berdemonstrasi.itu hak korang ape sebagai rakyat.lagipon untungla korangkan sebab korang tak langsung kene rotan atau pon sebat ngan kayu oleh FRU.flying kiss pon aku rasa dieorang ni tak kene so bagi aku amatlah aman demonstrasi mereka2 ni.
tapikan,
ape jadah haram korang usung kepala lembu sekali?
apa jadah haram korang pijak,sepak,tendang kepala lembu tu sekali?
apa jadah haram niat korang bawak simbol yang boleh menyakitkan penganut2 hindu Malaysia mahupun dunia ni semata2 korang tak puas hati dengan cadangan seseorang?
mungkin mereka ni terlalu terbawa2 dengan semangat perang badar yang jatuh pada bulan ramadhan lalu nak dicarik gaduhnya dengan segala manusia yang kau label kapir.ini andaian aku lah.
tapi kalau aku salahpun kau tak tau ke lembu tu kan dikira haiwan suci yang Allah jadikan untuk kita makan(at least)?dalam al-quran berapa banyak ayat yang cerita pasal lembu? kalaupun ko bodo islam sekalipun takkan ko tak tau penganut hindu memang menganggap lembu itu sebagai sesuatu yang suci?ko tak pikir ke mereka ni bole jek terus marah dan mengamuk lalu bunuh sape2 yang dieorang nampak?kalau dieorang bunuh ko takpela tapi kalo dieorang bunuh entah sape2 yang tak tau menahu pun pasal hal korang ni, ko nak bertanggungjawab ke?ni kau rase kau cukup hebat bulan2 ramadhan ni aku nak tau gak, sape korang nak sepak terajang rezeki yang Allah bagi kat kau? pejuang sangat ke korang ni???
kau tau tak dalam Islam ni Allah suruh kita hidup aman damai bersama jiran tak kire jiran kau Muslim ke Non Muslim ke.kau tau tak orang Islam ni diajar untuk hidup bertoleransi. jadi haram jadah mane korang bole tergerak nak sembang lebat macam syaitan bawak kepale lembu konon2 atas nama pertahankan kesucian ISLAM bilamana segala tunjuk laku korang tu sangat2 bertentangan dengan agama Islam itu sendiri.
Fine, aku faham korang tak suke kerajaan negeri nak pindahkan kuil hindu kat tempat korang tapi susah sangat ke kalau dipindahkan pun.eh dieorang nak relocate kuil tu betol2 depan rumah kau ke?ke atas kepale kau?kacau gile babi ke life korang bile kuil tu dibangunkan?setakat katelah jem sket nak kerumah kau sebab penganut hindu berkumpul nak beribadat kau boleh mati ke?masuk hindu ke anak cucu kau orang?ape orang hindu yang duduk shahalam takde hak nak beribadat?bukan Islam dah janjikan hak beribadat untuk semua orang ke???
kau ni amat yakin ke masuk syurga bila korang buat perangai macam ni?
guna otakla.
to my Hindu friends, I sincerely apologize for the misbehaving of my fellow ignorant Muslims during this holy month of Ramadhan. I assure you that most of us Muslims or Malays do not share the same sentiment as those demonstrators and that we muslims and malays are totally dedicated to our teachings of bringing peaceful and kindness to not only our after life but also our worldly matters including live hand in hands with all mankind (regardless or your religion,race,skin colour,language or your background)
please accept our sincere apology and may Allah bless us and the rest of our generations.
1 comment:
good response utk situasi ni bagi seseorang yang tidak suka dunia politikus.. :) tak kira siapa betul siapa salah dalam kejadian tersebut, tapi sepatutnya semua orang kena pandai guna akal, bukan hati. Tuhan jadikan kedudukan akal dalam kepala, lebih ATAS dari kedudukan hati dalam badan.
tapi ada juga guna lutut untuk berfikir. sigh~
-Trans Bagwell-
Post a Comment