Thursday, May 15, 2008

tanya sama diri

sememangnya boleh saja aku hamparkan segala benci yang ada dalam hati. aku ada hak dan mengikut beberapa teman rapat hak aku itu sepatutnya di gunakan saja. tapi rasanya itu mungkin bukan aku. aku yang tidak bertopengkan apa-apa bukannya begitu. mak abah tak ajar cara membenci orang.

tapi bila terbuka hati untuk melawat keadaannya secara lahiriah kerana apa yang boleh dilawati hanya yang berunsurkan tulisan, hati kerap sangat menjerit untuk membenci atau memaki hamunnya. sekejap sahajalah kerana itu cuma nafsu atau syaitan punya angkara. tapi kadang- kadang punya rasa muak jugak dengan diri sendiri sebab punya option yang membolehkan aku lari tapi selalu sahaja terjerumus dalam ketidak gunaan option tersebut. ketawa kecil sahaja.

itu apa yang aku rasa. berbalik pada alam realiti seharian aku di bumi orang, keadaannya masih biasa-biasa sahaja. masih bersusah payah untuk hanya menghabiskan satu buku penulisan Gabriel Garcia Marquez berjudul One Hundred Years of Solitude. cantik penulisannya tapi kemalasan yang membebankan pembacaan aku. ketawa kecil lagi.

mulai bulan ini bila keluar sahaja upah kerja sebulan, aku mahu merampas sebahagian dari upah itu dan disimpan sahaja di tabungan lain. itu janji aku untuk mula menabung dan melabur demi masa depan yang lebih baik. sebahagian sahaja sebab aku masih perlu membayar segala hutang sewa rumah,motor dan diberikan kepada mama abah. sebahagian lagi untuk makan alas perut diri sendiri dan sebahagian lagi tentulah untuk perbelanjaan seharian seperti rokok.

rokok?ya... tekak dan dada macam sedang berusaha merobek jantung keluar. terbatuk-batuk dari malam semalam. mungkin sebab tabiat merokok dan mungkin kerana kuat minum ais. mana satu?entahlah. kalau ditanya pada ingatan, tentu ingatan sendiri cakap "hey, kau taklah kuat sangat merokok?"... mungkin batuk disebabkan kombo-kombo yang berpadu tenaga sepaerti merokok, minum ais dan tak pakai baju dalam rumah. jadi sebab itu lah jadi batuk. nak tanya Anis tentang teori tersebut... tapi kalau tanya pada seorang bakal doktor tentang masalah dada yang melibatkan rokok tentu dia marah..peduliklah.

mungkin perlu megurangkan lagi tabiat semua itu..merokok? ahh..sudahlah.

No comments: