Wednesday, September 10, 2008

Malaysia Darul Rasis

sekarang rasa menyampah bila tiap kali membelek surat khabar mahupun menonton siaran berita pukul lapan di tv3. pertama-tamanya kerana hati yang sudah amat maklum tentang ketidak adilan didalam laporan berita itu sendiri sekiranya aku mengambil berat mengenai isu politik yang menerjah tanah air sekarang. pendapat aku terhadap lapangan kewartawanan di Malaysia ini hanyalah sampah sahaja. walaupun mungkin ada terlalu ramai insan bergelar wartawan yang berwibawa di malaysia ini tapi aku tetap rasa terlalu picisan. semua laporan tidak mencapai tahap yang boleh membentuk masyarakat madani yang glokal.

kepada wartawan atau sesiapa yang bersimpati dengan wartawan, aku mintak maaf sebab mengungkapkan bahasa biadap ini tetapi sebagai pembaca itu hak aku yang hakiki dan pendapat aku adalah refleksi kepada minda terbuka era ini. pendapat itu sememangnya ikhlas tanpa berlandaskan unsur-unsur luar.

keduanya, aku terasa menyampah di perut dan hati bila sekarang isu-isu yang sangat bahaya di perdendangkan dengan amat rancak sekali seperti isu Ahmad Said dan kenyataannya, isu Anwar dan 16 Septembernya, isu jenayah yang semakin memukau dan isu-isu lain yang menjengkelkan. secara ikhlasnya, aku sudah cukup muak dengan itu semua.

dalam isu Ahmad Said aku agak menyalahkannya tetapi tidak secara keseluruhan.sememangnya dia harus bertanggungjawab dengan kenyataan rasis nya tetapi adalah haknya untuk tidak memohon maaf. dia orang UMNO dan UMNO itu sememangnya Rasist. jadi seorang yang rasist sememangnya akan bertindak sedemikian. bila dia bertindak demikian adalah bodoh untuk kita menyalak menyuruhnya mengubah kenyataan sedemikian kerana ianya seperti menyalak kepada bukit saja. lagipun, jikalau mengeikut dari sudut sejarah sememangnya kenyataannya benar. cuma ada yang terlalu sensitif sehingga terlebih memberi reaksi.

dalam isu seterunya iaitu koh tsu koon, asasnya bukanlah kerana hendak mempertahankan kaum cina sangat. bagi aku dia hanya bermain api dengan isu itu untuk mengaut simpati sisa-sisa sokongan rakyat Malaysia berbangsa cina terutamanya yang menjadi rakyat Pulau Pinang terhadap parti kelolaannya Gerakan itu. Gerakan sebenarnya hampir terkubur(atau mungkin sudah???) dan bagi dia untuk keluar BN merupakan satu polemik bodoh saja. cuma menyalak bagi memberitahu Gerakan masih relevan. dan paling aku benci sekali ialah setelah bertahun-tahun bergerak persisi parti rasist untuk orang cina, tetiba Gerakan mahu keluar dari kepompong itu dan mengiystiharkan dirinya parti untuk seluruh kaum. aku tahu asalnya memang untuk seluruh kaum tetapi itu sejartah sahaja. kenyataannya Gerakan sama saja seperti UMNO,MCA,MIC, DAP yang rasis. kes Gerakan sama saja seperti DAP. kononnya untuk seluruh kaum tetapi rasis sahaja.cuma aku meletakkan kepercayaan aku pada Lee Guan Eng saja kerana Guan Eng lebih memahami konsep bangsa Malaysia berbanding ayahnya sendiri yang labih rasis sama saja seperti Ahmad Said itu snediri.

Aku benci sekarang kerana isu-isu seperti ini dipermainkan seolah-olah ia tidak akan melibatkan seluruh rakyat. aku yakin bila sesuatu yang buruk terjadi, tiada satupun ketua diatas itu akan bertanggungjawab. yang teruk rakyat berbilang kaumlah. aku faham perkara ini terjadi kerana ianya harus terjadi. Malaysia sebuah negara yang masih muda dan baginya untuk matang isu-isu seperti ini sememangnya harus kita tempuhi. tapi tolonglah jangan melihat sesuatu perkara itu dari mata bangsa sendiri saja.

tiada apa yang orang Melayu harus takut sekiranya orang Melayu tetap dengan pendirian dan terus berjuang memartabatkan bangsa.maksudnya memajukan diri dari segala segi bukan menghalau jiran2 berbangasa lain keluar dari tanah bangsa. kalau kita berjuang, biarpun lambat tapi lambat launkan tetap akan berjaya? daripada bermusuh lebih baik kita bekerjasama macam kaum Islam mekah bekerjasama dengan kaum Islam Madinah dan kaum yahudi dan kristian madinah bila negar islam madinah dibangunkan Nabi S.A.W. tanah ini tetap tanah orang Melayu tetapi sedarlah jiran kita yang berbangsa cina dan india itu semua telah menjadi rakan,jiran dan sebahagian dari kita juga. jadi dakaplah mereka seperti saudara saja.

bagi yang berbangsa cina india ataupun bukan bumiputera, janganlah terlalu gelojoh memperjuangkan hak asasi mereka. kadang-kadang sifat gelojoh itu nampak seperti berniat jahat dan menakutkan orang melayu. itu yang meremehkan proses menjadikan kita bangsa Malaysia. kadang-kadang bila kita terlalu menekan orang akan jemu dan tuduhan seseorang itu rasis (ahmad said) bila ditekan dengan terlalu gelojoh nampak seperti anda menuduh semua orang melayu rasis. berlembutlah kerana orang melayu sukakan approach yang lemah lembut dan berbudi bahasa. bak kata orang tua-tua tak kira bangsa; kan lebih baik kalau mulakan dengan rasa hormat setiap terhadap sesama insan.

apa yang aku harap cuma satu.semoga isu ini tidak terbawa-bawa dan emosi mempengaruhi akal. aku memang tak mengharapkan pemimpin atasan kita mampu mengubah hala tuju kes ini selain disenyapkan saja. kenapa?mudah.kerana mereka semua datang dari orang2 rasis(UMNO,MIC,Mca, Gerakan) dan mereka takkan berubah. aku senang saja, selagi mereka ada, selagi tiulah rakyat Malaysia tak mampu keluar dari lubuk perkauman. dan mungkin selagi Dap tidak sedar yang dasar mereka juga agak rasis selagi tiulah kita tidak kemana. jadi pada Dap, Guan Eng mungkin boleh tolong.

Ingatlah Malaysia bukan ber darulkan rasis.

1 comment:

diana ghazali said...

Salam,
pendapat aku la, entry ni mmg bagus. sememangnya hidup di negara yg simple dari luaran tapi agak complex dalaman nye ialah, KAUM atau BANGSA ingin menegakkan hak masing2 which is I think nonsense. Knapa diorang kecoh2 sgt.

tidakkah kegembiraan yg kite share masa jd classmates kat skolah, main sukan sama2, attend wedding kawan2 berlainan bangsa tu lebih dari isu2 hak2 masing2?

aku, mcm ko gak la, tak paham kenapa benda ni harus berlanjutan, padahal kite sama2 pegi Giant, utk beli barang dapur utk masak. Maknanya hati sume rakyat sama je.

ape aku ngarut nie..