Tuesday, April 15, 2008

Melayu..filosofi keris

hari ni banyak membaca so agak banyak gak idea untuk nak menulis.so here goes,

politics+Malaysia

dalam blog kickdefella ari ni cerita tentang komentar ataupun bicara tentang ketuanan Melayu dan saranan kepada rakan-rakan kita yang berbangsa lain. Isunya adalah titah D.Y.M.M Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Mohammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail yang menyentuh perihal ketuanan Melayu dan kebimbanganya tentang kesatupaduan Melayu ketika ini. Tak perlula aku nak bicara tentang apa yang di tulisnya sebab aku lebih berminat dengan komen balas tentang orang ramai.

perkara pertama adalah mengenai persetujuan dan bantahan yang di berikan daripada public.ada yang menyokong dan ada yang tidak. ada yang berkata bahawa Tuanku menjadi alat politik partisan dan ada yang menganggap Tuanku sememangnya ikhlas dalam titahnya. aku tak dapat lari dari berperasaan gembira dan musykil dengan gelombang baru politik negara kini. dari satu sudut, aku agak bangga kerana kalau kita perasan, dalam seketika ini, banyak insiden yang terjadi dan melibatkan pengaruh Istana. dari kes di Perlis, Terengganu dan kini Kelantan, seakan-akan kelihatan suara Istana semakin berpengaruh setelah sekian lama Tuanku-Tuanku kita tidur senyap. dalam kes di terengganu dan Perlis, telah menampakkan 'supremacy' Istana dan aku bangga keatas tindak tanduk Tuanku kerana bersuara demi rakyat.Tuanku Mizan contohnya telah dengan tegas bersuara. di Perak, Tuanku di sana telah menunjukkan kebijaksaan baginda di dalam menangani kecelaruan rakyat. sebagai seorang yang berdiri teguh di belakang Sultan, aku bangga kerana aku rakyat baginda.

Tapi dalam kes Kelantan aku agak berbelah bahagi. gembira kerana apa yang dititahnya mungkin keluar dari sifat prihatin Tuanku tetapi agak gusar jugak kerana bunyinya seakan-akan memberi kata yang UMNO itu seakan-akan menjadi satu-satunya benteng Melayu kiranya UMNO itu lemah maka Melayu itu pun lemah. Titah baginda seakan memberi amaran tentang perkara yang bakal terjadi sekiranya Melayu tidak menyokong UMNO. kalaulah benar, kecewanya aku kerana aku tak pernah bersetuju dengan persepsi tu. Bodohlah aku kalau aku mengiyakan kata-kata "Tanpa UMNO Melayu akan hancur".

Tanpa UMNO Melayu takkan hancur dan dengan UMNO sekalipun Melayu takkan maju. Melayu adalah bangsa bertamadun tinggi. Orang Melayu boleh bergerak sendiri dan mampu memilih dengan baik buruk dengan otak sendiri. Memang benar Umno banyak berjasa tapi bukan UMNO sahaja yang berjasa. walaupun ada jasa aku takkan nak jual maruah aku kerana budi UMNO. yang hak kena tegakkan dan yang batil kena hancurkan.UMNO sekarang dah banyak berubah. dari menjadi pejuang bangsa, UMNO dah jadi perosak dan pembohong bangsa. Orang Melayu dah dipimpin UMNO sekurang-kurangnya 50 tahun tapi Melayu masih lemah sedangkan bangsa lain makin perkasa. dasar DEB boleh dikatakan gagal secara penuh.yang dapat faedah cume sekerat kroni keluarga UMNO. rakyat biasa tetap merana walaupun di janjikan bantuan. Fakta memang terbukti DEB gagal. peratusan 30% yang nak di capaipun gagal. kalau ditanya anak-anak muda sekarang, rata-rata tak tau apa manfaat DEB. kalau aku lagi senang, pedulik apa dengan DEB sebab aku ada otak dan sempurna anggota badan, buat apa nak mintak bantuan lagi?berusaha sendiri sudah. dengan DEB pun rata-rata Melayu miskin jugak.

ada orang kata DEB tak salah. yang salahnya sifat Melayu sendiri. Katanya Melayu malas. Melayu tak pernah malas. sejarah tamadun Melayu dah membuktikan orang Melayu ni bangsa yang bermaruah dan bangsa yang gagah perkasa. Tamadun Melayu di sekitar Nusantara menunjukkan Melayu adalah satu bangsa maju. Mungkin kerana selalu di basuhkan otak mereka dengan gelaran Melayu ni pemalas dan mudah lupa jadi generasi sekarang pun seakan-akan menerima gelaran tersebut. pikirlah, kalau berpuluh tahun disogokkan dengan gelaran macam tu, lemahlah mental kitakan. dahlah macam tu, sekarang nak tengok gerakan kesedaran Melayu pun susah. Politik jek lebih.lagi-lagi jeritan retorik kononya pejuang bangsa. UMNO dah 50 tahun gagal memperjuangkan Melayu.

seterusnya Kickdefella sebut tentang kegusaran rakan-rakan bangsa lain yang terlalu takut Melayu ni hunus keris dan bunuh mereka. kes ni mungkin lahir dari insiden ketua pemuda UMNO Dato Hishamuddin hunus keris sebab nak tunjuk Melayunya dia *Bodoh btol*. kononnya orang bukan Melayu jangan bermain api dengan Melayu.kononya kalau tak nak bemandi darah hunusan keris, jangan di persoalkan ketuanan melayu. bodoh!

satu yang aku nak cakap ialah kawan-kawan bukan Melayu jangan takut dengan kedengkelan makhluk tuhan sorang tu. orang Melayu tak sebodoh dia sebenarnya (kecuali dia lah kot). bila sebut pasal keris, kita kena faham tentang konsep keris tu sendiri. sememangnya keris itu terlalu rapat dengan filosofi Melayu sehinggakan kalau kita sebut Melayu, yang tergambar kat fikiran mesti keris. keris dah jadi simbol Melayu.

tapi kenalah faham apa yang tersirat di sebalik keris.apa filosofinya dan apa konsep kefahamannya. kita orang generasi sekarang kena faham. keris ni boleh dikatakan ada mempunyai empat filosofinya.keris bukan sahaja untuk menikam. in fact, menikam ni hanyalah option terakhir bagi seorang Melayu itu. Keris ni sebenarnya lambang peribadi seseorang Melayu. kira macam IC lah pada masa dulu. mengikut pembuat keris, setiap keris di tempa mengikut peribadi dan kehendak individu masing-masing. maksudnya tak ada keris yang sama bagi dua individua yang berlainan. keris pulak ada macam-macam keris. ada keris keluarga, persendirian dan macam-macam lagi. contohnya macam keris keluarga.keris keluarga di tempa bagi menunjukkan simbol keluarga tersebut. setiap keluarga mempunyai keris yang direka bentuk berlainan. sebab tu jugak masa dulu-dulu kadang-kadang rombongan meminang menggunakan keris sebagai pengganti kepada tuan punya badan sebab keris tu sebenarnya lambang peribadi individu tersebut.

kemudian filosofi perhubungan keris dan maksud tikam alam Melayu ialah tikam bicara. di sini masih tidak ada kena mengena dengan darah dan keris menusuk tubuh siapa-siapa. dalam konsep tikam dan keris, Melayu apabila berlaku ketidak puasan hati selalunya akan menggunakan bicara dan kata-kata. sebab itu dalam alam melayu ada banyak pantun, gurindam,.syair dll. sebab tu jugak kita tahu dahulu sebelum pendekar tu bergaduh dia mesti berpantun. berpantun tu samalah dengan berbincanng. manaada tetiba pendekar tu datang pastu terus tikam pendekar yang lain. Melayu ni punya lah sopan sampai nak bergaduh pun dia berpantun. pantun pulak mesti tersusunkan.jadinya nak menunjukkan Melayu ni di suruh ingat diri dan jangan gopoh. kalau gopoh dan tak ingat dunia mana boleh nak susun pantun.

then konsep seterusnya ialah tikam ikatan. maksudnya ikatan perkahwinanlah. orang dulu selain daripada nak luaskan kuasa, diaorang suka kahwin strategik sebab nak elakkan pertikaian antara dua pihak. bila kahwin mesti lah kena saling menghormati dan lupakan perselisihan faham. jadi kat sini orang Melayu masih tak hunus apa-apa untuk membunuh. Melayu cintakan kedamaian. kat sejarah kan kita belajar banyak keluarga diraja di kahwinkan dengan keluarga di raja yang lain. sebab ianya strategik dan boleh mengelakkan aliran darah yang sia-sia.

kat sini rakan-rakan bukan Melayu kena faham yang Melayu takkan suka-suka nak hunus keris sebab tak suka dengan anda. Melayu akan sentiasa utamakan perbincangan yang membawa kedamaian. apa yang Hishamuddin buat tu karutlah. Orang Melayu mana ada buat perangai macam tu. ikut konseppun, kalau melayu tu dah hunus keris, mana boleh dia masukkan balik dalam sarung selagi musuh dia tak tumbang. maksudnya keris hanya akan terhunus bila dah takde jalan lain dan kalau dah hunus dah tak boleh pandang belakang dah. jadi bagi sesiapa melayu yang nak hunus keris, mesti kena pikir panjang sebelum nak keluarkan keris dari sarong dia. setakat retorik hishamuddin tu tak payahlah. karut! cuma kawan-kawan bukan Melayu janganlah terlalu melampau tak hormat Melayu sebab Melayu bila di ajar untuk melawan balik kalau maruah di pijak. hormat menghormatilah sebab kita kan bangsa Malaysia ( walaupun aku tetap Melayu).

Jadi bila aku baca titah Tuanku Faris tu aku cuma ada sedikit risaulah kalau-kalau ada orang yang nak gunakan Tuanku demi survival politik dia sendiri. janganlah sebab nak berkuasa sangat sampai isu Melayu tu di gunakapakai dan di bohsiakan. banyak cantik!

buat kawan-kawan tak kira Melayu ke tak kita kena matanglah dalam berfikir. kita boleh sayang bangsa tapi jangan sampai jadi racist. orang Melayu tak di ajar untuk jadi racist. segala yang di ajar kepada Melayu tu semua bersifat cintakan satu sama lain.

No comments: