apa itu ego ya anak-anak?
saat ini dalam otak saya selalu sangat nak tau apa itu maksud ego, egoistic or egoist or egoistical person. macamane manusia mentafsir perkataan egoistic dan dengan mudah melabelkan terma itu kepada seseorang.
kalau sayalah;
1)if let say saya tidak bersetuju dengan pendapat seseorang kerana saya punya pendapat sendiri, adakah saya seorang yang egoistic juga?
2)if let say saya anggap pendapat seseorang itu tidak sehaluan dengan pendapat saya dan saya mengutarakan pendapat saya tersebut kepada beliau, adakah saya seorang yang egoistic?
3)if let say saya punya prinsip yang sangat berlawanan dengan prinsip seseorang dan saya tidak punya niat untuk mengubahnya demi menjaga hubungan baik dengan orang tersebut adakah ia membuatkan saya jadi orang yang egoistical?
orang cakap seseorang itu egoistic sekiranya pendapatnya terang2 salah tapi kerana ingin menegakkan benang yang basah lalu diapun enggan mengubah pendapatnya.
saya faham tapi kalaulah orang tersebut memang tidak menganggap ianya salah macamane?maksudnya yang salah itu hanya datang dari perspektif si pihak kedua.bagi pihak pertama pandangannya memang benar.macamana? dia sememangnya dengan setulus hati mengganggap pandangannya benar.
kita kene ingat betul salah ini kadang2 datang dari perspektif manusia itu sendiri.lain orang lain perspektifnya kan?
jadi egoistik kah saya kalau saya hanya mahu berdiri teguh dengan prinsip atau pandangan peribadi saya sendiri?
kalau saya bertukar pandangan dengan sebab kukuh tidakkah saya jadi seorang yang umpama lalang?
jikalau saya ubah pandangan semata-mata tidak mahu berdebat, bermaruah kah saya?
jika anda sendiri tidak mahu menerima pendapat saya dan hanya mahu saya menukar pandangan saya sama seperti anda, tidakkah ia menjadikan anda sebagai seorang yang egoistical juga?
No comments:
Post a Comment