Friday, May 09, 2008

Selamat hari ibu...mama

mama,

aku anak yang penuh dengan dosa. mungkin derhaka kalau nak fikir-fikir balik segala dosa yang pernah aku buat atas dia. tapi dalam dunia ni tak tak ada sesiapa yang aku sayang melebihi sayang aku kat dia. kalau tanya diri sendiri, sayang yang ada melebihi sayang aku pada diri sendiri.

dalam 23 tahun setengah hidup aku kat dalam dunia ni, aku paling rapat dengan mama. aku letak diri sebagai seorang anak yang manja tapi bukan mengada-ngada. aku tak di limpahi segala kemewahan sebab di ajar untuk mendapatkan sesuatu dengan hasil titik peluh sendiri. tak ada jalan singkat.

Ingat satu masa dahulu Mama cerita masa aku dilahir dan di besarkan, kondisi keluarga ketika itu sangat teruk. berbanding adik beradik yang lain, aku di besarkan paling susah. masa kecik-kecik dulu badan penuh kudis. yang aku ingat tangan kaki aku penuh kudis. Mama cakap sebab masa dulu, mama ngan abah susah. nak beli baju untuk akupun tak mampu. banyak masa aku tak berpakaian. hanya di bekalkan seluar pendek. mainan memang takde jadi selalunya aku akan main pasir, tanah, kayu dan sebagainya yang datang dari sumber alam. yang aku ingat sangat-sangat masa kecik permainan kegemaran aku hanya ada satu iaitu permainan askar hijau kecik. tiap kali kalau mama abah mampu belikan sesuatu aku hanya mahu askar itu. seronok sangat mencecah imaginasi dengan hanya askar. agaknya sebab tulah sampai sekarang aku tak berapa minat alatan mainan. kalau nak dibandingkan juga dengan adik beradik yang lain, aku sorang jek yang takde photo ketika lahir dan kecil. yang ada hanya lebih kurang satu atau dua ketika umur aku lima tahun. aku bergambar dengan cermin mata besar abah tepi pagar. sekali pandang macam ahmad jais atau S.Jibeng. aku bukanlah orang miskin amat. kat luar sana berlubur lagi anak-anak yang dibesarkan lebih susah dari aku. tapi sekurang-kurangnya aku kenal erti susah.

dalam keluarga kalau ikut perspektif aku, aku akan meletakkan abang aku sebagai orang yang paling bermasalah. dia memang banyak buat masalah dari kecik sampai besar. tapi rasanya orang yang paling banyak buat mama menangis rasanya aku. aku ingat lagi Mama pernah cakap walaupun abang paling banyak buat dia pening, tapi hati aku paling keras. melawan cakap ngan gaduh memang aku paling terer. Aku suka melawan kalau aku pikir aku betul. Abang plak dia tau dia salah so bila dah kantoi dia senyap jek buat muka bodoh. masa mama cakap hati aku paling keras, aku menangis sangat-sangat sebab tak dapat terima fakta tu. aku rasa aku macam tak guna hidup. kalau gaduh dengan mama, memang aku akan berkeras kalau aku pikir aku betul. selalu buat mama nangis sambil selalunya aku menangis balik sebab rasa berdosa. tapi tak pernah mintak maaf selepas tu kecuali ketika syawal datang. hati aku memang keras. dulu waktu miningkat dewasa ketika remaja, perempuan memang jadi masalah aku. aku kadang-kadang terlalu jakun dengan perempuan yang kononnya aku panggil awek. keluar tak ingat dunia. jadi selalu lah gaduh dengan mama sebab pentingkan awek dari keluarga sendiri. selalunya sebab kuar awal pagi dan balik malam. sebagai orang yang baru kenal dunia memanglah mama marah. tapi masa tu aku hanya pikir yang aku tak buat jahat jadi kenapa nak marah? sebab tu lah jadik gaduh. mama pernah bagi tau yang satu hari nanti kalau macam itulah perangai aku kalau dengan perempuan, bila berkahwin nanti tentu aku akan buang keluarga dan macam lembu terus ikut isteri. aku menangis sangat-sangat sebab tak sanggup dengar semua tu. takut pun sangat-sangat jugak kalu memang betullah semua kata-kata mama. aku tak nak jadik semua tu. kalau di fikirkan, mungkin sebab tu aku takut kahwin. takut tanggungjawab atas keluarga terlepas. takut tertinggal mama ngan abah kat belakang. takut bini tak sebulu dengan mama abah. takut tak dapat jadi suami baik. takut tak dapat jaga anak orang. takut mak bapak bini terasa macam anak dia terpakse tinggalkan mereka di belakang kerana punya laki sendiri.

