Wednesday, February 25, 2009

jiwa kosong tanpa hala tuju....entri kepala ketam.

dah tiga empat hari saya kunjung laman blog saya dengan pandangan yang kosong. tiap kali sesi lawatan berlangsung saya asalnya nak menambah taraf dengan post yang baru tapi entahlah segala isi neuron-neuron kreatif saya beku jek tanpa sebarang rangsangan. risau jugak sebenarnya tapi dah tak terpikir apa-apakan apa saya boleh buat.

Langsung saya kuarkan sebatang rokok sejuk lalu mencapai pula lighter dan terus menghisap rokok. ini merupakan therapy cliche untuk orang yang inginkan idea penulisan. agak menarik kerana lampu bilik juga terpadam dan terasa seperti konon-kononnya saya ini seorang penulis hebat. realitinya saya tidak berbakat dalam bidang penulisan. *ketawa kecil dalam gelap*

sememangnya saya tak punya bakat dalam bidang penulisan. tapi saya minat sastera. sebab itulah saya ambil sastera bahasa inggeris semasa didalam pengajian dulu. pernah jugak saya cuba menulis cerpen ataupun cerita pendek tapi dah lama laaaa. itu pon tak bagus. saya ada juga blog yang dikhususkan untuk cerita pendek tapi memandangkan saya tak punya masa sejak kerja sebagai pensyarah projek itupun terbengkalai.

adalah juga azam dalam hati nak sambung balik dan asah seni penulisan saya tapi tak taulah bila bole mula balik. saya lebih suka tulis puisi. puisi lagi menghairahkan saya. tapi saya memang suka seni sebenarnya. baru-baru ni saya cuba melukis dan mewarna.dapatlah menghasilkan satu karya yang kawan-kawan ramai hina...ahahaha..tapi ada juga yang puji seperti cik Dianne yang nak tempah satu lukisan. saya dapat ilmu-ilmu lukisan secara tak sengaja. saya belajar seni islam semasa kerja di Yayasan Restu dan belajar secara terus dengan seorang cendiakawan seni Islam berasal dari Bandung Indonesia bernama Pak Mahmud Buchari. Beliau lah yang memetik minat saya dalam ilmu berkaitan seni lukisan berasaskan seni Islam ini. sebab itu jugalah saya mula minat mendalami sastera Islam dan kalau boleh saya nak sambung pengajian masters saya dan mengkhususkan thesis dalam isu sastera islam.

cerita pasal sambung pengajian, saya semakin bosan mengejar pensyarah-pensyarah demi untuk meminta sekeping laporan sokongan terhadap niat saya ingin menyambung masters. susahnya MasyaAllah nak dapatkan mereka. pajam hilang entah ke mana. terasa pulak timbul konspirasi menghalang saya dari meneruskan pengajian.

saya dapat panggilan temuduga untuk jawatan Corporate Communication Exec untuk Malaysian Institute of Insurance bulan depan. saya mungkin akan pergi mencuba nasib. kalau ada rezeki InsyaAllah dapat dan mungkin saya bole cuba bidang baru tersebut. Kun Fa Ya Kun, kalau Allah mengatakan jadi maka jadilah ianya. kita lihat lah sahaja nanti. saya tak mengharapkan sangat pun kerana profesion sekarang pun dah cukup seronok. Peperiksaan PTD pun dah berakhir dan saya rasa saya lakukan yang terbaik. kalau ikutkan bongkak jiwa saya katakan saya lakukan lebih dari yang terbaik kecuali untuk satu kertas iaitu kertas matematik *picisan sahaja*

ahhh bukan boleh buat apapun aku kalau ianya melibatkan matematik.

dan baru tadi gadis kematian ibu baru sahaja cuba merajuk dengan aku kembali. disuruhnya aku ajar tentang continous tense melalui telefon. karut saja lalu aku tolak dan dia pun merajuk.

aku tak pedulik pon...cehhh.

1 comment:

Ahmad Helmi Shaharuddin said...

pensyarah beruk! boleh membuang masa menulis blog panjang2. gadis kematian ibu yang nak blajar tidak engkau layani. hahahahaha