dulu ada sekali masa dalam umur 13 tahun aku ikut abang kuar umah pagi-pagi buta sebab nak pergi umah awek dia. tak tau kenape aku ikut tapi bile subuh tu kiteorg balik, Mama dah tunggu. kiteorang tipu cakap saje jalan-jalan lepak tepi sungai Kota. Mama meraung habis-habisan macam orang gila. bukan sebab kiteorang keluar tapi sebab aku ikut sama keluar. aku terkedu tak terkata. air mata tak keluar tapi hati kosong macam roh keluar sembunyik diri. besar dosa aku masa tu. tak pernahpun mintak maaf kecuali mase raya.

masa zaman agung kejahatan abang..bukan jahat,nakal jek. aku memang rapat dengan dia. sebenarnya memang dari kecik rapat dengan dia so segala jenayah dan tatasusila dia aku cover dari mama abah. lame- lame mama dapat bau role aku langsung dia lantik aku sebagai double agent. tapi aku takla khianat kat saper-saper.sekadar memberi informasi jek. lagipun mama bukan nak aku intip. lebih sekadar jadi pengantaraan antara nasihat dia dan abang.

aku suka berniaga mungkin sebab mama ngan abah kuat berniaga dulu. tapi aku terlibat secara langsung dengan mama. dulu masa sekolah mama jauh berhijrah dari kota tinggi pergi masai semata-mata nak jual goreng pisang. sebab tu jugak kitaorang pindah. Kota dah terlalu panas akibat salah laku abang. jadi berhijrahlah aku sekeluarga tinggal kawan tinggal sekolah. susah gak nak terima. lepas pindah tiap-tiap minggu aku ulang alik kota tinggi sendiri sebab nak jumpa kawan. masa berniaga plak aku lah yang tolong sebab anon masa tu kat UTM, Inah kat UITm and abang plak sangkut Henry Gurney. jadi yang tinggal aku. aku lah yang tiap-tiap hari hari balik sekolah terus set up stall mama dan tuggu sampai mama sampai. kitaorang berniaga sampai pukul 7.30 dan itulah yang aku lakukan sampai abes sekolah. aku dibesarkan dengan duit goreng pisang mama dan itu fakta yang sangat-sangat aku banggakan.

ingat lagi ketika mama jatuh dan terhantuk kepalanya di buju simen tempat kami berniaga. habis seluruh muka di basahi darah.aku yang masa tu tak pandai drive lagi takut setengah mati tengok keadaan mama. habis aku lari lintas jalan tak toleh kiri kanan pergi menuju masjid untuk bantuan. jalan memang sesak time tu tapi Allah maha mengerti. tiada satupun kereta atau motor atau lori yang hon aku. aku macam angin belah bumi lintas jalan masa tu. dalam otak hanya ada muka berlumuran darah mama. bertitis-titis air mata jatuh. takut sangat.

jasa yang di bentangkan pada aku kalau mati hidup semula selama tujuh kali berturut-turutpun memang tak mampu aku bayar. tak tau apa yang boleh di laku walau secubitpun untuk aku bahagia kan dia. janji-janji yang aku buat mungkin hanya senafaspun belum tertunai. yaa, aku berjaya belajar sampai menara gading. Ya, aku cuba jadi yang terbaik dan aku juga sedang berusaha memberikan apa yang termampu.tapi itukan semuanya subjektif. terlalu cliche'. jadi apa yang aku boleh lakukan?

ketika zaman sekolah kala sedang aku berkencan denga Faizah, seorang kawan bertanya "kau bila nak kawen dengan Faiza?" aku jawab "kan terlalu awal lagi?" dia balas " kawen saja awal. diakan cantik. rugi kalu terlepas." aku bidas " mak bapak aku belumm setitik pun rasa hasil besarkan aku, apa karut aku nak fikir pasal kahwin?"

Apa bukan dari keluarga mewah. hidup kami senang tapi pendekatan kami bukan begitu. pendekatan aku bukan begitu. oleh sebab segala perit susah keluarga aku dah nampak, takkan aku nak kejar bahagia diri dulu sebelum tengok mama abah tersenyum? takkan habis belajar terus fikir nak kahwin?aku realistik. biarlah walau selaut peluh jatuh kebumi, hidup aku sekarang sedang berusaha memberikan apa yang termampu untuk mama.

mama. sememangnya aku ini tak layak menjadi anak mu. tapi anak ini jugalah yang mahukan mu. anak ini jugalah yang sayang mama. Selamat hari ibu.

1 comment:

tuty obaid said...

saya bukan lah seorang ibu.

tapi saya nangis baca komen anda.

i bet you love your mum more than
anything in the world.

Please wish your mum happy mother's
day for me!!

^-^